Air tangan bonda tidak pernah mengecewakan, memasak dengan hati ikhlas, sarat dengan petua menjadikan setiap hidanganya tidak mengecewakan, sedap tak terkata. Kini ilmu memasak diturunkan kepada anak-anaknya yang  yang mengusahakan restoran.

Masakan Bonda Norma Memang Terbaik !

Kali ini  RASA bertuah dapat berkongsi air tangan Bonda Sharifah Norma Syed Mansur untuk beberapa resipi istimewa warisan turun temurun keluarga beliau untuk dikongsikan dengan anda semua.

Masakan Bonda Norma Memang Terbaik !

AYAM MASAK PUTIH

BAHAN-BAHAN

  • 350gm isi dada ayam | potong dadu
  • 200gm santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 tin cendawan butang
  • 6 biji cili padi hijau
  • 6 biji cili padi merah
  • 1 batang serai | titik
  • 1 tin cendawan butang. | belah dua
  • 6 cili api hijau | hiris
  • 6 cili api merah | hiris
  • Garam dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
  2. Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
  3. Bila ayam separuh masak masukkan cendawan,  , hirisan cili padi dan serai.
  4. Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
  5. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.

Masakan Bonda Norma Memang Terbaik !

BAWAL BAKAR CICAH AIR ASAM

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

UNTUK IKAN BAKAR:

  • 1 ekor ikan bawal | saiz sederhana
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

BAHAN KISAR:

  • 1 biji cili merah
  • 8 biji cili api
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 helai daun kunyit

BAHAN AIR ASAM

  • 1biji bawang besar | potong dadu kecil
  • 1 inci belacan| bakar
  • 1/2 cawan air asam jawa  | bancuh cair
  • 2 biji limau kasturi |ambil airnya
  • 1 cili merah | potong bulat
  • 8  biji cili api | hiris
  • 1 biji tomato  | potong dadu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan kemudian lumurkannya dengan bahan kisar tadi.
  2. Perap ikan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum sedia dibakar.
  3. Bakar ikan sambil sentiasa dipercikkan dengan minyak, supaya ikan tidak terlalu kering.
  4. Bakar lebih kurang 8-10 minit.
  5. Sementara itu sediakan air asam dengan cara campurkan semua bahan dalam mangkuk.
  6. Gaul rata dan sebati kesemuanya.
  7. Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidngkan bersama ikan bawal bakar tadi.

Masakan Bonda Norma Memang Terbaik !

KETUPAT SOTONG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong saiz sederhana | buang kulit ari, bersih dan toskannya
  • 200gm beras pulut susu | rendam
  • 150gm santan pekat campur 3 cawan air
  • 1 tin cendawan butang dalam tin
  • 1 batang serai | titik
  • 1 helai daun pandan | carik-carik dan simpul
  • 1 cili hijau | belah dua
  • 1 cil merah | belah dua
  • 10 cili api sebiji-sebiji
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR

  • 1 batan serai
  • 4buah keras
  • 1/4 inci lengkuas
  • 1/4 inci halia
  • 1 bawang besar
  • 2 bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Asingkan kepala dan badan sotong
  2. Sumbatkan pulut dalam badan sotong hingga 3/4 penuh.
  3. Masukkan semula kepala sotong, kemudian kemaskan dengan lidi. Lakukan hingga sotong habis.
  4. Sementara itu masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar.
  5. Kacau rata dan masukkan sotong yang telah disumbat tadi.
  6. Masak atas api perlahan hingga mereneh, masukkan cendawan, daun pandan, serai titik dan cili padi.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  8. Terus memasak hingga kuah pekat (jika ingin kuah lebih pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung).
  9. Sebelum angkat, masukkan hirisan cili merah dan hijau.
  10. Tutup api dan sotong sedia dihidangkan.

Masakan Bonda Norma Memang Terbaik !

AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm ayam | potong besar
  • 2 keping asam gelugor
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai | titik
  • 1 inci lengkuas | titik
  • 4-5 biji tomato ceri jika suka
  • Garam, gula dan perasa secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
  3. Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
  4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
  5. Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
  6. Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.

Masakan Bonda Norma Memang Terbaik !

AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:

  • 1ekor ayam saiz kecil | belah empat
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 250ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
  2. Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
  3. Renehkan atas atas api sederhana.
  4. Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
  5. Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
  6. Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
  7. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
  8. Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI