
Menu petang ni dapat mi goreng pun sempoi juga. Kali ni nak sedap kita letakkan daging. Air daging bila bersatu dengan mi rasa manis dan sedap. Boleh cuba buatnya nanti untuk minum petang bersama keluarga. Gerenti bertambah mereka makan nanti.
MI GORENG DAGING MELETOP
Bahan-bahan:
1 paket mi – dibasuh
Sayur sawi
Cili padi
Tomato
Daging ikut suka hati banyak mana,pastikan hiris nipis/lauk lain pun boleh sotong, udang, ayam
3 ulas bawang putih-beli online di sini
1 sudu besar cili boh
4 sudu besar sos tomato-beli online di sini
5 sudu besar kicap manis-beli online di sini
¾ sudu besar gula
Untuk hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang
Asam limau
Dapatkan EKOBEE 3 IN 1 INTELLIGENT MULTI-COOKER WITH STEAM TRAY dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara memasak:
1.Tumis bawang putih yang diketuk sehingga kekuningan.
2.Masukkan cili boh, tumis lagi sehingga pecah minyak.
3.Masukkan sos tomato,kicap manis(saya guna kipas udang) dan gula.
4.Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daging,masakkan daging sekejap.
5.Masukkan mi dan sayur tadi.
6.Masukkan sedikit air.
7.Kacau sehingga basah sedikit kering (mi berkilat)
8.Siap dihidang.Tabur bawang goreng dan daun bawang. Jangan lupa perah asam limau.
Kredit: Niq Ain
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Cara Buat Susu Pekat Manis Homemade. Mudah & Macam Beli Di Kedai
Kukus 15 Minit Dah Siap, Mudah Rupanya Buat Apam Gula Hangus Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Sajian Makan Malam Ala Gerai Masakan Panas

Masakan panas memang menjadi kegemaran ramai terutamanya bila tiba waktu makan malam. Sajian tidak terlalu berat namun sangat sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari idea hidangan makan malam terbaik yang mudah dan sedap, seleksi menu hidangan makan malam gaya gerai masakan panas perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba.
5 IDEA MENU AKAN MALAM MUDAH & SEDAP
1. KUETIAU KUNGFU
BAHAN A:
- 1 cawan kuetiau
- 1 biji telur
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN B:
- 3 ulas bawang putih – ketuk
- 100gm isi ayam
- 2 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- Secubit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk rempah sup
- 1 gelas air
- Sedikit hirisan bunga kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan sayur kalian
- 2 sudu makan putih telur
- 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bilas kuetiau dengan air panas. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
- Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah. Gaul sebati.
- Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat.
- Untuk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.
- Masukkan isi ayam. Goreng seketika. Kemudian masukkan sotong.
- Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup. Kacau sebati.
- Masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut. Boleh masukkan udang jika suka.
- Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Bila rasa sudah cukup, tuang putih telur dan kacau laju.
- Masukkan kalian dan lobak merah. Biar seketika.
- Padam api dan tuang dalam pinggan berisi kuetiau. Sedia untuk dinikmati.
2. MAGGI KARI TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 keping kecil isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1 sudu makan pes tomyam
- 1 1/2 cawan air
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit bunga kubis
- Sedikit sayur kalian
- 3 biji cendawan butang – hiris
- 1/2 biji tomato – hiris
- 3 ulas bawang putih – tumbuk
- 1/4 biji bawang holland – hiris
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang serai – dipotong tiga
- 1 hiris lengkuas
- 1 hiris nipis halia
- 2 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang holland, daun limau purut, serai, halia, lengkuas dan cili padi hingga wangi dan keperangan.
- Bila sudah naik bau, masukkan hirisan isi ayam. Tambahkan juga pes tomyam.
- Masukkan air dan juga perencah mi segera. Kacau rata.
- Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
- Kemudian masukkan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut.
- Tambahkan juga hirisan cendawan, kalian dan juga tomato.
- Masukkan hirisan sotong, udang dan juga mi segera.
- Masak sekitar 1-2 minit hingga mi lembut.
- Sedia untuk dinikmati.
3. MAGGI GORENG SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 biji bawang merah (saiz syiling 10 sen) – tumbuk
- 1 ulas bawang putih – tumbuk
- 2 biji cili padi – tumbuk
- 1/2 sudu teh cili boh @ cili kisar
- 3-4 ekor udang
- 1 ekor sotong – hiris bulat
- Sedikit hirisan kek ikan @ fishcake
- 1 sudu makan kicap sotong
- 2 sudu makan kicap lemak manis
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu makan gula
- 1/2 cawan air
- Sedikit hirisan kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit sawi
- Tauge secukupnya
- Cili padi – hiris
CARA MEMASAK:
- Didihkan air. Celur sebungkus mi segera dalam dua hingga tiga minit. Toskan.
- Kemudian rebus sekejap udang. Kupas kulitnya.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
- Masukkan cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah kari mi segera tadi.
- Kemudian masukkan sotong yang telah dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan kek ikan.
- Tambahkan kicap sotong, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan gula sebagai perasa. Gaul sebati.
- Tuang 1/2 cawan kecil air dan masukkan hirisan kubis dan lobak merah. Bila kubis layu, masukkan sawi, tauge dan cili padi.
- Masukkan mi segera yang telah dicelur tadi. Biarkan sebati dengan kuah. Kacau sehingga sedikit kering.
- Tutup api selepas mi segera goreng masak dengan sempurna. Nikmati segera.
4. MI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – lalukan di bawah air terlebih dahulu
- Isi dan kaki ayam secukupnya – jika suka
- 4 ulas bawang putih – ketuk
- 1/2 biji bawang holland – hiris
- Sedikit serbuk lada hitam
- 5 cawan air
- Hirisan fishcake dan fishball secukupnya
- Sedikit hirisan kubis, lobak merah, tomato, sawi & cili merah
- Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih, bawang holland dan serbuk lada hitam hingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan kaki ayam. Gaul rata.
- Tambahkan air dan biar hingga kaki ayam empuk. Jika perlu, tambah air dengan secukupnya.
- Masukkan hirisan fishcake dan fishball. Masukkan juga hirisan kubis.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
- Seterusnya masukkan mi. Biar hingga urat mi menjadi kembang.
- Tambahkan sayur-sayuran yang lain dan padamkan api.
- Sedia dinikmati bersama sos cilia tau sambal kicap sebagai penambah rasa.
5. MI GORENG KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – basuh dan tos
- 1 keping isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- Udang secukupnya
- 1 biji telur
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan kicap pekat
- 5 sudu makan kicap lemak manis
- 5 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap sotong
- 4 sudu makan sos cili
- Hirisan sawi, tauge dan cili merah secukupnya
BAHAN TUMBUK:
- 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Gorenmg seketika.
3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili.
4. Masukkan pula hirisan sotong dan tambahkan air.
5. Seterusnya masukkan mi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati.
6. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
7. Setelah urat mi menjadi lembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)
8. Masukkan sawi, tauge dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
9. Mi Goreng sedia untuk dihidangkan. Nikmati bersama sambal cili, keropok ikan dan sedikit perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Makaroni Bakar Yang Ramai Orang Suka

Memang sedap makan makaroni bakar. Nak sediakan satu-satu hidangan pada keluarga, kenalah pastikan hidangan tu sedap dan digemari. Antara hidangan yang senang nak dibuat adalah makaroni bakar. Apa kata sesekali kita buat makaroni goreng untuk hidangan seisi keluarga. Mesti mereka suka sebab makaroni goreng ni memang ramai yang suka.
MAKARONI BAKAR

BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
Tip:
Boleh tambah lada benggala, cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
Kredit resipi dari Telegram KakiMakan Channel
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nasi-lemak-kukus-ikan-siakap-goreng-menu-luar-biasa-di-restoran-ngeteh-santai/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7
Macam Ni Rupanya Cara Buat Kuah Bakso Asli Indonesia. Memang Padu!

Tercari-cari resipi kuah Bakso yang sedap? Resipi perkongsian saudari Ekynn Aziz ni antara yang boleh dicuba. Menurut beliau resipi ini diperolehi ‘original’ dari orang Indonesia sendiri. Wow…Berbaloi cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK BAKSO INDONESIA (SAIZ 10 ORANG)
BAHAN-BAHAN:
- Tulang daging RM10
- Bebola daging segera ( boleh guna jenama mohd armiya @ ramly)
- 2 biji bawang merah – hiris
- 2 batang serai – titik (jika tak mahu letak, abaikan)
- 1 helai daun pandan (jika tak mahu letak, abaikan)
- 1 ½ kiub pati daging
- Perisa aji ( boleh ganti dengan cukup rasa)
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3-4 biji buah keras
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
BAHAN CILI KICAP:
- 1 genggam cili padi hijau
- 6 ulas bawang putih
- 1 sudu makan cuka
- 1 sudu makan kuah bakso
- 4 sudu makan kicap manis
- Serbuk cukup rasa secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat Sambal Cili Kicap, rebus cili padi dan bawang putih hingga lembut. Kemudian tumbuk halus.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Adun sebati. Ketepikan.
3. Untuk kuah Bakso, rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama rebus lagi sedap.
4. Dalam kuali berlainan, tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai yang telah dititik.
5. Bila sudah naik bau, tuang bahan tumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Masukkan juga bebola daging.
6. Perasakan dengan garam dan aji atau cukup rasa dengan secukupnya.
7. Rebus sup hingga bebola daging timbul. Bila bebola daging timbul maknanya kuah dah masak.
8. Kuah Bakso siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan dengan bihun dan kuetiau.
9. Boleh dinikmati bersama cili kicap untuk rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Ekynn Aziz
Tercari-cari ‘PRESSURE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official