Mi goreng mamak basah dan pedas memang sedap. Mesti ramai juga yang cuba membuatnya di rumah tapi tak menjadi kan.
Hasilnya mee tak basah dan jadi kering bila siap dimasak. Sebenarnya untuk dapat mee yang basah dan bersalut dengan telur ini ada tekniknya.
Caranya dikongsi oleh Shahmlah JD. Jom cuba hari ni.
Cara buat mi goreng mamak versi basah dan pedas
Bahan-bahan
600g mi kuning
1 bawang besar
5 ulas bawang putih -dikupas dan dihancurkan
1 tomato -dihiris
3 biji telur saiz besar
2 cili hijau -dihiris
2 tauhu dipotong kecil
10 fish ball -dipotong separuh
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
Sawi -dipotong
3 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar kacang tanah -goreng dan dikisar kasar
2 cawan air (cawan pengukuran)
Garam secukup rasa
Bahan dikisar
8 ulas bawang putih
1 ulas bawang saiz kecil
15g ikan bilis
5g udang kering
5 tangkai cili kering (tambah jika ingin lebih pedas)
Ads
Cara memasak
1.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali kemudian tumis bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.
3.Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati. Masak sampai pecah minyak.
Ads
4.Kemudian tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih.
5. Selepas mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.
6. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam kurangkan memandangkan sudah ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.
Ads
7. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak.
8. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Sotong ni sebenarnya macam-macam kita boleh masak. Salah satunya sotong kukus limau. Memang sedap sesangat. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Asalkan ada lengkuas, serai dan bawang putih, dah cukup. Opsss. Daun ketumbar jangan lupa. Itu pelengkap aroma dan cita rasanya.
Bahan untuk sos tu yang banyak sikit. Bila ada sos, tu yang jadi tambah sedap tu. Nanti korang try buat tau. Memang syok.
SOTONG KUKUS LIMAU
.
BAHAN SOTONG KUKUS
1 atau 2 ekor sotong saiz besar
Lengkuas
Serai
Daun ketumbar (akar sekali)
Bawang putih
CARA MEMBUAT SOTONG KUKUS
1. Cuci sotong bersih-bersih.
2. Potong sotong macam dalam gambar. Jangan sampai putus. Kelar saja.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong).
4. Letakkan akar ketumbar, sedikit bawang putih letak atas sotong.
5. Kukus sotong dengan api kuat. Sudah masak, buang air sotong.
BAHAN SOS
1 sudu besar gula
3 sudu besar air perahan limau nipis
2 1/2 sudu besar sos ikan
1 ulas bawang putih
Cabai melaka merah, hijau (dipotong)
Daun ketumbar
Daun pudina
CARA MEMBUAT SOS
1. Masuk gula, air perahan limau nipis, sos ikan, bawang putih dan cabai melaka. Kacau sehingga hancur.
2. Selepas sos siap, tuang sos atas sotong yang dikukus tadi. Tabur daun ketumbar dan daun pudina. Hias dengan limau nipis yang dihiris bulat. Siap untuk dimakan dengan nasi panas.
Sedapnya Lala Masak Masam Manis ni. Ia juga dikenali dengan nama siput Retak Seribu. Selain masak seperti ni, ia juga sedap kalau dijadikan masak lemak. Memang bertambah nasi dalam pinggan. Bagi anda yang bercadang nak masak ‘seafood’ lambak, resipi Lala Masak Masam Manis perkongsian saudari Rosni Musa ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah. Selamat mencuba!
RESIPI LALA MASAK MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 paket lala @ retak seribu
1 biji bawang besar – dihiris – beli online DISINI
2 ulas bawang putih – dihiris – beli online DISINI
Anda penggemar masakan Negeri Sembilan, pastinya menyukai masakan yang menggunakan cili padi seperti Gulai Lemak dan Rendang yang sebut saja pasti kecur air liur terbayangkan rasanya yang pedas sedap. Kalau anda ingin mencuba, kali ini RASA bawakan dua menu istimewa masakan negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Sisir dan Rendang Itik Salai. Dua menu ini dikongsikan oleh Aunty Aini, pemilik Aini’s Garden Café serta pengacara Rasa Insta Famous dan Ketuhar Kuali.
MASAK LEMAK CILI CENDAWAN SISIR
BAHAN-BAHAN:
200gm cendawan sisir | cuci bersih & to
Sedikit pucuk ubi kayu
250ml santan pekat
50 ml air
50gm ikan bilis
Garam secukup rasa
2 batang serai | titik
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar dengan santan dan air dalam periuk.
Renehkan atas api sederhana, masukkan serai titik dan ikan bilis yang telah dikupas dan dicuci bersih.
Setelah mereneh masukkan cendawan sisir, pucuk ubi, kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Tutup api, dan sedia dihidangkan.
RENDANG ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik salai | potong kecil
2 biji kelapa | ambil santan pekat sahaja
3 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugor
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas
4 batang serai
3cm kunyit
3cm halia
20 biji cili padi
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
BAHAN REMAH RATUS:
3 biji buah keras
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh Jintan putih
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Bahan rempah ratus digoreng sangai, kemudian kisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian tambahkan dengan rempah ratus yang dikisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan itu, gaul rata dan hingga itik kecut.
Masukkan santan, asam gelugor dan campur sedikit air. Tutup kuali.
Biarkan mereneh atas api sederhana hingga itik empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah pekat masukkan kerisik, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api dan rendang itik sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi donut kampung lembut dan gebu tanpa telur. Donut nostalgia zaman kecil dengan doh ringan, sesuai untuk digoreng atau dibuat frozen. Cara lengkap menggunakan kata kunci donut kampung untuk hasil terbaik.