Buat pencinta kopi, muffin ini pasti menjadi kesukaan anda. Menurut chef Sue espresso yang digunakan dalam bahan muffin ini sebaiknya guna kopi yang baru brew, untuk dapatkan rasa kopi sebenar. Kopi yang berkualiti akan menghasilkan espresso yang sempurna dan memberi rasa yang enak pada muffin. Jika tiada atau tak pandai brew kopi sendiri, boleh beli espresso di mana-mana kedai kopi (San Francisco Coffee/coffee bean/Starbucks dan lain-lain). Juga tidak digalakkan untuk ganti espresso dalam resipi ni dengan kopi segera atau kopi emulco, rasanya akan jadi lain nanti.
**tbsp – tablespoon (measuring spoon ya bukan sudu makan nasi ) ***tsp – teaspoon (measuring spoon, bukan sudu kopi).
Cara membuat: 1. Buat streusel dulu. Caranya campurkan semua bahan A dalam mangkuk. Gunakan hujung jari, ramas-ramas lembut hingga jadi seperti bread crumbs. Ketepikan. 2. Di dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, minyak jagung, esen vanilla dan espresso. Pukul dengan whisk (hand whisk saja) hingga semua bahan sebati. Jangan pukul berlebihan. 3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam adunan. Kaup-balikkan sebati guna spatula.Jangan kacau berlebihan, hanya satukan semua bahan hingga sebati. 4. Sediakan acuan muffin yang disapu sedikit minyak atau boleh juga guna paper cupcakes. Tuang adunan muffin tadi ke dalam acuan hingga 3/4 penuh. Kemudian tabur streusel yang dah siap awal tadi secukupnya. 5. Bakar muffin dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-25 minit atau hingga muffin masak (test dengan mencucuk lidi dalam muffin, kalau lidi keluar bersih tak melekat maknanya muffin dah masak sempurna). 6. Sementara itu, dalam mangkuk lain, satukan bahan C lalu kacau rata hingga likat. Tuang (drizzle) ke atas muffin tadi dan hidangkan. Kredit: Sue M Arukin
Menurut Farisha Sofea , kuih ini sebenarnya berasal dari negeri belah pantai timur .
Ia dipercayai diberi panggilan ” puteri mandi ” kerana prosesnya yang persis seperti seorang puteri yang dimandikan dengan air panas , serta ditambah dengan curahan air gula melaka dan juga isi kelapa parut .
Apa pun manisan tradsional warisan zaman berzaman ini memang tak luput dan lekang dek zaman. Kuih kegemaran ramai hingga kini. Jom semak resipi perkongsian Farisha Sofea ini.
KUIH PUTERI MANDI
BAHAN-BAHAN :
Bahan Doh :
1 cawan tepung pulut
sedikit garam
sedikit air kapur ( tak letak )
1/2 cawan air daun pandan
Bahan Sira Gula Melaka :
2 ketul gula melaka bersaiz kecil
2 sb gula ( boleh sesuaikan rasa )
1 helai daun pandan
1/4 cawan air
secubit garam
3/4 cawan kelapa parut
CARA MEMASAK :
1. Satukan ke semua bahan doh kecuali air . 2. Gaul rata dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh . Kemudian bulat bulatkan doh dan tekan sedikit di bahagian tengah doh tersebut .
3. Ulang sehingga habis . 4. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh tadi .
5. Rebus sehingga doh timbul di permukaan . 6. Angkat dan letakkan di dalam mangkuk berisi air sejuk .
7. Ketepikan seketika . 8. Di dalam kuali , masukkan Bahan Sira Gula Melaka kecuali kelapa parut . 9. Masak sehingga gula larut sepenuhnya .
10. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak seketika .
11. Toskan doh tadi dan masukkan ke dalam kuali .
12. Masak sehingga kuah sedikit kering . 13, Tutupkan api dan letakkan di dalam pinggan . 14. Siap , sedia dihidang 💓
Nasi goreng ialah antara hidangan yang ringkas namun mampu menambat selera. Apatah lagi jika dimasak dengan cukup bahan dan sedikit pedas. Boleh dikatakan semua bahan yang digunakan memang telah ada di dapur. Malah nasi goreng juga boleh dimasak menggunakan lebihan nasi yang dimasak semalam. Oleh itu, Rasa kongsikan 13 resipi nasi goreng untuk anda cuba sendiri di rumah.
NASI GORENG NANAS
BAHAN-BAHAN:
30 ml minyak masak untuk menumis
10 gm bawang putih (dikisar)
20 gm bawang merah (dikisar)
20 gm cili padi (dikisar)
20 gm cili besar merah (dikisar)
40 gm isi ayam
10 gm sos ikan
10 gm sos tiram
Semangkuk nasi putih
40 gm nanas (dipotong dadu kasar)
20 gm sawi cina
CARA MEMASAK
Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili merah. Biarkan garing.
Masukkan isi ayam bersama sos ikan dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan isi ayam separuh masak.
Masukkan nasi. Masukkan nanas bersama sawi cina. Kacau rata selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Nanas membuatkan nasi goreng agak basah. Elakkan disimpan lama kerana takut mudah basi.
NASI GORENG CINA
BAHAN-BAHAN:
30 gm minyak masak untuk menumis
30 gm bawang putih (dikisar)
2 bji telur ayam
100 gm sayur cmpur
Serbuk lada sulah
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih yang telah dikisar.
Pecahkan telur ayam dan kacau sehingga hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram dan kacau sebati. Biarkan selama seminit.
Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Boleh tambah kacang pis dan lobak merah yang dipotong dadu untuk menambah warna.
NASI GORENG USA
BAHAN-BAHAN:
30 gm minyak masak untuk menumis
30 gm bawang putih dikisar
2 bji telur ayam
100 gm sayur campur
Sedikit serbuk lada sulah
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
40 gm udang
40 gm sotong
Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
Pecahkan telur ayam dan kacau hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram, udang dan sotong. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Lebih baik rebus sotong dan udang dengan air sedikit supaya nasi goreng tidak berair.
NASI GORENG PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 gm minyak masak untuk menumis
30 gm bawang putih dikisar
50 gm ikan bilis
2 papan petai
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih. Masukkan ikan bilis dan petai. Kacau sebati.
Tuang sos ikan dan sos tiram. Biarkan selama seminit.
Masukkan nasi dan kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan boleh dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, boleh gunakan budu sebagai ganti untuk sos tiram dan sos ikan.
NASI GORENG KERABU
BAHAN-BAHAN:
30 gm minyak masak untuk menumis
40 gm bawang merah (dimayang)
30 gm bawang putih dikisar
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
Semangkuk nasi putih
40 gm kacang panjang (dihiris halus)
40 gm bunga kantan (dihiris halus)
40 gm serai (dihiris halus)
30 gm cili padi (dihiris halus)
30 gm minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih.
Masukkan sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
Masukkan nasi, kacang panjang, bunga kantan, serai dan cili padi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Seimbangkan jumlah sayur yang digunakan dengan nasi supaya tidak mengganggu anda menikmati hidangan.
NASI GORENG KANGKUNG
BAHAN-BAHAN:
30 gm bwang merah
10 gm bawang putih
5 biji cili padi
30 gm minyak masak untuk menumis
80 gm kangkung (dipotong)
1 sudu makan sos ikan
Sedikit serbuk perasa
Semangkok nasi
100 gm ikan bilis (digoreng garing)
CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Jangan tumbuk lumat.
Panaskan minyak masak. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
Masukkan kangkung. Kacau sehingga kangkung separuh masak.
Masukkan sos ikan dan serbuk perasa.
Masukkan nasi bersama ikan bilis yang telah siap digoreng tadi. Kacau sehingga rata. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Jangan masak kangkung terlalu lama kerana hendak mengekalkan rasa rangupnya.
NASI GORENG CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
30 gm minyak masak untuk menumis
30 gm bawang putih dikisar
2 biji telur ayam
100 gm cendawan tiram
Serbuk lada sulah
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
40 gm udang
40 gm sotong
Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
Pecahkan telur ayam dan kacau sehingga hancur.
Masukkan cendawan, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram, udang dan sotong. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga gunakan cendawan butang.
NASI GORENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
30 ml minyak masak untuk menumis
30 gm bawang besar (dibelah lapan)
100 gm daging (dipotong kecil)
50 ml air
30 gm serbuk lada hitam
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
Semangkuk nasi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar.
Masukkan isi daging bersama air. Biarkan sebentar.
Masukkan serbuk lada hitam, sos ikan dan sos tiram. Kacau rata.
Masukkan nasi. Kacau dan biarkan selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Potong daging dalam saiz kecil supaya cepat masak dan lembut.
NASI GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
30 gm bawang merah
10 gm bawang putih
5 biji cili api
30 gm minyak untuk menumis
80 gm kangkung (dipotong)
1 sudu makan sos ikan
Sedikit serbuk perasa
10 gm serbuk belacan
Semangkuk nasi
100 gm ikan bilis (digoreng garing)
CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama cili padi. Jangan tumbuk lumat.
Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan kangkung. Kacau sehingga kangkung separuh masak.
Masukkan sos ikan, serbuk perasa dan serbuk belacan.
Masukkan nasi bersama ikan bilis. Kacau sehingga rata. Tutup api dan hidang.
INFO CHEF: Boleh gunakan belacan bakar ataupun tidak dibakar.
NASI GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
30 gm minyak masak untuk menumis
30 gm bawang besar (dibelah lapan)
30 gm cili padi
1 sudu makan pes tomyam
50 gm udang
50 gm sotong
30 gm bunga kobis
30 gm lobak merah
20 gm putik jagung
20 gm cendawan
10 gm sos ikan
20 gm sos tiram
Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan cili padi. Masukkan pes tomyam bersama udang dan sotong. Biarkan selama seminit.
