Musim perayaan Tahun Baru Cina memang banyak buah limau mandarin dijual. Bukan kaum Cina saja yang memakan dan membelinya malah kaum Melayu dan India juga

Tapi awas ya, ada ramai juga yang makan limau ini kemudian terkena batuk dan sakit tekak. Kenapa ya? Sedangkan limau ini ada vitamin C untuk halang penyakit.

Menurut Dr Rosli Abdul Jalil puncanya adalah kerana sebelum makan buah limau mandarin ini ia buah ini tidak dibasuh dengan betul. Dalam pada itu beliau turut  menjelaskan cara untuk kita mengelak mengalami sakit tekak dan batuk jika makan limau.

Kongsi beliau pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak.

IKLAN

Cecair ini digunakan untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.

Sebelum Makan Limau Mandarin Buat Satu Langkah Ini Untuk Elak Batuk & Sakit Tekak

IKLAN

Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?

IKLAN

Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
  • Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
  • Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
  • Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!

Sumber: Rosli Abdul Jalil

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI