
Mi Bandung Muar memang istimewa rasanya. Air rebusan daging boleh maniskan kuah.
Ada pulak hirisan daging dan udang segar. Memang terbaiklah, dengan pes asli homemade. Boleh buat sarapan dan minum petang.
MI BANDUNG MUAR
BAHAN-BAHAN :
Bahan pes :
10-15 tangkai Cili kering (buang biji & rebus)
6 biji bawang merah
5ulas bawang putih
100g udang kering (kisar kering & halus)
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam & Gula secukupnya
CARA MASAK :
1. Kisar cili kering,bawang merah dan bawang putih dan tumis hingga pecah minyak.
2. MasukKan udang kering.
3. Perasakan dengan garam/gula ikut tekak korang.
Bahan untuk mi bandung :
200gm mi kuning | dicelur
80gm udang segar
Hirisan daging | direbus
2 @ cawan air rebusan daging
2 biji telur
Tauhu
Sawi
CARA MEMASAK :
1. Panaskan 4-5sudu besar pes mee bandung dalam air rebusan daging.
2. Bila dah mendidih sikit masukn udang, daging. Try la rasa dulu, kalau pedas adjust la dgn garam gula. Kalau tak pedas tambah pes lagi.
3. Perlahankan api. masukan tauhu/sawi & telur sebiji-sebiji. Jangan kacau. Bila telur dah masak, kuah sedia dihidang bersama mee kuning.
Nota: Original mee bandung muar takde sebarang rasa masam. Takde letak tomato ye.
Kalau nak style Batu Pahat, boleh tambah kacang tanah.
Selamat mencuba 😊
Kredit : nisa liyana (mahn)
Foto : simplysugarstudio
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Hidangan Lauk Kampung Jadi Pilihan Kalau Ke Majlis Kahwin.

Koleksi Hidangan Lauk Kampung Jadi Pilihan Kalau Ke Majlis Kahwin.Tidak dapat di nafikan, menu rewang kenduri kendara sememangnya mendapat tempat dihati ramai. Bukan sahaja sedap menyelerakan, menu rewang ala kampung juga tetap menjadi pilihan bakal pengantin walau di zaman ini.
PAJERI TERUNG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji terung hijau
- 5 keping ikan gelama masin
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 2 sudu teh halba campuran
- 3 tangkai daun kari
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 2 inci halia | dikisar
- 30gm udang kering | dikisar
- 4 sudu besar serbuk rempah kari daging
- 1 ketul gula Melaka
- 3 sudu besar kerisik
- 300ml air
- 500ml santan
- 100ml minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Goreng ikan masin sehingga garing.
- Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, halba campuran, daun kari, bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia sehingga naik baunya.
- Masukkan pula rempah kari daging. Tumiskan sehingga ia menjadi garing. Masukkan pula santan dan tambahkan garam dan air secukupnya.
- Apabila sudah mendidih, masukkan terung hijau dan ikan gelama masin yang telah digoreng terlebih dahulu. Masak sehingga terung menjadi lembut.
- Masukkan pula kerisik dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.
Info chef: Pastikan terung dipotong sekata untuk membolehkan ia masak dengan lebih cepat.
TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air
10 biji cili padi
2 inci kunyit hidup | dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kisar cili padi bersama kunyit hidup. Masukkan tempoyak dan kisar sehingga sebati.
- Masukkan ikan dan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
- Masak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga ia mendidih.
- Tambahkan garam secukupnya sebelum dihidangkan.
Info chef: Tambahkan sedikit serbuk perasa untuk melazatkan hidangan.
IKAN KURAU MASIN DAN NANAS MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji nanas | kupas kulit dan hiris
- 8 ketul ikan kurau masin | direndam seketika
- 2 batang serai | diketuk
- 700ml santan cair
- 250ml santan pekat
- 1 keping asam keping
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 3 biji bawang merah | dikisar
- 5 biji cili padi | dikisar
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 1 inci kunyit hidup | dikisar
- 3 biji buah keras
- Secubit belacan
CARA MEMASAK
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama serai yang telah dititik sehingga naik baunya.
