Sayur Pedas Timun merupakan lauk ‘orang kampung’ yang sangat sedap dan mudah penyediaannya. Walaupun ringkas sebegini, tetapi rasanya membuatkan anda boleh tambah nasi beberapa kali. Cuma padankan dengan lauk sampingan yang lain seperti ikan goreng atau ikan masin goreng, sudah cukup untuk membangkitkan selera. Berkongsi resipi arwah ibu, saudari Tengku Azwa menyatakan hidangan ini juga sangat enak dimakan bersama Sambal Belacan. Malah ia juga boleh dinikmati oleh ibu-ibu berpantang denagn memasaknya bersama lobak putih. Wah… Tentu enak. Jom cuba!
RESEPI SAYUR PEDAS TIMUN
BAHAN-BAHAN: 1 batang timun 3 ulas bawang putih – beli online disini 5 ulas bawang merah – beli online disini 1/2 sudu makan lada hitam – beli online disini 1 ekor isi ikan rebus – tumbuk Air secukupnya Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam hingga lumat. 2. Masukkan ke dalam periuk bersama hirisan timun dan juga isi ikan rebus yang telah ditumbuk.
3. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Jika mahu tumis bawang dan lada hitam terlebih dahulu pun boleh. Isi ikan tidak perlu ditumis. (empunya resipi tidak tumis. Terus masukkan air sahaja)
IKLAN
4. Masak sehingga timun lembut. Kemudian perasakan denagn garam serta perasa dengan secukupnya. Gula tidak perlu kerana timun sudah mempunyai rasa manis. 5. Bila sudah cukup rasa dan timun lembut, angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Jika tiada ikan rebus, boleh guna ikan bilis. Tapi lebih sedap jika guna isi ikan rebus. Boleh juga tambahkan daun kesum jika suka.
Kali ini, RASA ingin kongsikan resipi kerang goreng berempah. Rasanya sangat sedap sebab ada rasa rempah kari dan juga sos yang dijadikan bahan perapan.
Jom kita cuba buat!
KERANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang besar (hiris nipis dan halus)
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 inci halia (dihiris nipis)
2 batang serai (diketuk)
5 sudu besar serbuk kari (dicampur sedikit air jadikan pes)
10 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
1 cawan air
2 kg kerang (cuci bersih dan toskan)
3 sudu kecik sos ikan
Daun ketumbar
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan pes serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, daun kari, daun limau purut dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan kerang dan gaul rata. Tutup kuali seketika. Besarkan api. Kemudian renjiskan dengan sos ikan. Gaul rata lagi keseluruhan. 5. Taburkan daun ketumbar dan gaul lagi. Tutup api.
TIP: Kerang kurang sedap kalau terlalu lama dimasak. Jika lama sangat dimasak, isi kerang akan jadi kecut dan keras.
Bila nak berakhir sekolah, akan adanya jamuan di sekolah anak. Mulalah mak mak mengelabah nak bekalkan menu potluck apa yang sesuai. Jadi idea ni pasti hilangkan stres mak semua. Boleh sediakan menu Mac&Cheese dalam bekal yang comel begini. Mudah bawa dan tidak membazir.
MAC & CHEESE
Bahan-bahan:
(Sukatan untuk 30 bekas)
2 paket Macaroni Kimball – 2 packet. ( tak smpai 2 paket pun. Rebus asing sampai empuk).
2 tin Prego Mac&cheese
1 paket sosej (hiris)
1 tin cendawan butang (hiris)
½ kotak besar susu full cream
30 ekor udang (buang kulit, rebus asing. Rebus kejap je)
Bekas untuk isi
6 ulas bawang putih (tumbuk)
1-2 sudu oregano
Gula/garam/perasa
3 sudu besar butter
Cara membuat:
Panaskan butter. Tumis bawang putih. Masuk sosej,cendawan sampai betul-betul masak.
Masuk Prego Mac&cheese.
Masuk susu full cream.
Masuk oregano,Gula,garam dan perasa.
Biar sampai mendidih dan pekat sikit.
Kemudian masuk makaroni yang dah rebus. Gaul sebati semua sekali.
Sajian di pagi raya di negeri bersejarah ini tidak banyak bezanya dengan negeri-negeri lain. Cuma cara penyediaan dan memasaknya sedikit berbeza. Malah dalam daerah di dalam negeri ini juga cara dan bahan-bahannya juga tidak sama. Walau apa pun keenakan hidangan negeri Melaka sama hebatnya dan pastinya dinanti-nantikan setiap kali hari raya.
