Daging Masak Merahmerupakan menu lauk yang tidak asing lagi. Mudah, sedap dan ringkas sahaja cara memasaknya. Andai makan di kedai Thailand atau kedai tomyam, sajian Daging Masak Merah, tomyam dan telur bungkus semestinya antara kombinasi menu yang enak yang menjadi pilihan ramai. Anda masih belum ada idea nak masak menu apa hari ni? Jom cuba resipi Daging Masak Merah perkongsian dari saudari Aisyah Humaira ni. Kuah banyak, siap campur sayur. Rupanya sedap masak daging macam ni. Pasti anda sukakan rasanya.
RESEPI DAGING MASAK MERAH SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Daging secukupnya
BAHAN TUMIS: 2 ulas bawang putih – dicincang – beli online disini 1 biji bawang besar – dihiris tebal 4 sudu makan ibu sambal @ cili boh / cili giling – beli online disini 4 sudu makan sos cili – beli online disini 2 sudu makan sos tomato – beli online disini 3 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos merah bawang (jika tiada boleh guna beberapa titik pewarna merah) 1 sudu makan (penuh) tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air – beli online disini Garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu TAMBAHAN:Aneka sayur kegemaran (kubis/lobak merah dll)
Ads
CARA MEMASAK: 1.Cuci bersih daging dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. (Empunya resipi rebus 30-35 minit menggunakan api kecil) Kalau air kering, tambah lagi. 2. Bila daging sudah empuk, angkat, tos, sejukkan dan hiris nipis-nipis.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan daging.
4. Bila daging hampir garing, masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan-bahan lain satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur. Gaul sebati.
5. Setelah mendidih, masukkan air tepung jagung, sayur dan air mengikut banyak kuah yang diingini.
6. Kacau sebati dan Daging Masak Merah siap untuk dinikmati.
Kurang rasa selera makan, resipi kerabu santan pelam yang sangat ringkas boleh menaikkan selera anda. Rasa lemak, masam dan manis bersatu untuk rasa yang lazat. Boleh tambahkan dengan kacang tanah tumbuk untuk rasa crunchy.
KERABU SANTAN PELAM
BAHAN-BAHAN
Buah pelam (dihiris halus)
Bawang merah (dihiris halus)
BAHAN TUMBUK:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Santan segar
CARA MEMASAK:
Tumbuk semua bahan tumbuk diatas sampai halus.
Masukkan buah pelam yang sudah siap dipotong halus.
Kemudian masukkan santan segar gula, garam dan perasa. Gaul semua hingga sebati dan sedia untuk dihidang.
Kuih Koci Pulut Hitam merupakan antara kuih tradisional Melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka makan kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya. Tak sukar pun lebih-lebih lagi kalau dapat resipi mudah seperti yang dikongsi oleh saudari Noriza Awang Hamat ni. Jom cuba.
Daun pisang secukupnya – layurkan terlebih dahulu *Satukan semua bahan (kecuali daun pisang) dan masak guna api perlahan. Bila santan mula mendidih (meletup-letup), angkat dan ketepikan,
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung pulut dan pulut hitam yang telah dikisar halus tadi.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Bulat-bulatkan doh dan masukkan int. Lakukan hingga habis adunan.
4. Didihkan air dan rebus doh seperti merebus doh buah melaka. Bila doh terapung, angkat dan toskan airnya.
5. Kemudian masukkan doh ke dalam bekas berisi dadih santan.
6. Ambil doh bersalut dadih santan dan bungkus menggunakan daun pisang dengan kemas.
7. Kuih Koci Pulut HItam sedia untuk dinikmati.
NOTA: Kuih Koci ini tidak perlu dikukus kerana doh dan dadih santannya memang telah siap dimasak.
Gabungan tempoyak, petai, ikan bilis dan cili padi yang memang membangkitakan selera tertutama bagi peminat tegar petai. Rasa pahit petai, masam manis tempoyak dan pedasnya cili padi memberi pelbagai rasa yang padu.
RESEPI PETAI & IKAN BILIS MASAK TEMPOYAK CILI PADI MERECIK
BAHAN-BAHAN:
2 genggam ikan bilis basuh n goreng garing
Daun kunyit potong rampai
1 batang serai titik
1 sudu serbuk kunyit
Sedikit garam & gula
Tempoyak 3 sudu besar (kalau guna isi durian pun boleh)
*3ulas bawang putih
*3ulas bawang kecik
*1 biji bawang besar (Kalau suka lebihkan bawang jadi lebih sedap dan manis)
Segenggam dua cili padi ikut selera masing-masing
CARA MEMASAK:
Tumbuk lumat bahan yang bertanda * dan tumis dengan sedikit minyak.
Agak-agak garing titikkan sebatang serai masuk sesudu serbuk kunyit.
Tumiskan 2 ke 3 sudu besar tempoyak dan masukkan sedikit air.
Masukkan secukup rasa garam dan gula. Bila sudah garing, baru masukkan petai dan daun kunyit yang sudah diracik halus.
Akhir sekali masukkan pula ikan bilis yang sudah digoreng garing terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...