Tiap kali berkunjung ke restoran makanan laut, masakan cina menjadi kesukaan buat semua. Ia sangat ringkas , mudah disediakan dan lebih sihat. Penggunaan kicap soya, sos tiram dan pelbagai jenis sos melazatkan lagi masakan cina. Maka kebanyakan rasanya lebih manis dan masin.

Antaranya sotong goreng dengan telur masin, Ikan Siakap Goreng dan Sup Makanan Laut Dengan Isi Ketam, sungguh menyelerakan. Di makan pula dengan nasi panas pasti membuka selera. Setiap masakan yang disediakan oleh chef dari Restoran Riverside ini mempunyai keenakan tersendiri.


Abalon Kukus dengan Timun Laut(Sea Cucumber)

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 10 minit
Cara memasak: Rebus & Kukus
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Sangat enak sama tandingan seperti isi udang dan mempunyai rasa manis
Anggaran kos :RM100- RM250
Info chef: Halia dan daun bawang dapat menghilang bau

Bahan-bahan:

100gm brokoli
1 biji abalon
400gm timun laut (wu yin)-sea cucumber
70gm sos tiram
30gm kicap
10gm serbuk perasa ayam
15gm gula
5gm kicap pekat
15gm tepung jagung

Cara memasak:
1.Masak brokoli hingga lembut.
2.Rebus abalon bersama dengan bahan-bahan lain supaya bahan perasa meresap ke dalam abalon.
3.Matikan api bila abalon sudah lembut dan biarkan satu hingga dua jam.
4.Bila hendak dihidangkan,keluarkan abalon dan timun laut dari air rebusan. Panaskan semula air rebusan dan masukkan serbuk perasa secukupnya.
5.Bila sudah mendidih,perlahankan api dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan air rebusan.
6.Di dalam pinggan susun abalon dan timun laut ,curahkan sos yang telah pekat tadi dan hiaskan dengan brokoli yang telah direbus dan siap untuk dihidangkan.


Ikan kerapu kukus dengan pes tom yam

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: kukus
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: ikan segar dari Laut China Selatan
Anggaran kos : RM 60- RM80
Info chef: Jangan terlebih masak nanti rasa kurang enak

Bahan-bahan:

1 biji tomato
30gm bawang besar
30gm kacang bendi – dipotong pendek
1.3 kg kerapu
100gm pes tom yam
20gm jus Calamansi
50gm sos cili
30gm sos tomato
30gm sos tiram
30gm serbuk perasa ayam
15gm gula
10gm halia – dihiris halus
10gm daun bawang – dipotong 1inci

Cara memasak:
1.Bersihkan ikan dan potong secara “butterfly”
2.Di dalam dulang,letakkan ikan dan letakkan halia dan daun bawang
3.Bila sudah masak,buangkan halia dan daun bawang.
4.Untuk sos,di dalam kuali letakkan sedikit air,pes tom yam dan bahan-bahan yang lain. Biarkan mendidih dan rasa secukupnya iaitu rasa masam ,pedas dan manis yang seimbang.
5.Bila hendak dihidangkan ,letakkan ikan yang telah dikukus di dalam pinggan dan curahkan sos yang telah siap.


Kekapis Goreng dengan Biji Gajus

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 10 minit
Cara memasak: Rebus dan goreng
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Rasa manis seperti isi ketam
Anggaran kos :RM30 -RM50
Info chef: Jangan masak terlalu lama nanti hilang kemanisan yang asli

Bahan-bahan:
400gm kekapis goreng
10gm halia – dihiris
100gm lobak merah-dihiris
80gm saderi – potong kiub
60gm cili merah-potong kiub
8 gm biji gajus-digoreng dahulu
3 biji bawang putih-dihiris
20gm sos tiram
10gm serbuk perasa ayam
10gm kicap cair
100gm minyak masak

Cara memasak:
1.Rebus sebentar kekapis hingga masak ,bila sudah masak,keluarkan dari air rebusan.
2.Panaskan minyak dan tuang ke atas kekapis yang telah direbus.
3.Di dalam kuali,letakkan sedikit minyak goreng bawang putih,halia dan masukkan lobak merah, saderi dan cili merah.
4.Goreng sehingga wangi,masukkan serbuk perasa secukupnya.
5.Masukkan kekapis yang telah digoreng dan gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam pinggan.
6.Bila hendak dihidangkan,taburkan biji gajus yang telah digoreng di atas kekapis.