SERUNDING KELAPA BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut | diambil putihnya sahaja
300gm daging | dipotong kecil
5 biji bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1 helai daun kunyit | dihiris halus
2 helai daun limau purut | dihiris halus
2 sudu makan ketumbar | disangai dan kisar halus
1 sudu jintan manis | disangai dan kisar halus
½ sudu jintan putih | disangai dan kisar halus
2 batang serai | dikisar halus
1 inci lengkuas | dikisar halus
Sedikit asam jawa
1 sudu kunyit hidup | dikisar
½ cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak.Tumiskan semua bahan dikisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan daging dan biarkan dalam dua minit, baru masukkan air.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Seterusnya, masukkan kelapa parut. Sangai sehingga kelapa agak ringan.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
INFO CHEF:
Untuk lebih sedap gunakan kelapa yang tidak terlalu tua, ia lebih sedap dan lembut.
…
SAMBAL KACANG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang tanah | digoreng dan kisar kasar
8 biji bawang merah | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
250gm santan segera
2 sudu makan pes cili kering
2.5cm lengkuas | dititik
2 sudu makan ketumbar | disangai dan kisar halus
1 sudu teh jintan manis | disangai dan kisar halus
½ sudu teh jintan putih | disangai dan kisar halus
1 batang serai | dititik
Sedikit asam jawa
1 cawan gula pasir
1 ketul gula melaka
3 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak.Tumiskan semua bahan kisar, serai dan lengkuas. Masak hingga garing dan naik bau.
Masukkan kacang kisar dan sedikit air. Biarkan dalam dua minit, baru masukkan lebihan air dan santan kotak.
Masukkan sedikit asam jawa.
Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
Didihkan sehingga kuah agak pekat dan timbul minyak.
INFO CHEF:
Boleh juga menggunakan susu cair atau rendah lemak bagi menggantikan santan segera.
…
SOTO AYAM BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
10 biji bawang merah | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
1/2 paket kecil rempah kurma
2 biji buah pelaga | untuk menumis
2 biji bunga cengkih | untuk menumis
1 kuntum bunga lawang | untuk menumis
2 inci kayu manis | untuk menumis
1 inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
2 batang serai | dititik
1/2 cawan santan pekat
2 mangkuk besar air.
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Bergedil:
3 biji kentang | dihiris dan goreng hingga empuk
3 biji bawang merah | dihiris dan goreng
Daun sup dan daun bawang dihiris
1 biji terlur | untuk celupan sebelum goreng
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kicap Cili:
Kicap cili
5 ulas cili padi | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Kicap manis
Bahan Isian:
Nasi impit
Tauge
Kacang tanah goreng
Suhun goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak.Tumiskan bahan penumis, diikuti bahan kisar dan serai.
Seterusnya, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan rempah kurma. Tumis hingga garing dan naik bau.
Masukkan air dan ayam, biarkan sehingga ayam empuk.
Keluarkan ayam dan toskannya.
Apabila ayam sejuk, carik-carikkan isi ayam dan ketepikan.
Tulang ayam dimasukkan semula dalam kuah tadi.
Rebus kuah tadi dalam lima minit lagi.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Untuk membuat bergedil.Lumatkan kentang semasa panas.
Masukkan serentak bawang goreng, daun sup, daun bawang, gula dan garam.
Gaul hingga sebati dan bulat bulatkan.
Celup dalam telur dan goreng. Ketepikan.
Untuk menyediakan Kicap Cili. Campurkan cili kisar dengan bawang putih kisar, kemudian tambahkan kicap manis, gaul rata. Ketepikan.
Untuk menghidangkannya, masukkan
Nasi impit dalam mangkuk, tuangkan kuah di dalamnya, dan hiaskan di atasnya dengan bergedil, isi ayam yang dicarik, tauge, suhun goreng, kacang tanah.
Hidangkan bersama sambal kicap.
INFO CHEF:
Enak juga jika sotong ini digabungkan isiannya ketupat dengan bihun.
…
KETUPAT PULUT
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut
1 kilo santan kelapa
Garam dan gula secukup rasa
Beberapa biji ketupat
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Masukkan beras pulut sehingga memenuhi 3/4 kelongsung ketupat.
Perasakan santan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kemudian rendam ketupat berisi beras pulut dalam santan lebih kurang 1/2 jam.
Pastikan paras santan melebihi sedikit paras ketupat (tidak boleh terlebih atau terkurang santan).
Masukkan daun pandan. Rebus sehingga santan agak kering dan terbit minyak.
Apabila sudah masak, sejukkan dan lap permukaan ketupat.
Sedia dihindangkan.
INFO CHEF:
Rasa ketupat ini seperti lemang dan lebih lembut dan mudah disediakan.