Susu pekat manis adalah antara salah satu bahan pemanis yang banyak digunakan dalam masakan dan juga minuman harian. Aneka kek, manisan, kopi susu, Teh Tarik, semua menggunakan pemanis ini. Setin harganya boleh tahan juga. Jadi apa kata kita buat sendiri. Senang je sebenarnya nak buat sendiri susu pekat manis ni secara homemade. Rasa pun sama je dengan yang dibeli. Boleh jimat sikit duit pada zaman serba tinggi kos kan? Saudari Syazwani Bakhari ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba.
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuatnya, mudah sahaja. Mula-mula masukkan air panas, gula, marjerin dan susu tepung ke dalam bekas atau mesin pengisar. 2. Kisar semua bahan hingga jadi halus. Kaup balikkan supaya semua sebati. 3. Susu pekat manis homemade siap disediakan dan sedia untuk digunakan dalam pelbagai masakan dan minuman.
INFO: Jika susu pekat manis anda kurang manis, campurkan gula sedikit demi sedikit hingga mendapat kemanisan yang anda suka. Jika cair, masukkan lagi susu tepung. Ubah suai teksturnya mengikut selera masing-masing.
Resipi Belebat Ubi Keledek Oren Ungu perkongsian opah Mas Cotek ni memang terbaik. Melihat gambarnya sahaja sudah dapat membayangkan rasanya yang sedap dan membuka selera. Bagi anda yang dah lama tak makan kuih tradisional, resipi ni tentunya perlu dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK BELEBAT UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1 ketul ubi keledek oren (anggaran 200gm)
1 ketul ubi keledek ungu (anggaran 200gm)
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
4 cawan santan
1/2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya untuk membungkus (ukuran daun guna 4×6″)
CARA MEMASAK: 1. Ubi keledek dibersihkan, dipotong dadu kemudian dikukus sehingga empuk.
2. Satukan tepung beras, santan, gula dan garam. Kacau sebati. Guna api perlahan, masak adunan sehingga pekat dan berkilat. 3. Padamkan api dan masukkan keledek. Angkat dan ketepikan adunan.
4. Sediakan daun pisang, sudukan 2 sudu makan adunan belebat, bungkus dan kemaskan.
5. Susun bungkusan Belebat Ubi dalam periuk dan kukus selama 10 minit menggunakan api perlahan.
6. Angkat kuih dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Resipi ayam kukus Chinese style ini sesuai buat yang mahu hidangan sihat namun ringkas. Tanpa perlu sambal dan pelbagai rencah hidangan ayam ini mampu memberi rasa enak sekali.
Gabungan rasa kicap manis, minyak bijan, dan lada hitam memberikan perisa yang mendalam pada ayam, sementara hirisan halia dan daun bawang memberi aroma segar dan menyelerakan. Cubalah…
4 sudu besar kicap manis / kicap cair
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Cara Membuat Ayam Kukus Chinese Style
1. Perapkan ayam dengan bahan perapan yang disediakan selama 1 jam. Pastikan ayam disaluti rata dengan semua bahan perapan untuk memastikan rasa meresap dengan baik.
2. Letakkan ayam yang diperap dalam bekas kukusan. Taburkan hirisan halia dan daun bawang di atas ayam.
3. Panaskan kukusan dengan api yang besar dan kukus ayam selama kira-kira 30-40 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya. Pastikan kukusan dalam keadaan panas supaya ayam masak dengan sempurna.
4. Setelah ayam kukus siap, angkat dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan.
5. Hidangkan ayam kukus ini dengan nasi panas ataupun nasi ayam.
Masakan panas memang menjadi kegemaran ramai terutamanya bila tiba waktu makan malam. Sajian tidak terlalu berat namun sangat sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari idea hidangan makan malam terbaik yang mudah dan sedap, seleksi menu hidangan makan malam gaya gerai masakan panas perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba.
5 IDEA MENU AKAN MALAM MUDAH & SEDAP
1. KUETIAU KUNGFU
BAHAN A:
1 cawan kuetiau
1 biji telur
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN B:
3 ulas bawang putih – ketuk
100gm isi ayam
2 ekor sotong – hiris
3-4 ekor udang
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk rempah sup
1 gelas air
Sedikit hirisan bunga kubis
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan sayur kalian
2 sudu makan putih telur
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bilas kuetiau dengan air panas. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah. Gaul sebati.
Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat.
Untuk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.
Masukkan isi ayam. Goreng seketika. Kemudian masukkan sotong.
Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup. Kacau sebati.
Masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut. Boleh masukkan udang jika suka.
Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bila rasa sudah cukup, tuang putih telur dan kacau laju.
Masukkan kalian dan lobak merah. Biar seketika.
Padam api dan tuang dalam pinggan berisi kuetiau. Sedia untuk dinikmati.
2. MAGGI KARI TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi segera perisa kari
1 keping kecil isi ayam – hiris
1 ekor sotong – hiris
3-4 ekor udang
1 sudu makan pes tomyam
1 1/2 cawan air
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bunga kubis
Sedikit sayur kalian
3 biji cendawan butang – hiris
1/2 biji tomato – hiris
3 ulas bawang putih – tumbuk
1/4 biji bawang holland – hiris
3 helai daun limau purut
1 batang serai – dipotong tiga
1 hiris lengkuas
1 hiris nipis halia
2 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang holland, daun limau purut, serai, halia, lengkuas dan cili padi hingga wangi dan keperangan.
Bila sudah naik bau, masukkan hirisan isi ayam. Tambahkan juga pes tomyam.
Masukkan air dan juga perencah mi segera. Kacau rata.
Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
Kemudian masukkan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut.
Tambahkan juga hirisan cendawan, kalian dan juga tomato.
Masukkan hirisan sotong, udang dan juga mi segera.
Masak sekitar 1-2 minit hingga mi lembut.
Sedia untuk dinikmati.
3. MAGGI GORENG SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi segera perisa kari
1 biji bawang merah (saiz syiling 10 sen) – tumbuk
1 ulas bawang putih – tumbuk
2 biji cili padi – tumbuk
1/2 sudu teh cili boh @ cili kisar
3-4 ekor udang
1 ekor sotong – hiris bulat
Sedikit hirisan kek ikan @ fishcake
1 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu makan gula
1/2 cawan air
Sedikit hirisan kubis
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit sawi
Tauge secukupnya
Cili padi – hiris
CARA MEMASAK:
Didihkan air. Celur sebungkus mi segera dalam dua hingga tiga minit. Toskan.
Kemudian rebus sekejap udang. Kupas kulitnya.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
Masukkan cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah kari mi segera tadi.
Kemudian masukkan sotong yang telah dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan kek ikan.
Tambahkan kicap sotong, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan gula sebagai perasa. Gaul sebati.
Tuang 1/2 cawan kecil air dan masukkan hirisan kubis dan lobak merah. Bila kubis layu, masukkan sawi, tauge dan cili padi.
Masukkan mi segera yang telah dicelur tadi. Biarkan sebati dengan kuah. Kacau sehingga sedikit kering.
Tutup api selepas mi segera goreng masak dengan sempurna. Nikmati segera.
4. MI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket mi kuning – lalukan di bawah air terlebih dahulu
Isi dan kaki ayam secukupnya – jika suka
4 ulas bawang putih – ketuk
1/2 biji bawang holland – hiris
Sedikit serbuk lada hitam
5 cawan air
Hirisan fishcake dan fishball secukupnya
Sedikit hirisan kubis, lobak merah, tomato, sawi & cili merah
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih, bawang holland dan serbuk lada hitam hingga wangi.
Masukkan isi ayam dan kaki ayam. Gaul rata.
Tambahkan air dan biar hingga kaki ayam empuk. Jika perlu, tambah air dengan secukupnya.
Masukkan hirisan fishcake dan fishball. Masukkan juga hirisan kubis.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
Seterusnya masukkan mi. Biar hingga urat mi menjadi kembang.
Tambahkan sayur-sayuran yang lain dan padamkan api.
Sedia dinikmati bersama sos cilia tau sambal kicap sebagai penambah rasa.
5. MI GORENG KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket mi kuning – basuh dan tos
1 keping isi ayam – hiris
1 ekor sotong – hiris
Udang secukupnya
1 biji telur
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan kicap lemak manis
5 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap sotong
4 sudu makan sos cili
Hirisan sawi, tauge dan cili merah secukupnya
BAHAN TUMBUK:
2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi. 2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Gorenmg seketika. 3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili. 4. Masukkan pula hirisan sotong dan tambahkan air. 5. Seterusnya masukkan mi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati. 6. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya. 7. Setelah urat mi menjadi lembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan telur. Gaul sebati. (Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur) 8. Masukkan sawi, tauge dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api. 9. Mi Goreng sedia untuk dihidangkan. Nikmati bersama sambal cili, keropok ikan dan sedikit perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...