Bihun Goreng Singapore antara menu kegemaran yang sesuai dimakan tidak kira masa sama ada menu untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam. Melalui perkongsian Habeebah Md Daud wanita ini berkongsi resipi dan cara memasak Bihun Goreng Singapore. Rahsia hendak bagi Bihun Goreng Singapore sedap, rupanya mesti kena tambah udang kering. Resipi ini diperolehi daripada ibu mertuanya. Jom kita cuba buat!
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
1 kampit bihun (400 gm)
BAHAN UNTUK DIKISAR:
3 hingga 4 biji bawang merah
5 hingga 6 biji bawang putih –BELI ONLINE
1 sudu kecil lada hitam – BELI ONLINE
2 sudu makan udang kering
2 inci halia – BELI ONLINE
Cili merah untuk hiasan (dihiris nipis)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar lumat bahan untuk kisar.
2. Buang kulit udang. Ketepikan.
3. Rendam bihun supaya lembut.
4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan minyak sehingga menjadi keemasan/brown.
5. Perasakan dengam gula, garam dan serbuk perasa.
6. Masukkan udang yang telah siap dibuang kulitnya.
7. Masukkan bihun yang sudah ditoskan.
8. Masukkan daun kucai dan serikan dengan cili merah. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Habeebah Md Daud
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuih Lompang Berlauk Yang Sedap Sangat, Guna Daging Burger Buat Rendang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=cksQ0Vpe7mc
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI