Anda mencari menu yang mudah untuk dimasak ketika gathering bersama ahli keluarga atau kawan-kawan? Haa, tentunya Nasi Goreng menjadi pilihan kerana ia mudah untuk dimasak dan rasanya juga enak. Nak lagi sedap, tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes diatasnya dan bakar. Barulah jadi Nasi Goreng next level. Cubalah, anda pasti puas hati dengan hasil kerak perang keemasan yang sempurna dan lazat.Mudahnya Nak Masak Baked Nasi Goreng Dengan Ikan Bilis Ni

BAKED NASI GORENG DENGAN IKAN BILIS

Mudahnya Nak Masak Baked Nasi Goreng Dengan Ikan Bilis Ni

BAHAN-BAHAN:

  • 150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
  • 150gram ikan bilis – goreng garing
  • 1 batang daun bawang – cincang

BAHAN-BAHAN B (NASI GORENG):

  • 80gram Anchor Unsalted butter
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 4 biji bawang putih – kisar
  • 4 biji bawang merah – kisar
  • ½ batang lobak merah – dadu kecil
  • 2 sudu makan kacang peas
  • 1 biji telur
  • Garam & lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bawang merah kisar, bawang putih kisar dan cili kisar hingga cili benar-benar masak
  2. Pecahkan telur lalu kacau rata. Masukkan nasi, kacang peas dan lobak merah. Goreng hingga semua bahan masak sempurna.
  3. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan seketika.
  4. Sediakan casserole/mangkuk pembakar. Sapu lebihan mentega Anchor di dalam casserole secara rata.
  5. Tuangkan nasi goreng ke dalam casserole dan tuang 50gram Perfect Italiano Perfect Bakes ke dalam nasi goreng dan gaul rata.
  6. Tabur 100gram lagi Perfect Italiano Perfect Bakes ke atas nasi goreng. Tabur juga cincangan daun bawang.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 20-25 minit. Keluarkan dari ketuhar lalu tabur ikan bilis goreng. Hidangkan panas.

 

JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX

Mudahnya Nak Masak Baked Nasi Goreng Dengan Ikan Bilis Ni

Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.

Anda hanya perlu:

  1. Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
  2. Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
  3. Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.

Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.

Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .

Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.

IKLAN

Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!

Jom join!

Sertai [Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

IKLAN

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI