Anda mencari menu yang mudah untuk dimasak ketika gathering bersama ahli keluarga atau kawan-kawan? Haa, tentunya Nasi Goreng menjadi pilihan kerana ia mudah untuk dimasak dan rasanya juga enak. Nak lagi sedap, tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes diatasnya dan bakar. Barulah jadi Nasi Goreng next level. Cubalah, anda pasti puas hati dengan hasil kerak perang keemasan yang sempurna dan lazat.
BAKED NASI GORENG DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
150gram ikan bilis – goreng garing
1 batang daun bawang – cincang
BAHAN-BAHAN B (NASI GORENG):
80gram Anchor Unsalted butter
2 cawan nasi sejuk
1 sudu makan cili kisar
4 biji bawang putih – kisar
4 biji bawang merah – kisar
½ batang lobak merah – dadu kecil
2 sudu makan kacang peas
1 biji telur
Garam & lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bawang merah kisar, bawang putih kisar dan cili kisar hingga cili benar-benar masak
Pecahkan telur lalu kacau rata. Masukkan nasi, kacang peas dan lobak merah. Goreng hingga semua bahan masak sempurna.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan seketika.
Sediakan casserole/mangkuk pembakar. Sapu lebihan mentega Anchor di dalam casserole secara rata.
Tuangkan nasi goreng ke dalam casserole dan tuang 50gram Perfect Italiano Perfect Bakes ke dalam nasi goreng dan gaul rata.
Tabur 100gram lagi Perfect Italiano Perfect Bakes ke atas nasi goreng. Tabur juga cincangan daun bawang.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 20-25 minit. Keluarkan dari ketuhar lalu tabur ikan bilis goreng. Hidangkan panas.
JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX
Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.
Anda hanya perlu:
Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.
Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .
Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.
Ads
Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!
Nasi Goreng Tomyam adalah salah satu menu kedai makan yang menjadi pilihan ramai dek kerana rasanya yang sedap. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, menu ini sebenarnya tidak sukar untuk disediakan. Jika tahu rencah serta bahan yang diperlukan, anda sendiri boleh memasaknya secara ‘homemade’ dan tidak perlu lagi makan di kedai. Terasa nak masak menu ni buat keluarga? Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI GORENG TOMYAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi sejuk 3-4 ulas bawang putih cincang – beli online disini 1 sudu makan pes tomyam – beli online disini 1 sudu makan cili kisar – beli online disini 1 biji telur Sedikit gula & perasa secukupnya Hirisan daun limau purut secukupnya Hirisan cili padi secukupnya Hirisan daun ketumbar secukupnya 1 sudu makan sos ikan /nampla – beli online disini Sotong – dicelur dalam air panas seketika & toskan
CARA MEMASAK: 1.Tumis bawang putih sehingga garing. Udang tu saja empunya resipi saja campak sebab ada lebih.
2. Kemudian masukkan pes tomyam. Kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan cili kisar untuk bagi warna sedikit kemerahan paad nasi goreng.
4. Pecahkan telur.
5. Tambahkan juga gula dan penambah perisa dengan secukupnya. Gaul rata.
6. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata. Jangan guna nasi panas kerana tidak sesuai untuk membuat nasi goreng. 7. Masukkan hirisan daun limau, cili padi dan daun ketumbar dengan secukupnya.
8. Gaul nasi goreng supaya rencah bergaul rata.
9. Kemudian masukkan sos nampak / sos ikan.
10. Akhir sekali masukan sotong yang telah dicelur dengan air panas dan ditoskan. Gaul lagi bersama nasi hingga sebati.
11. Angkat dan Nasi Goreng Tomyam sedia untuk dinikmati.
Di pagi raya sajian nasi, daging, ayam pasti memenuhi meja. Apa lagi jika lauk yang dimasak adalah resipi tradisional yang tiada tandingan.
Bagi anda yang nak mencari menu apakah yang mahu dimasak di Aidilfitri, Chef Mohd Azizi Hamzah, Chef Mohamad Nazri Omar dan Chef Zulkefli Ismail dari Hotel Sri Petaling, Kl memaparkan seleksi resepi Syawal terbaik buat pengikut RASA.
NASI KEBULI
BAHAN-BAHAN :
1 kg basmathi
300 gm bawang merah | dikisar
200 gm halia | dikisar
100 gm lengkuas | dikisar
100 gm kunyit hidup | dikisar
15 gm lada hitam | ditumbuk halus
20 gm serbuk ketumbar
4 batang serai | dititik
1 helai daun tutur atau daun teratai | untuk menutup nasi
1 tin susu cair
2 helai daun pandan | disimpul
150 gm minyak sapi
1 liter air
Sedikit serbuk perasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk, Tumiskan sekali bawang merah, halia, lengkuas, kunyit hidup yang telah dikisar.
2.Masukkan serai dan tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan lada hitam, serbuk ketumbar bersama susu cair, garam dan serbuk perasa. Masukkan pula air ke dalamnya dan biarkan mendidih.
3. Bila mendidih masukkan beras basmati dan tanak nasi.
4. Bila air hampir kering, kecilkan api dan masukkan daun tutur untuk menutup atas nasi. Tutup tudung.
5. Bila nasi masak bolehlah dihidang
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Nasi
Keistimewaan : Berperisa dan berempah, daun tutur membangkit aroma dan rasa.
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Nasi kebuli berasal dari rantau Timur Tengah terutamanya Yaman. Ia cukup popular di Pahang dan dikatakan terkenal dari kalangan istana Pahang.
Pijarkan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing.
Setelah itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih,cili padi, serai dan sedikit air untuk mengelakkan dari kering.
Kemudian masukkan bahu kambing, kacau rata biarkan rencah sebati dengan daging, masukkan air rebusan kambing secukupnya. Apabila air daging hampir kering masukkan santan.
Seterusnya masukkan daun kunyit dan kerisik. Masukkan garam dan gula secukup rasa apabila daging sudah empuk.
Makanan sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 1jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rendang sedap dimakan bersama ketupat, nasi impit dan leman
Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF: Biarkan daging mereneh lama, agar ia benar-benar empuk dan meresap rencahnya.
AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
1 kg dada ayam
50 gm serbuk lada hitam
30 gm cendawan butang
30 ml kicap manis
10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar :
100 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm halia
CARA MEMASAK :
Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
Kemudian goreng ayam separuh masak
Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing.
Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati.
Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
DALCA TULANG RUSUK
BAHAN-BAHAN :
1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu
300 gm kacang dhall | direndam dahulu
30 gm halba campur
5 gm daun kari
500 ml santan
200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes
200 gm serbuk kari daging | jadikan pes
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
200 gm halia
Bahan sayur-sayuran :
300 gm lobak merah | dipotong kecil
200 gm kacang panjang | dipotong
5 biji ubi kentang | dibelah baji
300 gm kubis bunga
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau.
Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak.
Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air.
Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala
Sajian sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap
Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.
DAGING KURMA
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging batang pinang
50 gm kulit kayu manis
50 gm bunga lawang
30 gm bunga cengkih
300 gm rempah kurma
1 tin susu cari
5 gm daun kari
500 ml santan
5 biji kentang | dibelah baji
2 biji tomato | dibelah 4
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
300 gm bawang merah
150 gm bawang putih
50 gm halia
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dalam kuali/periuk.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari sampai naik bau.
Selepas itu masukkan bahan -bahan dikisar bersama rempah kurma. Kacau sebati dan tumis hingga naik minyak.
Kemudian masukkan daging dan sedikit air, biarkan daging empuk.
Masukkan santan dan ubi kentang, biarkan sehingga empuk. Biarkan mereneh seketika dengan api kecil
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
Hidangan siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 30 – 40 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Lauk yang kaya dengan rasa rempah ratus.
Anggaran kos : RM 55
INFO CHEF : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk daging ayam. Biarkan mereneh dengan api kecil sehingga rencahnya sebati ke dalam daging.
DAGNG TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
600 gm daging tetel lembu
4 batang serai | dititik
1 liter santan
200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk
3 asam keping
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
300 gm bawang merah
100 gm kunyit hidup
200 gm cili padi
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan air sehingga mendidih.
Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung.
Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan.
Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih.
Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Lauk sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak
Anggaran kos : RM 23
INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan.
