Anda suka pai yang berinti pedas, ini RASA kongsikan lima jenis pai yang sangat mudah disediakan dengan inti pedas, Memang kena  dengan tekak orang Malaysia yang suka pedas.  Risau tak pandai atau malas nak menguli tepung, beli je pastri puff segera, banyak dijual di pasaraya. Korang cuma sediakan inti je.  Kalau ada sambal atau rendang lebih bagus jadikannya sebagai inti, lagi jimat.

 Sedap & Rangup Sungguh 5 Jenis Pai Inti Pedas Ni, Korang Bolehlah Cuba.

PAI DAGING

BAHAN-BAHAN:

PASTRI:

  • 250gm tepung gandum
  • 180gm mentega | lembutkan
  • 80gm yoghurt
  • 1biji  kuning telur
  • Secubit garam

BAHAN A:

  • 300gm daging kisar
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 batang saderi
  • 1 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam

BAHAN B:

  • 100gm kentang | potong dadu dan rebus
  • 150gm mix vegetables
  • 60 gram cendawan butang | hiris
  • 1 ulas bawang merah | hiris
  • 1 biji bawang besar | potong dadu

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt.
  2. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh.
  4. Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya.
  5. Simpan doh dalam peti ais selama satu jam.
  6. Sementara itu, panaskan kulai non stick, masukkan bahan A, kacau rata hingga daging masak.
  7. Kemudian tutup api dan masukkan saderi dan gaul sebati. Ketepikan.
  8. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali.
  9. Tumis bawang merah dan bawang besar hingga wangi sebelum masukkan cendawan, mix vege dan kentang.
  10. Setelah semua bahan siap, panaskan ketuhar pada suhu200C.
  11. Canai kulit pai dan letak dalam acuan pai, kemudian masukkan inti daging tadi,
  12. Canai kulit pai untuk tutup bekas pai. Sapu sedikit air di permukaan tepi kulit pai supaya meniadi pelakat pastri.
  13. Hiris lebihan kulit pai dan kelim pastri Sapu telur ke atas pastri pai.
  14. Bakar selama 20 minit atau sampai keperangan.
  15. Pai sedia dihidangkan.

Sedap & Rangup Sungguh 5 Jenis Pai Inti Pedas Ni, Korang Bolehlah Cuba.

PAI CHOWDER KUPANG DAN UDANG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 keping daging bacon | dicincang halus dan goreng tanpa minyak
  • 1 sudu makan mentega
  • 2 biji kentang | potong dadu dan direbus
  • 300ml stok ayam
  • 2 sudu makan  susu UHT
  • 100gm kupang
  • 100gm udang | buang kulit
  • Kulit puff pastri segera
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega, tumis bawang merah dengan daging bacon hingga naik bau.
  2. Masukkan kentang, stok ayam, susu dan kupang. Masak lebih kurang dua minit.
  3. Seterusnya tambahkan udang. Perasakan sedikit garam
  4. Tuang inti ke dalam mangkuk casserole bulat untuk acuan pai, sapu telur di mulut mangkuk pai, tutup bekas dengan puff pastri.
  5. Sapu puff pastri dengan telur dan tabur serbuk parsli.
  6. Bakar 200C selama 20 minit.
  7. Pai sedia dihidangkan panas-panas.

Sedap & Rangup Sungguh 5 Jenis Pai Inti Pedas Ni, Korang Bolehlah Cuba.

PAI COTTAGE

BAHAN-BAHAN:

Kentang Lenyek:

IKLAN
  • 6 biji kentang | buang kulit dan rebus
  • 200 ml susu
  • 25gm mentega
  • 150gm keju cheddar
  • Sedikit garam dan lada sulah
  • Inti Pai :
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 200gm daging cincang
  • 2 batang saderi
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 100ml stok daging / 1 kiub daging
  • 3 sudu makan sos Lea & Perrins
  • 1 sudu teh serbuk Thyme
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu makan minyak masak | untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Untuk kentang lenyek masukkan mentega, susu, keju, garam dan lada sulah. Ketepikan,
  2. Sediakan inti: Panaskan minyak, tumis bawang besar dan putih hingga wangi, kemudian masukkan daging cincang, kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan tepung gandum, tomato puri, sos lea &perrins, serbuk Thyme dan daun bay.
  4. Kacau rata dan perasakan dengan stok daging, garam dan daun saderi.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan ketepikan.
  6. Masukkan inti pai di dalam mangkuk casserole kecil , kemudian tutup permukaan dengan adunan kentang tadi.
  7. Bakar dengan suhu 200C selama 15 minit.
  8. Setelah masak, pai sedia dihidangkan.

Sedap & Rangup Sungguh 5 Jenis Pai Inti Pedas Ni, Korang Bolehlah Cuba. 

PAI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm isi ayam
  • 1 1/2 cawan susu
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu teh serbuk Thyme
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • sedikit lobak mera dipotong dadu
  • 1 batang saderi dipotong
  • 1 biji bawang putih dihiris
  • 50 gm mentega
  • 50gm tepung gandum
  • 50gm keju parmesan
  • 1/2 cawan kacang pis
  • Puff Pastri segera

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan susu atas api sederhana, masukkan kiub ayam dan serbuk Thyme. Masukkan ayam dan masak 10 min. keluarkan dan carik ayam. ketepikan.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang besar bawang putih, lobak merah, saderi. Kacau rata.
  3. Seterusnya, masukkan tepung, lebihan air rebus ayam tadi. Masak sampai kuah hampir pekat.
  4. Kemudian masukkan keju, ayam yang dicarik dan kacang pis. Gaul sebati dan sejukkan inti.
  5. Letakkan inti dalam mangkuk casserole bulat kecil, sapu sedikit telur dimulut mangkuk casserole, kemudian tutup dengan puff pastri.
  6. Sapu telur atas permukaan puff dan bakar 180C selama 20 minit.
  7. Pai sedia di hidangkan.

 

Sedap & Rangup Sungguh 5 Jenis Pai Inti Pedas Ni, Korang Bolehlah Cuba.

PAI BAWANG DAN KEJU

BAHAN-BAHAN:

PASTRI:

  • 250gm tepung gandum
  • 180gm butter | lembut
  • 80gm yoghurt
  • 1 biji kuning telur
  • Secubit garam

INTI:

  • 1 biji kentang | potong dadu dan rebus
  • 2 biji bawang besar | hiris nipis
  • 1 sudu makan  tepung gandum
  • 50ml susu penuh krim
  • 50 ml susu UHT cream
  • 150gm keju Cheddar
  • 1/2 sudu teh English Mustard
  • 1/2 sudu teh Cayenne pepper
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk inti: Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yogurt. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Seterusnya tambahkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh. Jika terlalu lembut, tambah sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya.
  3. Simpan doh dalam peti ais selama satu jam.
  4. Canai doh dan terap ke acuan pai. Bakar sebentar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  5. Untuk inti: Rebus bawang besar sampái lembut. Kemudian tapis.
  6. Masukkan bawang dalam periuk, campurkan dengan susu penuh krim susu UHT dan tepung gandum, kacau rata di atas api sederhana.
  7. Seterusnya masukkan pula kentang, keju, mustard, serbuk cayenne, garam dan lada sulah. Kacau hingga pekat.
  8. Tuang adunan ke dalam acuan pastri dan bakar dengan suhu 200C selama 20 minit.
  9. Setelah masak, pai sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI