Sajian laut Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu. Pengaruh sajian Melayu terutama bahan ramuannya banyak yang menyamai ramuan sajian Melayu.
Ni dua sajian ikan resipi Cina Peranakan yang dikongsi oleh Kolej Yayasan Felda Pahang. Berbaloi-baloi untuk dicuba …
IKAN GERANG ASAM BAHAN-BAHAN :
1 keping kepala ikan merah
1 kuntum bunga kantan
2 sudu makan asam jawa
2 helai daun limau purut
1 tangkai daun kesum
2 biji bendi
1 biji tomato
1/2 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3-5 sudu makan cili kisar
Bahan kisar halus :
5-7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
50gm kunyit hidup
50gm lengkuas
30gm serai | dihiris
1 biji buah keras | dihiris
15gm belacan
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu. 3. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biarkan ia mendidih. 4. Masukkan ikan, kiub ikan bilis dan masak seketika. Tambah bendi, daun kesum dan daun limau purut. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa 6. Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibela empat, masak sebentar dan rasa. 7. Tutup api dan hidang panas bersama nasi.
Ads
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 1 jam 15 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya Keistimewaan : Resipi ni seakan asam pedas, tapi ada rasa uniknya tersendiri Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Usah biarkan ikan masak terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur
IKAN TENGGIRI CHUAN-CHUAN
.BAHAN-BAHAN :
3 keping ikan tenggiri
50gm kunyit serbuk
10gm garam
Minyak masak secukupnya
Bahan tumis :
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris atau tumbuk
2 biji cili merah | dihiris
3 sudu makan taucu
100ml air asam jawa
Bahan hiasan : 10gm bawang goreng 10gm daun bawang
CARA MEMASAK : 1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit, garam dan goreng ikan tenggiri sehingga garing, dan ketepikan. 2. Ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan tumis seperti bawang besar, bawang putih, dan hirisan cili merah sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa. 4. Biarkan kuahnya pekat sedikit, apabila pekat masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa. 5. Setelah masak tuangkan kuah di atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. 6. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang sebagai hiasan.
Ads
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : goreng Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya Keistimewaan : Ramuan taucu memberikan rasa lemak masin yang lazat. Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Gunakan non stick pan ketika menggoreng ikan bagi mengelakkan isi ikan melekat pada kuali.
RESIPI :MOHAMAD RIZAM HUSSIN, MUHAMMAD AMIRUDDIN ABU BAKAR
TERIMA KASIH :Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak, Pahang.http://www.yayasanfelda.org
Tidak semua peminat durian, seperti perkongsian resipi dari kak Rahila ni, dari belasan tahun tidak makan durian tetapi suami dah suka perlulah dipenuhi dan dituruti kata sayang kan! Resipinya mudah dan sedap nak pula guna pulut hitam, bikin terliur sahaja selamat mencuba!
RESIPI SERI MUKA DURIAN PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BAWAH (pulut):
1 1/2 cawan beras pulut putih
1/2 cawan beras pulut hitam
santan kotak 200ml
daun pandan
CARA MEMASAK:
Rendam 1 1/2 cawan beras pulut putih dgn 1/2 cawan beras pulut hitam selama 2-3 jam. Toskan airnya dan gaul beras pulut dengan sedikit garam, ratakan dalam loyang atau Tupperware
Akak ratakan dalam loyang kemuadian, tuang santan tinggi sikit je dari paras pulut. (akak guna santan kotak 200 ml dan tambah air 1/2 cawan) Letak daun pandan dan kukus sampai masak.
Keluarkan pulut, akak ratakn dlm Tupperware (xda kerja)…padatkan. Kukus balik dalam 5 minit dan buat adunan atas pula.
BAHAN ATAS:
*2 1/2 cawan tpg gndum
*1/2 cwn tpg kastad
*1 sdb tpg beras
*Garam
*1 cawan gula aising
Semua bahan bertanda * perlu diayak dan baru tuang
2 cawan santan
2 cawan air
Pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Sebatikan bahan dan tuang dalam pengisar
Tambahkan 1 cawan penuh isi durian, kisar halus dan tuang dalam kuali
Panaskan sebentar sahaja cukup sekadar kuali panas. Angkat dan tuang atas pulut, kemudian kukus selama 20-25 minit, buka penutup dan kukus lagi selama 5 minit. Biar sejuk betul baru potong (ikut manis citarasa sendiri ya)
Resipi sedap dan mudah untuk gulai ikan baung bersama daun kesom. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Bahan-bahan yang digunakan dalam resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini pun senang je didapati di kedai. Jom kita cuba!
GULAI IKAN BAUNG BERSAMA DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan baung | dicuci bersih bersama air asam jawa atau air tepung jagung untuk hilangkan hanyirnya 2 sudu besar kerisik – beli online di sini 3 sudu besar cili kisar /ciliboh – beli online di sini ½ peket besar rempah kari ikan (saya guna Adabi) – beli online di sini 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 ikat daun kesum 1 sudu besar asam jawa | dibancuh dengan sedikit air, ambil airnya sahaja (asam jwa ni boleh agak-agak, jangan terlebih nanti masam)
1. Dalam satu bekas besar masukkan bahan kisar, rempah kari ikan, cili kisar, cili serbuk dan kacau semua ni sebati jadikan seperti pes. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan pes tadi dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan kerisik, kacau sebati.
Makan nasi tanpa sambal, rasa tak lengkap. Ada yang suka sambal berkuah dan yang kering. Sambal ni puas hati kalau buat sendiri. Lebih banyak kuantiti dan boleh buat stok bila-bila nak makan. Tak susah pun buatnya.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...