Pisang rebus ini mungkin kali terakhir kita makan waktu kecil-kecil dulu. Dihidang dengan kelapa yang digaul dengan garam dan gula selalunya dimakan waktu pagi atau petang. Simple tapi sedap sangat.
Cuma sekarang menu ini dah lama tak dihidangkan. Malah ramai yang tak tahu ada makanan begini.
Supaya menu nostalgia ini tak dilupakan apa kata sesekali cuba buat di rumah. Boleh guna pisang nangka, pisang abu, pisang awak, atau pisang nipah.
Ads
Cara membuat
1. Cuci bersih pisang.
2. Masukkan dalam periuk bersama dengan air dan garam.
3. Rebus selama 5-10 minit sampai naik aroma wangi pisang. Jangan rebus lama sangat ya.
Ads
4. Kemudian boleh angkat dan tos pisang.
Buat untuk makan petang, selain sedap ia juga sihat dan mengenyangkan.
Bila rumah sebelah membakar bahulu, semerbak harum wangi satu rumah. Bau sampai ke sebelah rumah, tak boleh tahan nak juga masak bahulu yang mudah buat untuk sekeluarga makan.Boleh cuba resipi yang dikongsi ini. Bahan untuk membuatnya juga mudah. Sesuai untuk sebarang jenis majlis dan doorgift.
Cara memasak:
1. Campur 10 biji telur dan gula kastor.
2. Pukul high speed sehingga putih gebu.
.
3. Bakar tepung 10 minit dalam oven serta ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi. Mix sekejap dengan low speed, sebaiknya kaup balik guna senduk ye..
4. Sendukkan ke dalam bekas atau acuan. Bakar ke dalam oven dengan suhu 170 selama 30 minit.
5.Hahhh tudya.,nampak kegebuan BAHULU.. makan panas2 memang Layannnn… Jom buat..
Kalau minum petang, memang sedap kalau dapat makan Kuih Bom panas-panas. Teksturnya yang lembut dan gebu, kalau setakat sebiji je, memang tak cukup. Bagi anda yang nak resipi Kuih Bom yang terbaik, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni antara yang mudah. Hanya guna empat bahan je. Memang terbaik.
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum,gula dan yis. Gaul hingga sebati sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Teksturnya kenyal-kenyal sahaja. Perap adunan selama 25-30 minit.
3. Bila adunan sudah kembang dan naik berbuih seperti dalam gambar, kacau adunan dan bolehlah digoreng.
4. Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Pastikan suhunya betul-betul panas.
5. Perlahankan api dan sudukan adunan tepung tadi. Goreng hingga garing.
Siapa tidak kenal dengan si gadis kecil molek Zizi Kirana. Pelantun lagu rap ini dengan suara serak basahnya diundang untuk menjayakan Rasa Nostalgia Ramadan. Wah sungguh ayu berkebaya pendek rona hijau, sempat juga dia rap dengan Datuk Chef Wan. Memang penuh keceriaan gandingan keduanya.
Selain bercerita tentang nostalgia Ramadan, Zizi juga mengidamkan menu tradisi dari negeri bawah bayu , iaitu Sabah. Menunya ialah Soto Sabah.Supnya yang pekat dan penuh rasa rempah ratus, ditambah pula potongan ayam dan mi sungguh menyelerakan.
Bintanok pula merupakan kuih jagung tanpa campuran tepung dan cara penyediaannya ringkas sahaja.Diperbuat dari jagung muda. Dikukus dalam bungkusan kulit jagung. Sedap buat anda yang pertama kali merasanya.
SOTO SABAH Bahan-bahan:
Air
Stok ayam
Garam dan gula secukup rasa
Dada ayam
Rempah sup (1 bungkus)
1 sudu serbuk kunyit
Halia
Lengkuas
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Mi soto
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili
Limau kasturi
Taugeh
Cara memasak:
1. Kisarkan bawang merah, lengkuas, halia, serai, bawang putih dan air.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan bahan kisar.
4. Masukkan kunyit.
5. Masukkan rempah soto (1 sudu)
6. Masukkan dada ayam
7. Masukkan stok ayam, garam, bawang goreng, sedikit daun sup dan daun bawang,
8. Letak garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga rata.
9. Letak mi, cili, limau kasturi dan taugeh . Sedia untuk dihidang.
BINTANOK JAGUNG Bahan-bahan:
20 biji jagung muda
Kulit jagung secukupnya (rebus supaya lembut)
Gula dan garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Parut jagung secukupnya.
2. Masukkan sedikit tepung gandum.
3. Masukkan gula dan garam.
4. Masukkan adunan sebentar tadi ke dalam kulit jagung dan lipat dengan kemas.
5. Kukus dalam masa 10-15 minit.
6. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...