Anda peminat sup ayam? Anak-anak paling suka bila dihidangkan sup ayam. Macam-macam cara nak buat sup ayam yang sedap. Dikongsikan cara membuat sup ayam. Hirup panas-panas memang layan.
Sup Ayam
Bahan-bahan:
½ ekor ayam
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sehiris halia
Empat sekawan (atau sup bunjut)
Ubi kentang (potong besar supaya tak cepat hancur)
Bawang goreng
Daun sup
Cara memasak:
1.Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian satukan dalam periuk bersama ayam.
2.Isi air sehingga ayam tenggelam. Buka api perlahan dan tutup periuk.
3.Di pertengahan,boleh letak ubi kentang. Kalau berbuih macam ni, belum masak lagi sup dan ayamnya.
4.Bila terbit minyak asli dari ayam tu, tandanya sup dah masak.
5.Boleh letak daun sup dan bawang goreng.
6.Boleh letak garam untuk perasakan serta gula jika suka.
1.Tumbuk kasar bawang putih, bawang meah dan halia.
2.Dalam periuk, masukkan air. Satukan semua bahan tumbuk dengan ayam. Masukkan serai yang diketuk.
3.Kemudian didihkan saja. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4.Boleh tambah daun bawang. Siap. Mudah kan? Sedap pula tu. Tip untuk lebih sedap, didihkan dengan api perlahan hingga ayam tu masak.
5.Jika suka ada rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping saiz yang paling kecil, Jangan bubuh pes asam jawa, nanti warna sup tak cantik. Tapi kalau tak ada asam keping, boleh je lah. Nak tambah lada putih pun boleh.
Hidangan Gulai Kurma Ayam ni memang popular di kalangan orang kita. Memang sedap bila masak kuahnya pekat dan bau harum. Tambah pula dengan gabungan lauk lain, lagi bertambah makan. Dan kali ini, kita kongsikan resipi gulai kurma ayam Kelantan yang dimasak cikgu Afy AL Habibi. Memang nampak sedap!
RESIPI GULAI KURMA AYAM YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN GULAI KURMA AYAM:
5 ketul ayam 1 biji ubi kentang | dipotong 4 sekawan 3 sudu besar rempah kurma – beli online disini 1 mangkuk air asam jawa (semangkuk air + secubit dua asam jawa) ½ keping nise @ gula melaka – beli online disini ½ sudu besar gula perang 1 sudu kecil garam Secubit dua perasa 150ml santan kotak 1 sudu besar gula perang 1/3 sudu kecil garam
2. Tuang bahan kisar tadi sehingga wangi. Kemudian masukkan 3 sudu besar rempah kurma (jangan penuh membukit sangat setiap sudu ya).
3. Kacau dalam api paling perlahan sehingga terbit minyaknya.
4. Masukkan semangkuk air asam jawa. Perasakan peringkat pertama dengan nisse, gula perang, garam dan secubit dua perasa.
5. Tutup periuk dulu untuk proses pes menjadi pecah minyak. Masih dalam api perlahan. 6. Biar jadi rupa seperti dalam gambar, barulah gulai akan menjadi wangi dan elok kejadiannya.
7. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Saya dah tak tambah air sebab nanti lepas ayam mengecut, airnya akan keluar lagi.
8. Kacau rata sebelum ditutup dengan tudung periuk. 9. Proses ‘palo awah’ ni mengambil masa 20-25 minit untuk memastikan pes meresap dengan baik dan ayam masak sempurna. Gunakan api paling kecil. Kacau sesekali.
10. Seterusnya masukkan santan. Saya guna lebih kurang 150ml (atau ikut kuantiti kuah yang diingini). Saya dah tak tambah air sebab air ayam masih banyak. 11. Seterusnya masukkan perasa peringkat kedua iaitu 1 sudu besar gula perang dan 1/3 sudu kecil garam. Sukatan mengikut citarasa masing-masing.
12. Selepas kuah mula mendidih, masukkan bahan hiasan. Semua bahan boleh digoreng seketika sebelum dicampur sekali. Dah siap.
Hidangan ayam dalam menu harian tidak pernah menjemukan. Banyak olahan resipi boleh dipelbagaikan dari ayam sama ada mahukan yang pedas atau kurang pedas. Kalau mahukan menu yang ringkas boleh juga mencuba ayam bakar. Campuran rempah ratus pada ayam mengundang aroma yang menyelerakan tatkala menikmati hidangan ayam yang dimasak. RASA tampilkan resipi yang menyelerakan dan mudah untuk dicuba.
AYAM SICHUAN ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
3 ketul isi dada ayam dihiris
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan taucu
½ biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
1 sudu teh kicap pekat manis
2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh serbuk cili Thai
1/2 cawan kacang tanah goreng
8 tangkai cili kering
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaul sekata isi ayam bersama tepung jagung dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila panas, goreng ayam sehingga warna perang keemasan angkat, tos dan ketepikan.
Tuangkan sedikit minyak lebih kurang empat sudu makan, kemudian goreng cili kering hingga wangi dan garing, angkat dan ketepikan.
Setelah itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang hingga wangi. Masukkan taucu, kicap pekat manis, gula dan serbuk cili Thai, kacau sebentar.
Akhir sekali masukkan ayam, kacang tanah dan cili kering, gaul rata kemudian tutupkan api. Hidangkan segera semasa masih panas.
AYAM PANGGANG BUMBU BALI BARONGAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam dara
6 biji bawang merah | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
4 batang serai | dihiris nipis
2.5cm halia muda | dihiris nipis
2.5cm lengkuas | dihiris nipis
2cm kunyit hidup | dihiris nipis
10 biji cili merah besar | dihiris
5gm belacan | dibakar/goreng
2 sudu teh garam atau secukup rasa
CARA MEMASAK:
Goreng semua bahan-bahan hirisan sehingga kekuningan dan kisar kasar.
Perap ayam dengan bahan kisar selama 20 minit.
Kemudian panggang ayam selama 30 minit dengan suhu 160°C.
Setelah masak potong ayam kepada beberapa bahagian sebelum dihidangkan.
AYAM MASAK DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | dipotong kecil
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7 biji cili merah
1 batang serai
1cm halia
1cm lengkuas
1 pokok daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan garam.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Seterusnya panaskan sedikit minyak menggoreng tadi dan masukkan bahan-bahan kisar . Tumis sehingga naik bau. Perasakan secukupnya.
Setelah masak, masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan kacau sehingga sedikit kering.
Ibu mesti tercari-cari menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Rasa pun tak pedas. Cukup perisanya dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Jika tiada kepak, boleh sahaja guna apa-apa bahagian ayam yang anda ada. Pasti anda suka dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Selamat mencuba!
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!