Kepada anda yang tidak taksub dengan menu nasi semasa berbuka puas, apa kata cuba menu Mi Hailam. Ia hidangan yang mudah disediakan dan tak perlulah duduk lama di dapur. Mi ni sangat sedap dinikmati panas-panas. Sebaiknya anda boleh siapkan bahan-bahan terlebih dahulu, 15 minit lagi nak berbuka, baru masak. Nak resipi boleh cuba di sini.
MI HAILAM BAHAN-BAHAN: 1 paket mi kuning 400gm ketul ayam 3-4 sudu makan kicap manis 1 sudu makan kicap cair 2 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato Sedikit sayur sawi 1 batang lobak merah | hiris batang mancis 1 biji cili merah | hiris 2-3 cawan air 1 sudu makan tepung jagung | dicampur dengan sedikit air Garam, dan gula secukup rasa 3 sudu makan minyak masak BAHAN KISAR: 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 4-5 tangkai cili kering BAHAN HIASAN: Daun sup | hiris Bawang goreng 1 biji cili merah besar | hiris
Ads
CARA MEMBUAT: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan wangi. 2. Masukkan ketulan ayam yang dipotong kecil ( jika suka boleh tambah udang dan sotong) dan kacau hingga ayam masak. 3. Tambahkan ke dalamnya air, diikuti hirisan lobak merah dan batang sawi. Masak hingga mendidih. 4. Masukkan pula semua jenis sos dan kicap. Kacau lagi supya semuanya bercampur sebati. 5. Seterusnya masukkan daun sawi dan cili merah, bancuhan tepung jagung, garam dan gula secukup rasa. 6. Akhir sekali masuakkan mi kuning, gaul rata lebih kurang 2 minit, lalu tutup api. 7. Mi Hailam sedia dihidangkan, masukkan bawang goreng, hirisan cili merah, hirisan daun sup di atas nya sebagai hiasan
Ads
Ads
Kredit : Norita Azrol
Menu Masakan Kampung
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Pagi tadi bangun tiba-tiba rasa nak buat tau sar peah atau kuih tambun. Resipi ni saya amik kat web iluminasi. Cuma saya kurangkan adunan itu kepada separuh. Tak larat nak buat kalau guna sukatan asal. Sukatan ni boleh hasilkan tau sar peah sebanyak 10 biji. Cukuplah untuk minum petang.
Doh Air Bahan-bahan: 120g tepung gandum (ayak) 1 sudu (jangan penuh) gula – saya guna gula kastor 35g lemak sayur / shortening 60ml air (tak perlu air suam)
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan dan sebatikan. Bila dah sebati, bulatkan adunan kepada 5 bahagian.
Doh minyak Bahan-bahan: 90g tepung gandum (ayak) 60g lemak sayur / shortening Sedikit garam
Langkah 1 Campurkan semua bahan dan sebatikan. Bulatkan adunan dan bahagikan kepada 5 bahagian. Inti: saya guna inti yang dah siap. Beli kat Bake with Yen. Bulatkan inti dalam 10 biji dan setiap satu berat lebih kurang 20g.
Penyediaan doh
Langkah 2, 3 & 4 Leperkan doh air dan masukkan doh minyak. Bulatkan doh tersebut kemudian dileperkan.
Langkah 5 Selepas dileperkan, kemudian digulung seperti swiss roll dan leperkan sekali lagi. Ulang proses tersebut untuk 4 kali. Lakukan perkara yang sama ke atas bahagian yang lain sehingga selesai. * Ni yang bahagian yang tak larat kalau sorang je buat.
Langkah 6 Ambil bahagian yang telah digulung dan potong dua.
Langkah 7 dan 8 Bulatkan kemudian dileperkan. Setelah dileperkan, masukkan inti dan bulatkan semula.
Langkah 9 Selepas itu, leperkan adunan tersebut. Ulang proses tersebut kepada bahagian yang lain.
Langkah 10 Setelah selesai, griskan dulang pembakar dan letak adunan yang telah dileperkan, untuk sedia dibakar. Langkah 11 Tekan adunan tersebut dengan garfu dan sapukan dengan kuning telur. Taburkan bijan (jika ada). Bakar kuih tersebut selama 20-30 min, suhu 200c. Okay, selamat mencuba.
Hmmp sedapnya soto! Orang kata soto ni lebih popular di Johor berbanding negeri lain. Yeke? Ianya sering di sajikan sebagai hidangan sarapan pagi mahupun meraikan hari keraian. Jom kita cuba resepi ni!
KUAH SOTO
Bahan Kisar (kisar halus)
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inc halia 1 inc kunyit hidup 3 batang serai ~ di titik 1 inc lengkuas
Bahan Tumis dan Rempah
1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 2 sudu besar serbuk lada sulah atau lada putih 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum cengkih 4 biji pelaga
Bahan lain
1 ekor ayam ~ potong 4 (potong kecil-kecil) Air secukupnya Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa 2 kiub ayam 2 sudu besar santan
Cara-cara Penyediaan
Mula-mula kita panaskan minyak
Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis hingga harum
Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus
Masukkan juga jintan putih dan jintan manis serta lada sulah
Masak hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan air mendidih
Bila dah didih, masukkan ayam dan kiub ayam
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka
Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.
Keluarkan ayam dan toskan
Carikkan sedikit ayam untuk di buat begedil ayam nanti
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan
Kemudian boleh lah di siat halus.
BEGEDIL AYAM
Bahan-Bahan
1 kg kentang 250 gm ayam yang telah di rebus dan di siat halus-halus 2 biji telur 1/2 cawan bawang goreng daun sup dan daun bawang ~ di cincang halus 2 sudu teh lada sulah Garam secukup rasa Sedikit minyak untuk meggoreng.
Cara Penyediaan
Kentang di kupas, kemudian di hiris nipis bulat
Goreng kentang hingga kuning keemasan
Kemudian di tumbuk atau di lumatkan halus
Ayam yang kita ambil dari soto tadi, jangan goreng ya.. kita carikkan sedikit yang tak goreng punya dan kita siat-siat halus atau kita ramas-ramas hingga halus
Anda boleh juga guna daging cincang, jika guna daging cincang, goreng sebentar daging dengan sedikit garam hingga daging empuk
Satukan kentang lumat dalam bekas
Masukkan ayam atau daging cincang ( ikut pilihan anda), kemudian masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang di cincang, lada sulah dan garam secukup rasa
Kemudian kacau rata hingga semua sebati
Kemudian bulat-bulatkan kecil-kecil
Buat sehingga selesai
Telur, pecahkan dalam bekas, letakkan secubit garam
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. (Jangan guna minyak banyak nanti ia serap minyak )
Celupkan begedil dalam telur dan kemudian goreng dalam kuali
Bila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya.
SAMBAL KICAP
Bahan-Bahan
15 tangkai cili padi 6 ulas bawang putih 1/2 cawan kicap manis secubit garam 2 biji limau kasturi
Cara Penyediaan
Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi
Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
Kisar halus
Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi