Ads

Buat Sendiri Serbuk Perasa Cendawan, Bebas MSG, Tanpa Bahan Pengawet & Perasa Tambahan

serbuk perasa cendawan

Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan masakan. Rupanya mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) sendiri di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Pastinya bebas MSG, tanpa bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je. Ikut cara ini.

Bahan Diperlukan Untuk Serbuk Perasa Cendawan:

  • 50 gram cendawan shitake kering
  • 25 gram garam
  • 25 gram gula
  • Bekas kedap udara
Buat Sendiri Serbuk Perasa Cendawan, Bebas MSG, Tanpa Bahan Pengawet & Perasa Tambahan
Bahan-Bahan Serbuk perasa cendawan

Cara Membuat Serbuk Perasa Cendawan:

1. Mula-mula, basuh dan keringkan dahulu cendawan anggaran dalam 50 gram. Lap dengan kain atau tisu sehingga betul-betul kering supaya proses pengeringan seterusnya lebih efektif.

2. Kemudian, bakar cendawan selama 20 minit dalam oven atau airfryer pada suhu 100°C. Langkah ini penting untuk menghilangkan kelembapan dan memberikan aroma yang lebih kuat. Selepas itu, biarkan ia sejuk seketika sebelum dikisar.

3. Selepas itu, masukkan 25 gram gula dan 25 gram garam ke dalam mesin pengisar kering. Pastikan pengisar benar-benar kering untuk mengelakkan hasil menjadi berketul.

4. Seterusnya, masukkan pula cendawan yang telah dikeringkan tadi ke dalam pengisar.

5. Kisar semuanya sehingga menjadi serbuk halus. Untuk hasil lebih sempurna, tapis serbuk tersebut supaya teksturnya benar-benar halus dan sekata.

Ads
Buat Sendiri Serbuk Perasa Cendawan, Bebas MSG, Tanpa Bahan Pengawet & Perasa Tambahan
serbuk perasa cendawan

Tip Simpanan Serbuk Perasa Cendawan

Siap! Bolehlah masukkan serbuk perasa cendawan ke dalam botol atau bekas kedap udara. Simpan di tempat kering dan sejuk untuk mengekalkan kualiti. Serbuk ini boleh tahan sehingga sebulan jika disimpan dengan betul.

Kelebihan Buat Serbuk Perasa Cendawan Sendiri

Memang mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan sendiri di rumah. Selain menjimatkan kos, ia juga memberi ketenangan kerana kita tahu bahan yang digunakan adalah bersih dan selamat.

Antara kelebihan utama:

  • Bebas MSG dan bahan pengawet
  • Tiada perasa tambahan tiruan
  • Lebih sihat untuk seisi keluarga
  • Rasa lebih asli dan semula jadi

Kegunaan Dalam Masakan

Serbuk perasa cendawan ini sangat versatile dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti sup, gorengan, tumisan, malah sebagai penambah rasa dalam nasi goreng atau mi. Sedikit sahaja sudah cukup untuk menaikkan rasa umami dalam hidangan.

Ads

Penggunaan serbuk perasa cendawan dalam masakan harian juga membantu menggantikan perasa komersial yang tinggi bahan kimia. Ini menjadikannya pilihan yang lebih sihat tanpa mengorbankan rasa.

Secara keseluruhan, serbuk perasa cendawan homemade ini memang pilihan terbaik untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kualiti makanan. Dengan hanya 3 bahan mudah, anda boleh hasilkan perasa serbaguna yang sedap, sihat dan menjimatkan.

Memang mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) sendiri di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Pastinya bebas MSG, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.

Ads

Selamat mencuba!

Anda mungkin berminat dengan

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Gulai Lengkuas Udang Paling Sedap & Menyentuh Hati Untuk Hari Ibu

Gulai Lengkuas Udang ialah hidangan kampung beraroma yang mudah disediakan dan penuh kasih sayang, sesuai sebagai menu istimewa Hari Ibu.