Mi goreng mamak basah dan pedas memang sedap. Mesti ramai juga yang cuba membuatnya di rumah tapi tak menjadi kan.
Hasilnya mee tak basah dan jadi kering bila siap dimasak. Sebenarnya untuk dapat mee yang basah dan bersalut dengan telur ini ada tekniknya.
Caranya dikongsi oleh Shahmlah JD. Jom cuba hari ni.
Ads
Cara buat mi goreng mamak versi basah dan pedas
Bahan-bahan
600g mi kuning
1 bawang besar
5 ulas bawang putih -dikupas dan dihancurkan
1 tomato -dihiris
3 biji telur saiz besar
2 cili hijau -dihiris
2 tauhu dipotong kecil
10 fish ball -dipotong separuh
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
Sawi -dipotong
3 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar kacang tanah -goreng dan dikisar kasar
2 cawan air (cawan pengukuran)
Garam secukup rasa
Bahan dikisar
8 ulas bawang putih
1 ulas bawang saiz kecil
15g ikan bilis
5g udang kering
5 tangkai cili kering (tambah jika ingin lebih pedas)
Cara memasak
1.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali kemudian tumis bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.
3.Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati. Masak sampai pecah minyak.
4.Kemudian tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih.
Ads
5. Selepas mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.
6. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam kurangkan memandangkan sudah ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.
7. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak.
8. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati. Tutup api dan sedia dihidangkan.
1. Roti dicarik kecil, disapukan mentega dan disusun di dalam bekas. Taburkan kismis. 2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan telur, gula dan esen vanilla kemudian kacau. Tambahkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Buat penggemar manisan, rugi jika anda tidak pernah merasa pudding brownies. Menariknya, resipi yang dikongsi oleh Fatin Damia ini tidak perlu menggunakan telur dan mentega. Sekali pandang, memang dah terasa kesedapannya dalam tekak. Jom kita cuba buat untuk ahli keluarga hujung minggu ini.
2 sudu besar serbuk koko ** (Kakak guna jenama Van’s Houten. Boleh ganti dengan Milo jika suka)
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar halus semua bahan kecuali bahan bahan yang bertanda **
2. Setelah itu, masak semua bahan di dalam periuk dan masukkan bahan bahan yang bertanda **.
3. Masak sampai semua bahan menjadi sedikit pekat. Setelah masak, tuang ke dalam bekas dan simpan puding ke dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam ataupun semalaman sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!
Jika anda sedang mencari AIR FRYER yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkan DISINI.
Bergedil atau patty burger ayam yang sudah siap diproses memanglah melambak jualannya di pasaraya. Macam-macam jenama yang ada. Tapi kalau nak yang segar, apa kata cuba buat sendiri. Homemade pastilah segar.
.
.
Jom semak resipi perkongsian Amida Ida, gerenti sedap dan lebih puas hati menikmatinya. Burger ayam dengan patty @bergedil homemade tanpa pengawet dan pewarna.
‘PATTY’ BURGER HOMEMADE
.
BAHAN-BAHANNYA :
Isi ayam | dipotong dadu kecil2…
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit halia
Rempah ketumbar
Rempah jintan manis
Rempah jintan putih
Serbuk lada sulah/hitam
Garam gula secukup rasa
Sos tiram
CARA MEMASAK :
1. Segala bawang dan halia ditumbuk dahulu.
2. Rempah-rempah dikisar halus, guna pengisar kering.
3. Kemudian satukan semua bahan-bahan di atas bersama ayam yang telah dipotong kecil.
4. Kemudian kisar sehingga semuanya halus, dan seterusnya panaskan sedikit minyak dan masakkan bahan-bahan yang dikisar tadi
5. Kacau selalu sehingga isi ayam hancur dan masak hingga air kering.
.
Seterusnya sediakan :
Serbuk roti
Telur
6. Selepas itu satukan ayam yg dah dimasak tadi bersama telur dan serbuk roti
.
7. Nak masukkan bawang yang dipotong dadu pun boleh. 3. Kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati. 4. Campurkan semua bahan-bahan yg di masak tadi bersama2 telor dan serbuk roti…semua ni kena agak2 ye utk jadikn bentuk seperti patty burger. 5. Kemudian panaskan kuali dan sapu sedikit majerin di permukaan kuali.
.
6. Bubuh acuan ring burger mengikut acuan yg di kehendaki, masak sehingga warna seperti di gambar.
7. Siap boleh lah dijadikan inti roti burger ayam, perggh memang padulah.