Rasa Instafamous episod ke tujuh menampilkan Leeza Ramzi dengan tiga resipi hebat, Tauhu Bergedil ‘Cheese’, Ikan Tongkol Masak Asam dan Ubi Kayu Rebus Sira Gula Merah. Walaupun pertama kali bersiaran di rancangan tv, Leeza begitu ‘serasi’ dengan hos rancangan Aunty Aini dan amat ‘mesra’ orangnya.
Jika anda mengikuti video memasak di Instagram @leezaramzi, dia membahasakan dirinya sebagai MAK. Ayat ‘famousnya’ “Hari ni mak nak masak…”. Leeza Ramzi memang cukup sinonim dan amat terbiasa gelaran diri sebagai ‘Mak’.
Tak kira jika ‘followers’ itu sebaya mahu pun lebih muda , atau lebih tua kerana panggilan ini dirasakan lebih mesra dan dekat dengan dirinya.. Lagi pun bagi Leeza atau nama sebenarnya Nor Aliza Mohd Ramzi, 44 tahun, mereka yang belajar masak dari videonya bagaikan ‘anak-anak’ yang sedang belajar masak dari seorang mak.
Wanita berasal dari Taiping, Perak ini adalah ibu kepada empat cahaya mata, semuanya perempuan. Tiga darinya berusia 24, 23, dan 21 tahun, manakala yang bongsu puteri comel berusia 5 tahun. Segalanya bermula apabila suri rumah ini mulai memuat naik gelagat anak bongsunya makan sambal di akaun Instagramnya.
Anak bongsu penggemar sambal pedas
Akaun yang baru dibuka pada awal tahun lalu itu mencanak naik hingga lebih 100,000 followers setelah gelagat anaknya dimuatnaik. “Anak bongsu saya memang suka sangat makan sambal, tahan pedas walaupun baru berusia 4 tahun ketika itu. Saya memuatnaik dan menggunakan dub mash, dia tengah menyanyi, menari dan makan sambal. Tak sangka pula tiba-tiba jumlah view dan followers meningkat naik.
Bermula dari situ followers minta pula resipi sambal yang dimakan oleh anak iaitu sambal garing ikan bilis. Selepas tu minta pula video macam mana nak masak. Hinggalah kini ‘melarat’ ke resipi yang lain pula. Sekarang dah macam rutin, pula hari-hari bila saya memasak saya akan mengambil video.
Saya biasanya post selepas makan tengahari jam 2-3 petang. Instagram ni memberi pengalaman menarik buat saya, kerana ia menjadi medan bertukar pandangan dan mendapat ramai sahabat baru. Bagi saya ‘sharing is caring’, ramai anak muda yang baru nak belajar masak menjadi antara ‘followers’ dan kini termasuklah anak perempuan kedua yang bakal berkahwin tidak lama lagi,” ceritanya pada RASA sambil tergelak kecil.
Ads
Suri hati kepada Hashim Ramli, 50 tahun , ini mengakui sebenarnya dia lebih serius memasak setelah berkahwin ketika usianya 19 tahun. Selain ibunya sendiri, Leeza juga rajin bertanya dan belajar dari ibu mertua dan mereka yang lebih tua. Walaupun mereka sekeluarga ada juga makan di luar, tetapi sampai sahaja di rumah suami dan anak-anak tetap juga mahukan masakan dari air tangannya.
Ditanya apa perasaannya apabila dirinya diundang di program Rasa Instafamous, katanya dia merasa sangat seronok kerana masakannya dihargai oleh orang lain dan merasa bangga dapat berkongsi dengan lebih ramai lagi peminat masakan. Pengalaman bersama krew rancangan dan host Aunty Ani juga amat berharga buat dirinya.
Bersama host rancangan Rasa Instafamous Aunty Aini
Nah ini 3 resipi warisan dari ibu Leeza yang dikongsi, Tauhu Bergedil‘Cheese’, Ikan Tongkol Masak Asam dan Ubi Kayu Rebus Sira Gula Merah. Resipi Nombor 2 adalah lauk kegemaran suaminya yang pada mulanya tidak berapa gemar lauk ini tetapi kini jadi kesukaan bila diubahsuai ramuannya oleh Leeza dengan memasukkan cili hijau dan sos cili.
1.TAUHU BERGEDIL ‘CHEESE’
Ads
2. IKAN TONGKOL MASAK ASAM
Ads
3. UBI KAYU REBUS SIRA GULA MERAH
Jika anda inginkan lagi resipi-resipi lazat yang lain, teruskan menonton rancangan Rasa : Instafamous yang bersiaran setiap hari Isnin jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Panggil roti tapi seakan lempeng dan makan dengan kuah kari daging hancur. Roti kerca makanan orang Kedah dan dahulu lebih terkenal dikalangan kerabat Kedah
ROTI KERCA
BAHAN-BAHAN KUAH KARI DAGING:
1 keping daging cincang,
1 biji kentang, potong dadu kecil,
1 tin kecil tomato puri,
3 sudu besar rempah kari daging,
1 biji bawang besar India,
2 ulas bawang putih,
1/2 inci halia,
1 batang kayu manis,
2 kuntum bunga lawang,
2 biji buah pelaga,
1 kotak kecil santan,
2-3 cawan air.
Secubit garam.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan semua rempah kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga. Tumis sampai bawang layu.
2. Campurkan sedikit air dengan rempah, gaul rata kemudian masukkan ke dalam kuali tadi.
3. Masukkan santan dan air. Kacau rata ya. Kalau masih pekat, tambah lagi ya
4. Sudah mendidih, masukkan daging cincang dengan kentang sekali. Jenama apa pun boleh.
5. Gaul rata dan pastikan daging masak.
6. Dah mendidih elok, masukkan tomato puri. Kacau lagi.
7. Dah mendidih beriya, masukkan garam.
8. Kalau sudah masak & kuah memekat boleh tutup api.
ROTI CERCA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
Secubut garam
3 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Sekarang, kita buat rotinya pula. Masukkan tepung gandum, telur, secubit garam dan air dalam pengisar. Kisar sampai betul-betul sebati.
2. Beginilah selepas dikisar.
3. Panaskan kuali tidak melekat dan tuangkan dalam sesenduk adunan. Buat nipis seperti lempeng.
4. Kemudian gulungkan seperti ini.
5. Gunting atau potong menyerong.
6. Tuang kuah daging tadi.
7. Tambah bawang goreng dan daun sup.
INFO: Kalau tidak makan daging boleh tukar kepada isi ayam kisar.
Sedapnya Daging Goreng ThaiTyle perkongsian Chef Azahari Abdullah ni. Bahan-bahan nampak mudah dan hasilnya pun buat rasa tak sabar nak cuba. Anda bercadang nak masak lauk daging hari ni? Resipi terbaik ni antara yang boleh dipertimbangkan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK DAGING GORENG THAI STYLE
BAHAN-BAHAN:
800gm daging
5 sudu teh biji ketumbar – dikisar / ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk / dihiris halus
1 sudu makan lada hitam – dikisar / ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Mentega atau marjerin untuk menumis
BAHAN SOS:
3 sudu makan serbuk cili thai
Gula kabung atau gula somtam – jika tiada, guna 2 sudu makan gula putih
2 sudu makan beras – sangai dan kisar halus
2 sudu makan jus limau nipis
3 sudu makan air asam jawa
Kicap sotong atau sos ikan secukupnya
3 ulas bawang merah kecil – hiris nipis
Daun ketumbar & daun bawang secukupnya
Sedikit air – jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan hiris nipis. Kemudian satukan dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam.
3. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi. 4. Masukkan daging yang telah diperap. Masak hingga air daging keluar dan daging kelihatan keperangan. 4. Tambahkan sos. Gaul sebati dan masak lagi hingga daging empuk.
Musim durian sudah datang. Walaupun raja buah ini sekarang ini dikatakan mencecah harga kayangan, tapi masih harga yang mampu beli.
Jika ada buah durian di rumah yang tak habis dimakan, bolehlah buat menu wajik durian yang pekat sedap ini daripada Rozza Raha ini.
WAJIK DURIAN
BAHAN-BAHAN:
1 kilo beras pulut | basuh dan rendam semalaman – beli online di sini 1 kilo gula pasir – beli online di sini 1 kilo pati santan 500 gram gula merah –beli online di sini 500 gram gula melaka atau gula kabung – beli online di sini Durian (ikut suka nak masuk banyak mana) 4 helai daun pandan. 1 sudu kecil garam halus
CARA-CARA:
1.Panaskan kukusan. Alas daun pisang dalam pengukus. Tebukkan lubang-lubang pada daun pisang untuk mudahkan wap keluar.
2.Toskan beras pulut dan terus masukkan dalam pengukus tadi. Kukus dalam 20 minit. Jangan tambah air atau apa-apa. Pulut dah masak, ketepikan dulu.
3. Gula kabung dengan gula merah masak dengan sedikit air hingga hancur dan tapiskan.
4. Masukkan gula merah, gula pasir, santan dalam periuk atau kuali yang sesuai. Kacau. Kemudian, masukkan daun pandan dan durian. Kacau semua sebati. Jangan lupa masukkan garam halus.
Nak buat kuih akok tapi tiada dapur arang? Cuba resipi akok homemade yang mudah ini! Hanya guna sandwic maker, hasilnya tetap lembut, lemak manis, dan keemasan.