Bagi mendapatkan mi rebus yang sedap, kuahnya wajib diperisakan dengan daging baru terangkat. Gabungan jus manis daging dan udang kering menjadikan kuahnya mesra bersama keledek dan biskut marie. Menu mi rebus lejen dari dapur Kak Chik selalu mendapat sambutan bila ada majlis. Ini Kak Chik kongsi untuk kawan-kawan buat. Insyallah sedap.
Bahan A – Kisar halus 3 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 3 inci halia -BELI ONLINE DI SINI 2 inci lengkuas 2 genggam cili kering -BELI ONLINE DI SINI 1 paket kecil serbuk kari daging
Cara memasak: 1.Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan A sampai masak atau garing.
Bahan B – goreng dengan minyak kemudian kisar kasar. 1 genggam udang kering 2 genggam udang geragau
Bahan C 1kg keledek – rebus empuk ,kisar halus ½ kilo biskut marie-kisar Asam keping secukupnya Garam Gula merah/ Gula Melaka Gula pasir Ajinomoto Air secukupnya
Ads
Bahan D 1 kilo daging- hiris nipis rebus hingga empuk. Air rebusan masuk dalam kuah. Udang besar ikut bajet-letak kunyit & garam. Goreng sebentar jangan terlebih masak.
Bahan F Sayuran untuk ulam Taugeh,timun,daun sup,cili hijau,limau Telur rebus Bawang goreng 2 kilo mi kuning- dicelur
Cara memasak: 1.Masukkan dalam periuk bahan A, bahan B, bahan C dan bahan D. 2.Masak sehingga menggelegak. 3.Untuk hidangan, taburkan bahan E dan bahan F atas mi. Tip: Kuah kena agak-agak kepekatannya dan ada rasa manis-manis sikit. Seimbang asam garamnya.
Onde-Onde atau kuih buah Melaka antara kuih paling senang dan sedap. Disukai ramai,terutamanya pada bulan Ramadan. Jadi anda simpan resipi ini dalam koleksi kuih muih. Tapi kalau nak buat terus pun takda masalah, resipi disediakan dan senang nak buat.
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut
4 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya
Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
Kelapa parut | gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu setiap bahagian.
Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Gaulkan dengan kelapa.
Lakukan cara yang sama hingga habis.
Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.
Peminat mi goreng basah menyukai kerana seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Mi goreng basah kalau tidak kena dengan cara dan bahan boleh dapat hasil yang tawar serta mi yang kembang.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning-dibilas dan tos
10 ekor sotong-dibersihkan potong dan tos
1 paket Fish ball-dibersihkan potong dan tos
1 ikat sayur sawi jepun-dibersihkan, potong dan tos
1 biji tomato-dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu hesar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mi
1 cawan kecil air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TUMBUK
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
INFO:
Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.
Sebut je asam pedas, rendang, gulai lemak dan kerabu, perut kenyang pun jadi lapar. Apa lagi bila juada dah depan mata, tak sabar menjamahnya. Kali ini RASA kongsikan tujuh menu kampung yang memang boleh buat kecur air liur. Korang bolehlah cuba ye.
ASAM PEDAS EKOR LEMBU
BAHAN-BAHAN:
1kg ekor lembu yang telah dipotong | rebus hingga empuk
250ml air asam Jawa
150gm pes cili kering
5 tangkai daun kesum | asingkan dari batangnya
1 batang bunga kantan | belah empat
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam, gula dan perasa secukupnya
200ml minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
2cm lengkuas
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili dan serbuk lada hitam. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Seterusnya air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
Kemudian masukkan ekor yang telah direbus.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi (pastikan kuah tidak terlalu cair atau pekat)
Tutup api dan boleh dihidang.
GULAI LEMAK PISANG MUDA
BAHAN-BAHAN:
500 pisang muda | buang kulit arinya
500 ml santan
1 helai daun kunyit
Sedikit ikan bilis/udang kering
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
3cm kunyit hidup
12 biji cili padi
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk, kacau rata.
Didihkan di atas api sederhana.
Setelah mereneh, masukkan pisang dan ikan bilis.
Apabila pisang empuk masukkan daun kunyit,garam secukup rasa.
Tutup api gulai pisang sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK SIPUT SEDUT
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
500ml santan pekat
150gm daun kaduk
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
2cm halia
16 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar bersama santan dalam periuk.
Didikan di atas api sederhana.
Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
Selepas dua minit masukkan siput sedut.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KERABU AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam | rebus atau kukus
1 batang serai | mayang halus
1 biji bawang merah | mayang halus
10 biji cili padi | mayang halus
2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Daun limau purut-racik halus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Carik-carikkan ayam.
Campurkan isi ayam bersama bahan yang telah dimayang halus di dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis di dalamnya bersama sos ikan.
Tambahkan sedikit garam dan gula.
Gaul rata hingga masam manis, pedasnya sekata.
Apabila cukup rasa, ia sedia dihidangkan.
RENDANG DENDENG BONDA
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | rebus hingga empuk
6 sudu makan pes cili kering
8 ulas bawang merah | kisar
4 biji bawang besar | mayang halus
6 ulas bawang putih | mayang lalus
3cm halia | mayang halus
3 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan kicap pekat manis
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Daging rebus dihiris nipis kemudian gaulkan dengan kicap pekat manis bersama sedikit gula. Perap seketika.
Panaskan minyak, kemudian goreng daging separuh masak, angkat dan toskan minyak.
Tumbuk daging hingga nipis dan sedikit pecah. Ketepikan.
Kemudian tumiskan bahan yang dimayang halis hingga naik bau dan garing dan ketepikan.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan pula pes cili kering.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan baki kicap pekat manis.
Masukkan garam, gula dan air asam, kacau rata kemudian masukkan daging kisar dan bahan yang digoreng tadi.
Terus masak atas api sederhana, kacau selalu.
Bila kuah pekat dan cukup rasa,tutup api.
Rendang Dendeng sedia dihidangkan.
SUP TULANG RAWAN
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rawan
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 batang serai | titik
Daun sup secukupnya | hiris halus
Daun bawang secukupnya | hiris halus
Serbuk lada hitam/ putih secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit ,minyak untuk menumis
BAHAN PENUMIS:
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6-8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.
Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.
Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.
Sup sedia untuk dihidang.
UDANG MASAK KALIO
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XXL | bersihkan dan tos
500ml santan
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
3 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan ketumbar | goreng sangai dan kisar
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 biji cili merah
2 biji cili hijau
6 biji buah keras
3cm kunyit hidup
3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pula serbuk ketumbar
Kemudian masukkan daun limau purut, daun kunyit dan santan.
Setelah mendidih masukkan udang, kacau hingga udang bertukar warna.
Seterusnya masukkan air asam Jawa, garam, gula secukup rasa.
Apabila udang masak, tutup api dan udang sedia dihidangkan.
Resipi Ikan Goreng Sambal Berlado pedas menyengat yang wangi, pekat dan membuka selera. Belajar cara masak sambal berlado paling padu dengan langkah mudah untuk hasil yang garing, pedas dan memuaskan.