7. TELUR PUYUH MASAK ACAR
BAHAN-BAHAN :
20 biji telur puyuh | direbus, kupas dan toskan
300 gm bawang merah | dihiris
200 gm bawang putih | dihiris
2.5 sm halia | dihiris
4 batang serai | diketuk
100 gm kunyit hidup | ditumbuk halus
300 gm lobak merah | dipotong jejari
300 gm timun | dipotong jejari
300 gm kacang panjang | dipotong jejari
5 gm biji bijan
30 ml cuka makan
200 gm sos cili
200 gm sos tomato
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup sehingga pecah minyak.
Setelah itu masukkan sos cili, sos tomato dan sedikit cuka, perasakan dengan garam dan gula.
Biarkan ia betul-betul masak, barulah dimasukkan lobak merah, timun dan kacau panjang. Kacau sebati
Kemudian masukkan telur burung puyuh. Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan sedikit biji bijan
Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rasa masam manis dan rangup dengan sayur-sayuran
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Jika mahu pedas sedikit tambahkan hirisan cili merah dan hijau ke dalam sajian selepas memasukkan telur
SATE GORENG
BAHAN-BAHAN :
500 gm isi ayam | dipotong kecil
Bahan dikisar :
250 gm bawang merah
10 batang serai
100 gm halia
100 gm lengkuas
50 gm ketumbar | sangai dulu sebelum kisar
50 gm jintan manis | sangai dulu sebelum kisar
50 gm jintan putih | sangai dulu sebelum kisar
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
Kisar sekali bawang merah, serai halia, lengkuas, ketumbar biji, jintan manis dan biji jintan putih. Perasakan gula dan garam secukup rasa
Kemudian perapkan bersama isi ayam sekurang satu jam untuk biarkan ia sebati dan meresap ke daging.
Selepas itu ayam digoreng dengan api yang sederhana hingga empuk.
Sajian boleh dihidangkan bersama kuah kacang dan ketupat.
Saiz hidangan : 5 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng.
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Ringkas dan jimat masa berbanding dengan kaedah bakar dan gril
Anggaran kos : RM 13
INFO CHEF : Goreng ayam yang diperap dalam minyak yang terendam.
9. KETAM MADU BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam | dibersihkan dan diperap dengan garam dan kunyit.
80 ml madu
50 gm serbuk ketumbar
30 gm jintan manis
25 gm jintan putih
50 gm serbuk kari | untuk ‘seafood’
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
50 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm halia
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dalam kuali. Goreng ketam separuh masak. Toskan.
Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau.
Selepas itu masukkan serbuk ketumbar, jintan manis jintan putih dan serbuk kari hingga pecah minyak dan garing.
Setelah semua ramuan dikacau sebati, masukkan ketam dan madu.
Perasakan dengan garam dan gula
Sajian siap dihidangkan
Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Makanan laut
Keistimewaan : Ketam yang manis dan berperasa rempah yang harum.
Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF : Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun sup.
HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
300 gm hati ayam
200 gm kacang panjang
6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
100 gm fucuk | direndam dahulu
150 gm soo hoon | direndam dahulu
20 ml kicap manis
100 gm pes cili kering
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam.
Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam.
Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran
Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
RESIPI : CHEF MOHD AZIZI HAMZAH. CHEF MOHAMAD NAZRI OMAR, CHEF ZULKEFLI ISMAIL
Terima kasih : HOTEL SRI PETALING, KL, 30 Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Selangor
Nasi Ayam Thai. Resipi yang pernah hangat tular di grup-grup masakan di laman sosial pada suatu ketika dahulu. Berbeza dengan nasi ayam yang biasa kita makan, resipi ini jauh lebih mudah, ringkas dan tidak renyah. Sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Jom kita cuba resipi perkongsian saudara Shahril Romli ini. Anda pasti suka akan hasilnya.
CARA MASAK NASI AYAM THAI PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Isi dada ayam
Akar ketumbar
Hirisan halia secukupnya
Air secukupnya – anggaran air yang biasa digunakan untuk memasak nasi
Kiub pati ayam secukupnya
3 cawan beras – dibersihkan dan ditos
BAHAN SOS NASI AYAM THAI RINGKAS:
Sos cili thai maggi
1 sudu kicap pekat
Sedikit perahan jus limau nipis
Sedikit air jika perlu
Cili merah | dihiris – boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas
CARA MEMASAK:
Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.
2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.
4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.
5. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!
Nota: Jumlah bahan-bahan dalam resipi ini boleh diubah suai dan dipadankan dengan selera masing-masing.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!