Masukkan bunga kobis, lobak merah, putik jagung, cendawan, sos ikan dan sos tiram. Gaul sekata.
Masukkan nasi. Kacau rata. Biarkan selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Boleh juga tumbuk halus bawang besar untuk menambah keenakannya.
NASI GORENG PAPRIK
BAHAN PAPRIK:
30 gm minyak masak
10 gm bawang putih (dikisar)
20 gm bawang besar (dibelah lapan)
30 gm cili api
40 gm sotong
40 gm udang
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
50 gm lobak merah
50 gm bunga kobis
20 gm sayur kailan
50 ml air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi. Biarkan garing sebentar.
Masukkan sotong dan udang. Kacau. Kemudian masukkan sos ikan, sos tiram, lobak merah, bunga kobis dan kailan. Biarkan selama seminit.
Masukkan air dan kacau rata. Biarkan kuah menjadi pekat. Tutup api. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
BAHAN NASI GORENG:
30 ml minyak masak
10 gm bawang putih (dikisar)
30 gm cili besar merah (dikisar)
20 gm ikan bilis (dikisar kasar)
30 gm cili besar merah (dikisar)
10 gm sos ikan
10 gm sos tiram
Semangkuk nasi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili merah besar. Biarkan garing.
Masukkan sos ikan bersama dengan sos tiram. Kemudian masukkan nasi putih. Kacau sebati biarkan selama tiga minit dan tutup api. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Tidak perlu tambah garam ke nasi goreng kerana telah guna sos ikan dan sos tiram.
NASI GORENG LADNA
BAHAN LADNA:
30 gm minyak masak untuk menumis
10gm bawang putih (dikisar)
20 gm bawang besar (dibelah lapan)
30 gm cili padi
40 gm sotong
40 gm udang
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
50 gm lobak merah
50 gm bunga kubis
20 gm sayur kailan
10 gm tepung jagung
50 ml air
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi. Biarkan garing sebentar.
2.Masukkan sotong dan udang. Kacau. Kemudian masukkan sos ikan, sos tiram, lobak merah, bunga kobis dan kailan. Biarkan selama seminit.
3.Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Curahkan ke dalam bahan tadi. Kacau rata. Tunggu kuah menjadi pekat. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
BAHAN NASI GORENG:
30 ml minyak masak
10 gm bawang putih (dikisar)
20 gm bawang merah (dikisar)
20 gm ikan bilis (dikisar kasar)
30 gm cili merah besar (dikisar)
10 gm sos ikan
10 gm sos tiram
Semangkuk nasi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili merah besar. Biarkan garing.
Masukkan sos ikan dan sos tiram. Kemudian masukkan nasi putih. Kacau sebati dan biarkan selama tiga minit. Tutup api. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Seimbangkan rasa pedas ladna dan nasi goreng supaya boleh dinikmati dengan lebih selesa.
NASI GORENG KAILAN IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
30 gm minyak masak untuk menumis
80 gm bawang besar (dimayang)
50 gm cili padi (dibelah dua)
50 gm ikan masin jeruk
100 gm sayur kailan
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan cili api. Kacau sehingga layu.
Masukkan ikan masin. Goreng sehingga kekuningan. Masukkan sayur kailan yang telah dibersihkan.
Masukkan sedikit sos ikan dan sos tiram. Masukkan nasi dan kacau rata. Biarkan selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Ikan masin tenggiri ialah pilihan terbaik untuk nasi goreng ini.
Beginilah mak-mak di rumah. Bila anak-anak tiba-tiba minta nak makan burger ala Macdonald, kenalah kreatif membuatnya.
Idea resipi daripada Nor Asiah ini, yang katanya lebih suka buat roti bun sendiri kerana lebih sedap dan puas hati.
ROTI BUN BURGER
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti – beli online di sini 70gm gula kastor – beli online di sini 1 sudu besar yis kering (SAF) 1 sudu besar susu tepung – beli online di sini 1 biji kuning telur 1 sudu teh garam 50gm marjerin @ mentega 10gm pelembut roti 280 – 300gm air sejuk
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker (BM) kecuali garam. 2. Masukkan garam selepas 5 minit uli dalam BM. 3. Kemudian, timbang doh 75 ke 80gm bagi setiap satu.
4. Letakkan doh di dalam acuan ring saiz 4 inci (boleh beli di shopee, taip guna ring burger) 5. Sebelum bakar, spray dengan susu full cream. Selepas bakar, tak payah sapu apa-apa.
6. Bakar di dalam ketuhar dengan menggunakan suhu 170C selama 20 minit. (bergantung kepada ketuhar masing-masing ye) 7. Kemudian, bolehlah lengkapkan dengan omelette dan daging burger serta sos.