- Masukkan ikan kurau masin dan masak ia sebentar.
- Tambahkan nanas dan gaulkan ia rata bersama ikan tadi sehingga ia menjadi lembut.
- Tuangkan santan dan asam keping. Tambahkan garam secukupnya dan biarkan ia mendidih sebelum diangkat dan dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini mempunyai rasa lemak dan masin yang sekata. Untuk menambahkan rasa, masukkan cili padi.
LALA MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 11/2 kilo lala
- 2 cawan pati santan pekat
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 2 batang kunyit hidup
- 1 biji bawang besar
- 10 ulas cili padi
- 2 keping asam gelugor
- 2 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu ke dalam periuk.
- Kemudian masukkan pula serai bersama lala yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Masak sehingga ia mendidih.
- Tambahkan santan, daun limau purut dan asam gelugor ke dalam periuk.
- Masukkan gula dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
- Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan hidangan.
Info chef: Untuk rasa yang lebih sedap, masukkan tomato di akhir proses memasak.
ASAM REBUS KELADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat batang keladi
- 2 keping asam gelugor
- 1 cawang udang | bersaiz sederhana
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK TUMBUK:
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Siat batang keladi dan bersihkan di dalam air.
- Sediakan periuk dan rebus batang keladi sehingga ia menjadi lembut.
- Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk. Rebus di dalam air secukupnya.
- Biarkan ia mendidih dan masukkan batang keladi yang telah direbus terlebih dahulu.
- Tambahkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga ia mendidih sebelum dihidangkan.
Info chef: Untuk menghilangkan rasa gatal pada batang keladi, pastikan ia dibasuh dengan menggunakan sedikit air yang dicampurkan dengan garam.
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg siput sedut | dibuang hujungnya
- 5 cawan santan pekat
- 2 batang serai | dititik
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- ½ biji nanas
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan siput dan buangkan bahagian hujungnya.
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang dikisar bersama serai.
- Biarkan ia mendidih dan kemudian masukkan siput yang telah dibersihkan terlebih dahulu.]
- 4.Tambahkan nanas dan serai. Kacau sehingga ia mendidih dan siput bertukar warna.
- Pastikan nanas sudah masak empuk sebelum diangkat. Tambahkan garam dan tutup api.
Info chef: Hidangan ini perlu dimasak di dalam api yang sederhana dan dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
IKAN KELI SALAI
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan keli|disalai
- Sehelai daun kunyit
- 2 biji limau
- 1 kg santan
- 3 biji bawang merah|dikisar
- 2 ulas bawang putih|dikisar
- 15 biji cili padi|dikisar
- 2 inci kunyit hidup|dikisar
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama santan dan serai ke dalam periuk.
- Kacau rata dan masak sehingga ia mendidih.
- Masukkan ikan keli yang telah disalai bersama daun kunyit.
- Kacau secara perlahan-lahan sehingga masak.
- Tambahkan garam secukup rasa dan gula sebelum dihidangkan.
Info chef: Pastikan ikan dikacau perlahan-lahan agar ia tidak berkecai.
PENYELARAS: ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
FOTO: NURUL NIZA SUHAIMI
TERIMA KASIH: KENCANA KATERING & EVENT SOLUTION, TAMAN SRI ANDALAS, KLANG, SELANGOR.
Tip Masak Nasi Lemak Wangi Sekata, Boleh Buat Niaga

Nasi lemak bila dimakan dengan sambal memang sedap. Dapat pula nasi yang lemak mewangi rasanya. Hah nak buat yang rasa sebegitu boleh ikut resipi ini. Menurut pemilik resipi, cara masak nasi lemak ini dipelajari dari ayahnya sebab dia berniaga di kantin sekolah. Tambahnya nasi lemak ayah paling sedap kata cikgu-cikgu di situ situ, wangi sekata.
Cara Buat Nasi Lemak Wangi
Bahan-bahan:
3 cupak beras
Halia tumbuk
5 helai daun pandan-gunting pendek-pendek
1 kotan santan
Garam
3 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
1.Ini cara saya sukat beras.Air akan ikut paras beras. Macam masak nasi putih.
2.Beras saya paras ni.
3.Kemudian letak beras yang dah basuh tadi dalam bekas lain atau tapis,periuk nasi tadi isi air untuk masak nasi.Air ni pun ikut paras beras tadi.
4.Masukkan santan satu kotak. Pakai kotak yang kecil sahaja pun dah terasa lemak-lemak.
5.Jangan bazirkan santan yang dalam kotak,masukkan sedikit air dalam periuk tadi,goncang-goncang tuang balik air lebihan dalam kotak tu.
6.Masukkan halia.
7.Masukkan daun pandan.
8.Masukkan garam.
9.Masukkan minyak masak.Minyak masak ni supaya nasi lemak yang dah masak tu nanti cantik sebiji sebiji, tidaklah lembik.
10.Beginilah rupanya nanti.Dah siap terus letak dekat tempat masak nasi.Terus tekan macam biasa masak nasi.
***beras jangan masuk dulu.
*** function buat begini,bila dah menggelegak air santan + daun pandan ni,maka wangilah nasi lemak tu nanti.
Sila tengok selalu periuk nasi bila dah tekan.Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama sebab nanti santan akan pecah tak cantik nasi tu nanti.
11.Bila menggelegak,boleh masukkan beras yang ditapis tadi.
12.Masukkan semua beras. Kemudian dalam 5 minit / 6minit sekali sila kacau atau godak-godak supaya semua nasi sekata dengan santan.
13.Siap dah nasi lemak pandan wangi.
Kredit: Amylia Nasir
Masak Bubur Jagung Paling Ringkas Tapi Sedap, Guna Jagung Tongkol Je
Resipi Ketam Kam Heong Sedap Ala Restoran Chinese Muslim

Andai dinikmati di restoran makanan laut, Ketam Masak Kam Heong ini memang mahal rasanya. Anda sebenarnya boleh masak sendiri di rumah menu enak ini tanpa menggunakan kos mahal. Sedap tau. Jika tiada ketam nipah, boleh sahaja guna ketam laut biasa. Pun sangat enak dan membuka selera. Jom cuba resipi perkongsian Hamdan Hayati ni! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK KETAM KAM HEONG SEDAP ALA RESTORAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ketam nipah
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN TUMBUK:
Cili kering – beli online disini
Bawang merah – beli online disini
Bawang putih – beli online disini
Halia
Udang kering (lagi banyak lagi sedap) – beli online disini
BAHAN-BAHAN LAIN:
Segenggam daun kari
Cili kering – digunting
2 ½ sudu makan serbuk kari ikan (tambah sedikit air untuk jadikan pes)
Kicap manis (ikut suka nak hitam macam mana) – beli online disini
Garam & aji (optional)
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ketam dan potong kecil. Kemudian lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak masak. Goreng ketam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
4. Bila sudah ditumis elok, masukkan daun kari, cili kering yang digunting, pes kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan kicap, garam dan aji ikut selera masing-masing.
6. Tambah sedikit air dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga rencah bersalut rata pada ketam.
7. Rasa dan tambah perasa yang tidak cukup. Masak sampai agak pekat.
8. Ketam Masak Kam Heong sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Hamdan Hayati
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Maggi Ketam Boleh Masak Sendiri Di Rumah. Sedap & Lebih Jimat
Masak Gulai Ketam Berapi Cara Orang Penang. Sedap Menjilat Jari
Cara Langkah Demi Langkah Masak Kuih Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official