Ads

Murtabak Guna Kulit Popia, Resipi Simple Untuk Buka Puasa

 

 

Sesekali, apa kata buat murtabak? Tapi jangan risau, tak perlu menguli tepung pun. Cuma perlu ada kulit popia sahaja. Ha, simple kan? Jom try. Murtabak ni kalau ada atas meja time buka puasa, memang sedap.

Ads

MURTABAK POPIA

Murtabak Guna Kulit Popia, Resipi Simple Untuk Buka Puasa

Ads

BAHAN-BAHAN
Minyak masak
1 labu bawang holand | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
1 peket daging kisar
Sedikit air
1 peket rempah kari (saiz kecil)
1 batang lobak merah | disagat
1 biji kentang | disagat
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
2 biji telur ayam
1 peket kulit popia

Ads

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang holand dan bawang putih yang telah dikisar sehingga kekuningan
2. Masukkan daging. Gaul dan biarkan seketika serta letakkan sedikit air.
3. Masukkan rempah kari, lobak merah dan kentang.
4. Jika daging belum empuk, tambah sedikit air sampai rempah kari pecah minyak. Masukkan garam dan lada hitam.
5. Angkat adunan asingkan air daging jika banyak. Dalam bekas lain pecahkan telur ayam dan kacau.
6. Masukkan adunan sehingga adunan dengan telur ayam jadi pekat.
7. Sedia dilipat. Masak atas kuali yang diletak dengan sedikit minyak. Siap.

Kredit: Deyana Hatazad
https://www.facebook.com/deyanahatazad/posts/2785820098122272

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Usahawan Sushi Di Jepun, Pecah Rekod Tertinggi Bida TUNA SIRIP BIRU...

Seorang usahawan sushi di Jepun hari ini membayar harga 510.3 juta yen (RM13.5 juta) untuk bidaan seekor tuna sirip biru gergasi dalam lelongan tahunan berprestij tahun baharu di pasar ikan utama Tokyo, memecahkan rekod tertinggi sepanjang masa sebelum ini.