Bosannya bila kupas bawang merah mesti menangis, tapi kalau ada bawang merah tak sempurna masakan. Sudahnya terpaksa reda mengupas atau menghirisnya dengan lelehan air mata.
Lepas ni, confirm anda tidak menangis lagi kerana Rasa ingin kongsikan 10 tip atau petua mengatasi masalah menangis setiap kali kupas bawang merah. Cuba jangan tak cuba.
via GIPHY
1. Rendam bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian hiris seperti biasa.
2. Sejukkan bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.
3. Pastikan pisau yang digunakan tajam kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata berbanding menggunakan pisau tumpul.
4. Pelik tapi benar, gigit batang mancis untuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.
5. Mengunyah gula-gula getah atau makanan dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.
6. Kupas dan potong bawang di bawah air mengalir, kerana air mengalir akan menghilangkan bahan kimia yang memedih mata dalam bawang.
7. The National Onion Association menyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan memotong bahagian atasnya sebelum mengupas kulitnya.
via GIPHY
8. The National Onion Association juga menyarankan, elak memotong akar bawang kerana bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.
9. Semburkan cuka makan di atas papan pemotong boleh mengurangkan pengeluaran air mata.
10. Gunakan bantuan kipas angin dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.
11. Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, rendam bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh dikupas menggunakan tangan dengan mudah.
via GIPHY
INFO CHEF:
Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!