Kalau rindu nak makan Twister yang dijual di KFC, jom kita buat sendiri chicken wrap ala KFC di rumah. Buat sendiri tentunya lagi puas hati. Memang sedap dan rangup serta mengenyangkan. Kami kongsikan resipi lengkap yang dikongsi oleh Puan NorAzizah Razali.
CHICKEN WRAP ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
Roti tortilla
Isi ayam | bahagian dada & potong kecil-kecil
Salad
Tomato
Lobak | dihiris halus
Timun | dihiris halus
Cheese
Mayonis
Sos thousand island
Tepung kentucky | salutkan pada ayam
Ads
CARA PENYEDIAAN:
1. Bakar roti tortilla di dalam oven lebih kurang 2 hingga 3 minit.
2. Salut ayam dengan tepung kentucky. Kemudian goreng hingga kekuningan.
3. Sapu rata mayonis di atas roti tortilla dan letak bahan-bahan: ayam, salad, lobak, timun, keju dan sos thousand island.
Ayam Madu Crispy Chinese Style atau Crispy Honey Chicken ni memang antara sajian Cina yang cukup popular. Tapi biasanya sajian ini masyarakat Cina ada meletakkan sedikit arak di dalamnya. Tetapi kalau teringin bolehlah makan di restoran Cina Muslim dan tentu halalan toyyiban.
Tetapi apakata cuba buat sendiri bukan susah sangat pun, ni kakak cantik @ Fatin Damia ada berkongsi resipinya, meh semak. Tapi janganlah semak aje, kena buat tau
1 sudu besar Sos plum ( boleh ganti dengan sos tomato jika tiada)
5 ulas Bawang putih (cincang halus)
2 sudu besar Madu ( Kakak guna Natural Honey by Damia Heaven )
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama dengan semua bahan A selama 30 minit.
2. Selepas diperap, lumurkan ayam dengan tepung jagung dan goreng ayam sampai setengah masak menggunakan api sederhana. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng lagi sekali ayam tadi menggunakan api besar. Angkat dan ketepikan.
4. Tumis bahan bahan B lebih kurang 5 minit menggunakan api besar. Masak sampai semuanya berbuih. Setelah berbuih, masukkan ayam. Kaup bali sampai semua ayam bersalut bahan sos dan tutup api
5. Taburkan bijan dan daun bawang dan boleh lah di hidangkan.
Masakan ni selalu orang Cina masak dan makan bila Malam Tahun Baru. Ataupun ketika ada majlis majlis perkahwinan ataupun ketika ada tetamu datang ke rumah. Jika nak masak dan makan untuk hidangan tengahari pun boleh.
Dah lama tak masak lauk kenduri. Rindu pula nak rasa. Tak semesti nak tunggu hari istimewa baru nak memasak lauk special. Bolehlah jamu keluarga dengan Ayam Masak Briyani hasil air tangan anda. Bahan-bahan ramuan yang pelbagai menjadikan aroma bau ayam ni sungguh menyelerakan.
AYAM MASAK BRIYANI
Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong dan cuci bersih
Bahan kisar:
7-8 biji bawang merah
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
4 inci halia
Kisar asing: 15 tangkai cili kering yg telah direbus lembut (atau boleh terus guna cili boh)
Bahan rempah :
2 batang serai diketuk
1 helai daun pandan simpulkan
2 helai daun bay
2 sudu besar penuh rempah briyani
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbu kari ikan
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 sudu besar sos cili saji
4 biji buah tomato dipotong dadu
½ tin susu krimer sejat Saji
Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa
Air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak sesekali kacau untuk elak dari hangus.
2.Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak.
3.Masukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yang disukai.
4.Perisakan dengan garam dan gula, reneh hingga ayam masak.
Tak lama lagi raya dah nak tiba. Pastinya hidangan istimewa mahu dihidangkan untuk keluarga. Maka kita hidangkan dua menu kombo iaitu nasi tomato dan ayam masak merah yang akan buat anda melekat di meja makan. Aroma bau kedua masakan ini sungguh membuka selera.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
5 cawan beras biasa / beras Basmathi
5 cawan air
4- 5 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
4-5 biji buah pelaga
1/ 4 cawan minyak zaitun (kalau tak ada boleh ganti dengan minyak masak)
2 sudu besar menggunung minyak sapi (kalau tak ada boleh guna mentega)
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar gula
1/ 2 sudu besar garam
3-4 helai daun pandan di simpul
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato
2 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
2 ketul halia sebesar ibu jari*
Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Rendam Beras
Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Beras direndam selama 15-20 minit. Kalau guna beras basmathi, rendam lama sikit dalam 30 minit. Kemudian, basuh dan toskan.
2. Tumis Bahan
Cairkan minyak sapi dan minyak masak / minyak zaitun dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan rempah-rempah kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
3. Masukkan Beras
Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, simpulan daun pandan, gula dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa Akhir sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil, basuh bersih
3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Kisar semua bahan bertanda *
CARA MEMASAK:
1. Goreng Ayam
Macam biasa, mula-mula gaulkan ayam dengan garam, kunyit. Panaskan kuali, bubuh minyak dan goreng. Tak payah garing sangat ye sebab lepas ni kita nak bubuh dalam lauk.
2. Tumis Rempah & Bahan Kisar
Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.
3. Masukkan Cili Kisar
Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.
4. Perasakan
Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali. Perisakan dengan garam pulak. Lepastu bolehlah masukkan ayam yang dah digoreng awl-awal tadi. Terjunkan semua dan gaul sebati.
Siap!
Biji durian buat kerepek, dah beli durian mahal-mahal kenalah manfaatkan sepenuhnya. Selain isi yang sedap dimakan, biji durian pun boleh diolah jadi kerepek rangup...