Sotong Goreng dengan Telur Masin

IKLAN

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 10 minit
Cara memasak: Rebus dan Goreng
Keistimewaan: Rasa rangup
Anggaran kos : RM30
Info chef: Jangan masak terlalu lama , nanti liat

Bahan-bahan:

500gm sotong-dipotong bulat
4 biji telur masin-ambil kuning sahaja dan dikukus
10gm cili api-hiris atau hancur
5gm daun kari
50gm serbuk perasa ayam
30gm gula
100gm mentega
40gm susu cair
50gm tepung jagung

Cara memasak:
1.Rebus sotong yang telah dipotong bulat dan biarkan sejuk seketika.
2.Bila sudah sejuk,gaulkan dengan tepung jagung.
3.Panaskan minyak dan masukkan sotong dan goreng hingga rangup.
4.Di dalam kuali,masukkan mentega dan kuning telur yang telah dikukus dan goreng hingga bau naik. Masukkan cili padi dan daun kari serta sedikit susu cair.
5.Goreng sebentar dan masukkan serbuk perasa .
6.Masukkan sotong yang telah digoreng, gaul sehingga rata dan siap untuk dihidang.


Ikan Siakap Goreng Dengan “Salt Pepper”

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 10 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan : Hidangan utama
Keistimewaan: Lembut dan rangup
Anggaran kos : RM20
Info chef: Jangan salut ikan dengan tepung terlalu tebal

Bahan-bahan:

1kg fillet siakap
50gm cili merah halus
2gm daun bawang-dihiris halus
50gm bawang putih-dikisar
50gm halia-dikisar
100gm tepung jagung

Bahan untuk salt pepper
5gm 5 serbuk rempah Cina
20gm serbuk perasa ayam
15gm gula
10gm garam
Semua bahan-bahan dicampur

Cara memasak:
1.Gaul fillet ikan dengan tepung jagung dan digoreng dengan minyak panas hingga masak.
2.Di dalam kuali,masukkan sedikit minyak dan masukkan cili merah, bawang putih,halia dan goreng hingga wangi.
3.Masukkan fillet ikan yang telah digoreng ke dalam kuali dan masukkan serbuk perasa secukupnya dan sedia dihidang.

IKLAN


Jejari Ketam Goreng dengan Cili Kering

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 5 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan : Hidangan utama
Keistimewaan: Manis dan pedas
Anggaran kos : RM10-RM15
Info chef: Jangan goreng terlalu lama

Bahan-bahan:

1 paket jejari ketam
40gm lada benggala hijau dan merah
30gm bawang besar-dipotong kiub
50gm halia-dihiris
100gm cili kering-potong pendek
30gm sos cili
30gm sos tomato
20gm sos tiram
10gm kicap air
5gm kicap pekat
10gm gula
15gm serbuk perasa ayam
100gm tepung jagung

Cara memasak:
1.Gaulkan jejari ketam dengan tepung jagung dan goreng dalam minyak panas.
2.Di dalam kuali,goreng cili kering,lada benggala,bawang ,bawang putih hingga bau naik.
3. Masukkan serbuk perasa , semua sos dan kicap. Goreng hingga sebati. Bagi memekatkan kuah, letakkan tepung jagung.
4.Masukkan jejari ketam yang telah digoreng,gaul dan sedia untuk dihidang.


Ampai-ampai (Jelly Fish) dengan Mangga

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 10 minit
Cara memasak: Rebus
Jenis masakan :Pembuka selera
Keistimewaan: Rangup dan masam
Anggaran kos :RM15 -RM20
Info chef: Rendam semalaman untuk hasil yang lembut

Bahan-bahan:

1 paket jelly fish
2 biji mangga muda-buang kulit dan hiris halus
50gm cili merah-dihiris
50gm bawang besar-dihiris
5gm garam
10gm serbuk perasa ayam
30gm sos plum

Cara memasak:
1.Rebuskan jelly fish hingga lembut dan keluarkan jelly fish dan biarkan jelly fish disiram dengan air sejuk hingga kembang. Ini adalah untuk hilangkan rasa masin.
2.Toskan jelly fish untuk menghilangkan air dan hiris nipis jelly fish yang telah kembang tadi.
3.Bila hendak dihidangkan,masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk,gaul dengan rata dan masukkan serbuk perasa secukupnya dan siap untuk dihidang.

IKLAN


Ketam Bunga Goreng dengan Sos Cili

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak: Goreng dan tumis
Jenis masakan : Hidangan utama
Keistimewaan: Gabungan pedas dan manis
Anggaran kos : RM30-RM40
Info chef: Beli ketam di waktu bulan mengambang untuk mendapatkan isi yang penuh.

Bahan-bahan:

100gm sos tomato
150gm sos cili
50gm halia-dihiris halus
50gm bawang putih-dihiris halus
100gm cili merah-dihiris halus
30gm cili api-dihiris halus
1 biji telur
4 ekor ketam bunga
30gm serbuk perasa ayam
20gm sos tiram
100gm tepung jagung

Cara memasak:
1.Bersihkan ketam dan gaulkan dengan tepung jagung dan goreng hingga ketam masak.
2.Dalam kuali,masukkan minyak goreng, halia,cili merah dan masukkan sedikit air. Masukkan serbuk perasa. Masukkan semua sos untuk menyeimbangkan rasa.
3.Gaulkan hingga sebati dan dapatkan rasa yang mencukupi.
4.Masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati. Letakkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5.Pecahkan telur dan curahkan ke atas ketam dan gaulkan lagi sehingga telur dan ketam sebati dan untuk dihidang.


Udang Harimau Goreng dengan Sos Nyonya

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak: Reneh
Jenis masakan : Pembuka selera
Keistimewaan: Gabungan rasa masam dan manis
Anggaran kos :RM40-RM70
Info chef: Belah bahagian belakang untuk nampak cantik

Bahan-bahan:

600gm udang harimau
20gm bunga kantan-dihiris
20gm serai-dihiris
30gm bawang putih-dihiris
50gm bawang besar -dihiris
10gm cili api-hiris
2 biji perahan jus limau calamansi
50gm sos tomato
50gm sos cili
30gm sos tiram
10gm serbuk kunyit

Cara memasak:
1.Basuh udang dan goreng dengan minyak panas hingga masak dan angkat.
2.Dalam kuali,masukkan minyak dan gorengkan bahan yang telah dihiris.
3.Masukkan serbuk perasa, semua sos serta jus calamansi dan masukkan udang yang telah digoreng dan siap untuk dihidangkan.


Sup Makanan Laut dengan Isi Ketam

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20minit
Cara memasak: Kukus dan reneh
Jenis masakan :Pembuka selera
Keistimewaan: Gabungan makanan laut yang segar
Anggaran kos : RM30
Info chef: air rebusan ayam dan rebusan kekapis menyedapkan lagi rasa sup

Bahan-bahan:

½ paket isi ketam
50gm kekapis kering
50gm cendawan hitam-dihiris
100gm sotong-dihiris bulat
100gm isi udang
150gm tepung jagung
500gm air rebusan ayam
30gm serbuk perasa ayam
5gm garam

Cara memasak:
1.Kekapis kering dikukus dengan sedikit air hingga lembut dan simpan air rebusannya.
2..Dalam periuk,masukkan air rebusan ayam dan rebusan kekapis, rebus hingga mendidih.
3.Masukkan sotong,udang,isi ketam ke dalam air rebusan. Masukkan cendawan hitam dan serbuk perasa secukupnya.
4.Pekatkan dengan menggunakan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air dan sedia untuk dihidang.

Foto : NURUL AKMA AZIMI Resipi : FOONG YOKE MIN ( ASSISTANT CHINESE CHEF), MOHAMAD MAZLAN ABU BAKAR (EXECUTIVE SOUS CHEF), FOO YOKE MIN (DEMI CHEF) Terima kasih: RESTORAN RIVERSIDE, PUTRA WORLD TRADE CENTRE ( PWTC) KUALA LUMPUR