Tiga sekeluarga dikejarkan ke hospital selepas dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati madu yang dibeli secara ‘online’ menerusi aplikasi Tiktok.
Menerusi perkongsian @hidayahdayha di akaun TikTok memaklumkan, ibu dan dua adiknya muntah dan cirit birit selepas makan madu lebah yang dibeli dari kedai atas talian di aplikasi tersebut.
“Sape suruh beli madu online. Kan dan sampai 3 orang masuk emergency. Mak dan 2 orang adik. Semua kena than wad”.
Situasi ini lebih membimbangkan bila memikirkan keadaan ibu yang tidak berapa baik disebabkan oleh faktor usia dan sejarah darah tinggi.
Hidayah juga mendedahkan sikap peniaga makanan tersebut apabila beliau membuat ulasan di tiktok shop peniaga berkenaan.
Ads
Oleh itu berhati-hatilah bila membuat sebarang pembelian makanan tidak kira menerusi apa saluran sekalipun. Pastikan makanan tersebut dalam keadaan baik, tidak mempunyai rasa dan bau yang meragukan agar kejadian seperti ini tidak terjadi lagi pada kita dan juga keluarga.
Di setiap rumah di Malaysia, nasi bukan sekadar makanan ruji, ia lambang kasih sayang di meja makan. Namun, ada satu masalah yang sejak dulu menghantui ramai nasi yang dimasak sempurna di pagi hari, mula kehilangan kelembutan dan rasa hanya selepas beberapa jam.
Bayangkan, selepas seharian bekerja, kita pulang dengan harapan masih boleh menikmati nasi yang sama gebu seperti waktu pagi, tetapi sering kali ia sudah berbau, keras atau lembik. Inilah realiti dapur kita.
Kini, masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Tefal, peneraju global dalam peralatan rumah, memperkenalkan inovasi terbaharu mereka – Tefal Delirice Max Rice Cooker, periuk nasi pintar yang hadir dengan janji istimewa: “Nasi Pasti Tak Basi.”
Apa yang menjadikan Delirice Max begitu istimewa? Ia dilengkapi Teknologi Pemanasan 3D Max 4-lapisan yang mencegah pemeluwapan air, sekaligus mengekalkan kelembapan dan rasa nasi dari pagi hingga malam. Hasilnya, nasi kekal gebu, enak, dan segar sehingga 24 jam penuh.
Lebih menarik, periuknya direka dengan Sfera Ultra Tahan Lasak yang memastikan setiap butir nasi dimasak sempurna – tiada lagi nasi lembik, keras, atau hangus. Malah, bukan sekadar nasi, Delirice Max juga menawarkan pelbagai program memasak untuk menyediakan aneka hidangan kegemaran keluarga.
Kolaborasi ini turut diraikan bersama Rasa Rosz, restoran yang terkenal dengan keaslian resipi dan kepelbagaian rasa Malaysia. “Makanan yang baik datang daripada konsistensi dan kualiti. Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum,” ujar YBhg. Dato’ Sri Rozita, pengasas Rasa Rosz.
Lebih menarik, periuk ini bukan sekadar untuk nasi. Dengan program memasak pelbagai, ia membantu keluarga menyediakan aneka sajian dengan lebih mudah tanpa mengorbankan rasa.
Inilah bukti bahawa teknologi dapur moden boleh berjalan seiring dengan budaya makan kita. Ia bukan sekadar tentang memasak, tetapi bagaimana kita memastikan setiap butir nasi dihidangkan dengan penuh kasih, dari pagi hingga malam.
Tefal bukanlah nama asing. Dengan pengalaman lebih 48 tahun di Malaysia, jenama ini sinonim dengan inovasi dapur yang memudahkan kehidupan harian – daripada periuk nasi hingga penggoreng udara panas pertama dunia pada tahun 2006.
Melalui Delirice Max, Tefal sekali lagi membuktikan komitmen mereka untuk memelihara tradisi kulinari Malaysia, sambil mengurangkan pembaziran makanan. Inilah inovasi yang memudahkan kerja dapur, tanpa mengorbankan rasa dan kualiti.
Tefal Delirice Max kini boleh didapati di semua gedung runcit utama di seluruh negara.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Percaya atau tidak, setiap rumah pasti ada mempunyai mi maggi untuk stok simpanan makanan kering. Tidak kira berapa kerap anda memakan mi maggi, pasti rasanya sangat sedap walaupun hidangan yang simple.
Nah, sebenarnya anda boleh mendapat khasiat melalui kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” menggunakan mi Maggi dengan hanya menambah sumber protein dan sayur-sayuran bagi menghasilkan hidangan yang seimbang.
Diinspirasikan daripada Panduan Pinggan Sihat Malaysia (Malaysian Healthy Plate, MHP) yang diutarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kempen ini untuk menggalakkan para ibu di Malaysia supaya menyediakan hidangan masakan sendiri yang kos efektif dan enak menggunakan mi Maggi.
MHP yang berasaskan konsep ‘suku suku separuh’, adalah panduan visual yang membantu orang awam menyediakan atau pengambilan makanan seharian secara seimbang.
Hidangan seimbang terdiri daripada ¼ pinggan sumber karbohidrat (nasi, mi, roti, bijirin), ¼ protein (telur, tofu, daging, makanan laut, sumber protein berasaskan tumbuhan) dan ½ sayur-sayuran atau buah-buahan.
Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna, kempen Sajian Seimbang Tanda Sayang Maggi bertujuan meraikan semua individu, khususnya para ibu, yang kreatif dalam menyediakan hidangan seimbang yang lazat walaupun sesetengah daripada mereka berdepan dengan kekangan waktu dan kewangan.
Pada majlis pelancaran kempen ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’ Maggi yang diadakan di Dapur Masak Masak Maggi, selebriti tv Sheila Rusly menunjukkan resipi masakan mi maggi kegemaran yang diinspirasikan dari negara seberang, iaitu Mi Soto Ambungan menggunakan mi Maggi perisa Ayam.
Ada seorang ibu risau nak bagi anak makan ayam. Katanya, ayam sekarang banyak kena cucuk, takut bahaya untuk anak, lagi-lagi yang ada eczema. Isu tentang ayam cucuk ini juga kerap muncul bila dibuka perbincangan di Threads, menunjukkan ramai rupanya masih belum update dengan ilmu sebenar. Jadi jom kita betulkan fahaman, bukan untuk menakutkan, tapi supaya kita semua makan dengan ilmu.
Ramai sebenarnya salah faham bila sebut tentang ayam cucuk. Ya, ayam memang disuntik, tapi suntikan itu bukanlah hormon cepat besar seperti yang selalu digembar-gemburkan. Suntikan tersebut sebenarnya ialah vaksin untuk elak penyakit berjangkit dalam ladang seperti avian flu atau jangkitan bakteria. Malaysia juga melarang penggunaan hormon pembesar badan dalam ayam sejak dulu lagi.
Kalau ayam cepat besar, itu sebab:
Banyak orang masih menyangka ayam cucuk adalah sesuatu yang berbahaya, sedangkan proses vaksinasi ini sudah menjadi standard penternakan moden di seluruh dunia. Ia jauh lebih selamat berbanding membiarkan ayam terdedah kepada wabak yang boleh menyebabkan kerugian dan risiko kesihatan yang lebih besar.
Dibesarkan dalam reban moden dengan kawalan suhu dan cahaya yang rapi. Cepat besar sebab baka khas dan pelan makanan optimum. Ramai pengguna memilih ayam jenis ini kerana harga lebih mudah diakses.
Dibiarkan berkeliaran dan makan makanan semulajadi. Saiz lebih kecil, isi lebih liat dan rasa lebih “pure”. Pilihan ini juga sering dikaitkan dengan gaya hidup lebih sihat.
Tiada antibiotik, diberi makanan non-GMO dan dibela secara semulajadi. Lebih “clean” tetapi harga pun lebih premium. Pengguna yang sensitif terhadap isu ayam cucuk biasanya memilih kategori ini.
Ya, kadang-kadang ayam diberikan antibiotik, tetapi bukan untuk besarkan badan. Ia digunakan untuk rawat atau cegah penyakit dalam ladang. Sebelum ayam disembelih, mesti ada tempoh rehat (withdrawal period) supaya ubat tersebut sempat keluar dari badan ayam sepenuhnya.
Kalau ladang tak ikut peraturan ini, barulah bahaya. Antara perkara buruk yang akan timbul ialah:
Isu seperti ini sering menguatkan salah faham tentang ayam cucuk, walaupun realitinya proses pemantauan terhadap ladang ayam di Malaysia adalah sangat ketat di bawah agensi kerajaan.
Beli ayam dari pengeluar sah dan berdaftar (ada logo VHM, MESTI atau Halal). Masak betul-betul, pastikan tiada darah merah. Kalau mampu, pilih ayam kampung, organik atau non-GMO feed. Untuk anak yang ada eczema atau kulit sensitif, lebih penting jaga kualiti sumber dan cara masakan, bukan elak ayam sepenuhnya.
Ramai ibu bapa bimbang tentang ayam cucuk, tetapi sebenarnya lebih banyak pencetus eczema datang daripada bahan tambahan lain seperti perasa, pewarna, pengawet atau cara memasak yang tidak sesuai. Bila badan anak sudah sensitif, perkara-perkara ini lebih mudah mencetuskan reaksi kulit.
Kesimpulannya, bukan ayam yang jadi punca eczema, tetapi cara penternakan dan bahan tambahan lain yang boleh menjadi pencetus. Daripada takut nak makan ayam, lebih baik pilih sumber yang betul dan masak dengan bersih. Bila kita faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayam cucuk, barulah kita boleh membuat keputusan yang lebih tepat dan selamat untuk keluarga.
Sumber: Puan Aliah, Dietitian Olahan & suntingan: RASA
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.