Seorang usahawan sushi di Jepun hari ini membayar harga 510.3 juta yen (RM13.5 juta) untuk bidaan seekor tuna sirip biru gergasi dalam lelongan tahunan berprestij tahun baharu di pasar ikan utama Tokyo, memecahkan rekod tertinggi sepanjang masa sebelum ini.
Rangkaian restoran sushi ‘Raja Tuna’ Kiyoshi Kimura membayar harga tertinggi itu untuk ikan seberat 243 kilogram yang ditangkap di luar pantai utara Jepun.
“Saya sangka kami akan dapat membeli pada harga sedikit murah, tetapi harganya melonjak tanpa disedari,” kata Kimura selepas lelongan sebelum subuh itu selesai.
Ads
Harga Bidaan Tertinggi
Harga 510.3 juta yen pada lelongan tahun baharu kali ini adalah yang tertinggi sejak data harga sirip biru dikumpulkan pada 1999.
Rekod tertinggi sebelum ini ialah 333.6 juta yen (RM8.6 juta) untuk seekor tuna sirip biru seberat 278 kilogram pada 2019, selepas pasar ikan itu berpindah dari kawasan tradisional Tsukiji di tengah Tokyo ke kemudahan lebih moden.
Pembida tertinggi tahun lalu pula membayar 207 juta yen (RM5.3 juta) tuna sirip biru seberat 276 kilogram.
Ads
Semasa pandemik Covid-19, tuna tahun baharu hanya mencatatkan sebahagian kecil daripada harga tertinggi yang biasa dibayar apabila banyak restoran mengurangkan operasi.
Kelebihan utama tuna sirip biru ialah rasa dagingnya yang sangat premium, lembut, berlemak, dan kaya rasa, menjadikannya mahal dan dicari untuk sushi atau sashimi, kaya Omega-3 untuk jantung dan otak, serta mampu tumbuh sangat besar dan hidup di berbagai suhu air, meskipun populasinya terancam akibat penangkapan berlebihan.
Bila tiba Ramadan, pastinya kita mula rindu akan suasana berpuasa di kampung halaman. Terbayang keenakan masakan emak yang pelbagai jenis, sesi berebut gelas air dengan adik beradik bila tibanya saat azan berkumandang dan bermacam-macam lagi memori indah bersama keluarga tercinta. Masa inilah semuanya terbayang-bayang di depan mata.
Keseronokan menyambut Ramadan di kampung bersama keluarga tercinta tentunya jauh berbeza berbanding cara orang moden di bandar. Namun apa daya, komitmen yang digalas membataskan segalanya. Malah kenangan dan nostalgia terindah inilah membuatkan kita tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadan.
Mengembalikan nostalgia indah ini bersama penonton setia, RASA tahun ini kembali dengan program memasak RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE yang ditayangkan bermula 22 Mac, setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.
GANDINGAN HOS & SELEBRITI HEBAT
Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini membawa penonton ke kampung selebriti tanah air bersama lima hos berbeza setiap minggu; Chef Wan, Chef Ismail, Chef Adu, Jaafar Onn dan Rozita Che Wan untuk berkongsi pelbagai resipi menarik.
Antara selebriti yang bakal menyerikan dapur Rasa Nostalgia Kampung Style dengan resipi-resipi nostalgia air tangan mereka ialah Dato’ AC Mizal, Roy Azman, Namie (Ubi), Ezzaty Abdullah, Zizi Kirana, Betty Rahmad, Ezzrin Loy, Sazzy Falak, Ustazah Asni Mansor, Aisha Retno, Zila Bakarin, Amar Bahrin, Iqeam DInzly, Ayie Floor88, Amir Masdi, Shashie, Sabronzo dan ramai lagi.
Nak tahu macam mana aksi artis kesayangan anda bila kena memasak? Pandai ke mereka? Nak tahu, kenalah tonton nanti ya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi tahun ke-5, Nu Ideaktiv Sdn Bhd melalui Majalah Rasa sekali lagi telah menganjurkan program Rasa Bubur Lambuk Warisan 2023. Program yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam telah bermula seawal 7.30 pagi sehingga 8.00 malam.
Istimewa program tahun ini, Rasa telah menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan SAJI serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, melihat program ini sebagai satu platform untuk menghimpunkan pelbagai generasi atau unit kekeluargaan bersama-sama menghayati warisan peninggalan nenek moyang kita.
“Kepelbagaian cita rasa ini dibawakan ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam agar dapat mengubat rindu semua kepada kampung halaman. Sudah semestinya kita dapat menikmati keenakan bubur lambuk negeri lain, di satu lokasi tanpa perlu travel jauh,” ujar Syamil Fahim.
Sementara itu, pihak BABA’S menyatakan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat terlibat untuk menjayakan program murni ini dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang barakah ini. BABA’S turut mendermakan duit raya, beg hadiah bersama barangan produk BABA’S ke rumah anak yatim dengan harapan ia dapat memberi keceriaan untuk menyambut sambutan Hari Raya yang akan datang nanti.
“Setiap resipi yang dimasak hari ini menggunakan produk BABA’S di mana sebanyak 50 kilogram rempah ratus BABA’S telah disumbangkan,” Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA’S.
“PetronMalaysia sebagai penaja gas memasak rasmi untuk majlis Rasa Bubur Lambuk Warisan merasa sangat teruja melihat Chef Adu dan Chef Fendi bersama-sama sukarelawan menyediakan Bubur Lambuk menggunakan Petron Gasul kami. Kami amat gembira telah menjadi sebahagian daripada majlis ini bagi meraikan serta menonjolkan ciri-ciri unik budaya Malaysia,” kata Mohd Asri Ibrahim, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia.
Menurut Encik Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif DOPSB, FGV Holdings Berhad pula komited dalam mencari peluang untuk memberi khidmat sokongan terbaik kepada masyarakat dengan berkolaborasi bersama pihak kerajaan mahupun swasta. Menerusi jenama ulung, SAJI, FGV sentiasa aktif menjalankan projek dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Seawal jam 7 pagi, dua katerer, Shilaz Event Management dan Hidayah Maju Caterers yang dilantik untuk melaksanakan program ini sudah mula sibuk dengan penyediaan bahan-bahan untuk memasak.
Team Rasa, warga Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan juga sukarelawan berkumpul untuk menjayakan Rasa Bubur Lambuk Warisan pada 1 April 2023.
Penganjuran kali ini dianggap lebih istimewa kerana bukan sahaja kita menyediakan 20 periuk bubur lambuk dengan 10 resipi bubur lambuk yang popular, malah turut mengedarkan sebanyak 6000 pek bubur lambuk.
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha dalam memberi semula dan berkongsi rezeki kepada masyarakat.
Majalah RASA sebagai media masakan dan resipi di bawah Nu Ideaktiv ingin terus mengangkat dan memartabat tradisi masakan citarasa Malaysia dan budaya kita.
Setiap bubur lambuk yang dimasak pada hari ini juga semestinya lebih istimewa kerana turut direncahkan dengan rempah ratus dari BABA’S. Pilihan rempah ratus lengkap untuk setiap masakan.
Bubur lambuk ini dimasak menggunakan santan dari SAJI manakala gas pula dibawakan oleh Petron Gasul. Kelebihan api biru dari Petron Gasul mempercepatkan lagi proses memasak.
Sebanyak 6000 pek bubur lambuk diagihkan ke 15 lokasi terpilih. Antaranya Hospital Shah Alam, IPD Shah Alam, Bomba Sekyen 15,Masjid Al- Amin, Sek 17,Surau An-Nur, Sek 20,Surau Nurul Iman, Padang Jawa, Masjid Taman Sri Muda, Sek 25,Masjid Jamek Raja Tun Uda, Sek 16, Masjid Al-Jannah, Sek 23, Penduduk Suri Puteri, Masjid Sek 7, Surau Hamidin Sek 19, Komuniti Apt Komuteraya, PPRT Lembah Pantai, Masjid Al-Ikhlasiah KL dan orang ramai yang berkunjung ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Untuk tahun ini, Ideaktiv bersama BABA’S, Petron Malaysia dan SAJI turut meraikan kehadiran anak anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan untuk berbuka puasa bersama. Sumbangan duit raya turut diberikan kepada 70 orang anak-anak yatim. Semoga sedikit sebanyak dapat menceriakan syawal yang akan tiba tak lama lagi.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Haji Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam, Ketua Operasi BABA’S Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia Encik Megat Mohd Jeffri, Penasihat Jenama Petron Malaysia Puan Fatin Sarjat, Ketua Pemasaran Delima Oil Product Dan Pengurusan Delima Oil Product, Syamil Fahim Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Editor Pengurusan Rasa, Ida Abdul Aziz.
Tidak ketinggalan YB Hajah Rodziah Ismail, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang sempat hadir pada tengahari dan turut bersama-sama para sukarelawan membungkus bubur lambuk.
Yb Rodziah menyatakan usaha yang dijalankan oleh Ideaktiv dan Majalah Rasa ini amat bagus kerana bukan sahaja dapat berkongsi rezeki malah berjaya menghimpunkan pelbagai citarasa bubur lambuk pada satu masa. Katanya usaha ini perlu diteruskan di masa-masa akan datang dan berharap lebih banyak resipi bubur lambuk dari seluruh Malaysia dapat dihimpunkan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Izzue Islam, Feeya Iskandar, Chef Adu, Chef Qayyum, Shaza Bae, Syamira Nazir dan Aqil Taqee yang turut sama memberi agihan bubur lambuk kepada orang ramai.
Majlis diakhiri dengan berbuka puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan.
Ucapan ribuan terima kasih kami kepada rakan penaja; BABA’S, PetronMalaysia dan SAJI serta MBSA kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.
Isu bekalan telur yang berkurangan menjadi bualan di media sosial sejak kebelakangan ini. Jika ada dijual pun, harganya dikatakan lebih mahal daripada biasa.
Bagaimana dengan tempat anda? Adakah bekalan masih sama atau berkurangan? Adakah harganya meningkat daripada biasa?
Namun ada berita baik! Harga telur baharu yang lebih rendah akan diumumkan esok oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau berbincang dengan menteri berkenaan.
Jelas Perdana Menteri, langkah ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kartel. Beliau berhadap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan.
So, agak-agak berapa harga telur yang bakal diumumkan esok? Sama-sama kita nantikan.
Ketahui cara pilih ketam segar dengan 10 tip mudah untuk mendapatkan isi yang padat, manis dan berkualiti. Panduan lengkap sebelum membeli ketam di pasar atau pasar raya.