Sedap betul makan ayam bakar kan. Resipi ayam bakar Thai dengan sos pedas Nam Jim Jaew ini memang sedap dan juicy sangat.
Resipi yang dikongsi Mikhail Edlyena ini, menggunakan bahan-bahan dan pencicah yang senang didapati. Memang wajib cuba dan pasti anak-anak suka.
AYAM BAKAR THAI
BAHAN PES PERAP AYAM:
Ads
*2 batang serai | hiris halus – beli online di sini *Daun ketumbar | hiris halus Dark sauce (saya guna kicap ABC) 2 sudu besar gula perang – beli online di sini White pepper (kalau tak ada tak pe)
1. Tumbuk sehingga lumat bahan bertanda * di atas dan gaulkan bersama dark sauce dan gula perang (jangan campur air). 2. Sediakan 1 ekor ayam dan lumurkan bahan di atas tadi di seluruh bahagian ayam. Kemudian, perap 2 jam. Kalau nak sedap, peraplah semalaman.
3. Bungkus keseluruhan ayam dengan foil dan masukkan ke dalam ketuhar. Tujuan bungkus keseluruhan ayam tadi untuk ayam masak isi dalam dan juicy di dalamnya. 4. Masukkan ke dalam ketuhar selama 25 minit, dan selepas itu keluarkan ayam dah jadi half cook di dalamnya. Sapukan baki bahan perap di atas dan sedia untuk dibakar untuk kali ke-2.
5. Kali ni bakar tak perlu bungkus ayam tersebut dengan foil lagi, sebab nak ayam tersebut crispy di luar. 6. Bakar selama 40 minit. Agak-agak ayam dah masak dan crispy di luarnya, bolehlah keluarkan.
1. Beras pulut tadi disangai dalam kuali sehingga warna keperangan. Kemudian, tumbuk sehingga lumat menjadi serbuk. 2. Asingkan beras yang sudah ditumbuk dalam mangkuk, campurkan sos ikan, air asam jawa, jus limau, serbuk cili dan gula perang.
3. Gaulkan kesemua bahan sos. Rasa sos perlu ada masam, pedas sedikit, dan manis sedikit. 4. Akhir sekali, potong bawang merah bentuk dadu dan campurkan dalam sos pencicah tadi. 5. Sos dah siap. Bolehlah keluarkan ayam yang dibakar tadi dan hidangkan bersama salad.
Udang Masak Ala restoran Fatty Crab yang dikongsikan ini versi kukus nampak sangat menyelerakan.
Makan dengan nasi panas, tak cukup sepinggan ni. Menurut empunya resipi, jika di restoran udang biasanya digoreng namun dia buat versi kukus dan hanya menumis bahan-bahan perapan sahaja.
Rasanya yang tidak pedas memang sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Kalau buntu nak masak apa boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Udang Masak Ala Fatty Crab
Bahan-bahan:
Udang
Cili secukup rasa. Yang merah tu pedas sangat kurangkan sikit. Guna cili hijau je
Bawang merah/bawang besar
Bawang putih banyak sikit
Sos tiram
Kiub pati ayam
Cara Memasak:
Bersihkan udang dan lumurkan garam, kukus sekejap.
Kisar kasar cili, bawang besar dan bawang putih.
Dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.
Masukkan sos tiram, masukkan kiub pati ayam. Kacau sebati siap dan ketepikan.
Selepas itu masukkan tumisan tadi dalam udang yang dikukus tadi. Kukus sekejap boleh masukkan minyak bijan jika suka.
Siap untuk dihidangkan.
Info:
Kalau di Restoran Fatty Crab tu, udang digoreng terlebih dahulu. Kemudian disiram dengan bahan-bahan yang ditumis.
Makanan barat ni sebenarnya ringkas aje buatnya. Terutama menu snek dan kudapan, punyalah sedap boleh kenyang sampai ke malam. Tapi hati-hati tak boleh makan selalu nanti gemuk la pulak.
Apa pun sajian sebenarnya memang tak boleh ‘terlebih’makan. Okay, ni dia resipi ori dari barisan tenaga pengajar Chef Muhammad Aizat Sha’rani dan team chef Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jln Kasipillay, Kuala Lumpur.
Chef Muhammad Aizat Sha’rani (kanan sekali) dan pasukan
Buat sendiri kan lagi jimat…
1. MAC N CHEESE PRAWN
BAHAN-BAHAN:
500 gm makaroni
50 – 80 gm mentega
2 sudu makan tepung gandum
500ml susu segar
250 gram keju parut (shredded)
6 ekor udang | dibuang kulit
Setangkai daun parsli | dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah atau lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk. 2. Udang direbus. Angkat dan tos. 3. Cairkan mentega di di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan. 4. Perlahan-lahan tuang susu sambil kacau. 5. Masukkan udang dan cendawan. 6. Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 2 minit. Tutup api. 7. Masukkan keju dan kacau sehingga ianya cair dan sebati. 8. Tuangkan sos keju ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata 9. Tabur garam dan lada hitam secukup rasa 10. Masukkan daun parsli dan kacau rata. 11. Teruskan hidang sementara masih panas.
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 25 hingga 30 minit Cara memasak: Rebus dan reneh Jenis masakan: Sajian barat Keistimewaan: Rasa yang begitu enak berkrim dengan udang segar.
Info Chef :Selain udang anda boleh menggantikan dengan makanan laut yang lain atau pun ayam
2. BELGIUM WAFFLES
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna @gandum
2 sudu teh serbuk penaik
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan mentega | dicairkan
1 1/2 sudu makan gula kasterr
1/2 sudu teh esen l vanilla
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pembakar waffle (waffle maker). Ayak tepung bersama baking powder. 2. Pukul telur hingga betul-betul kembang. 3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati. 4. Apabila pembakar waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan bater dan ratakan. 5. Tutup penutup pembakar (waffle maker) dan masak sehingga waffle masak.
Saiz hidangan: 4 0rang Waktu memasak:15 hingga 20 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Waffle Belgium Keistimewaan: Sedap dimakan dengan krim dan buah-buahhan
Info chef: Waffle juga enak dimakan dengan madu, mentega, coklat , jem dan sirap maple.
3. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung serba guna
1sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
4 cawan gula putih
½ cawan susu
1 sudu teh esen vanilla
4 cawan minyak masak
Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk. 2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih. 3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam. 4. Gaul sehingga sebati. 5. Letakkan adunan di dalam beg piping. 6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F. 7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan. 8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula. 9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A) Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef :Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. CALZONE
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh :
300gm tepung gandum
6 gm yis
20 gm mentega
10 gm gula halus
1 sudu teh bread improver
¼ sudu teh garam
1½ sudu makan madu
170ml air
1 sudu makan mayonis
Bahan untuk inti ayam :
1 cawan isi ayam | dicincang halus
1 biji bawang besar | dihiris dadu
2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
2.5 sm halia | ditumbuk halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan rempah kari daging
½ sudu makan sos tomato
Sedikit daun bawang | dihiris halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
5 biji cili padi
¼ batang lobak merah
Sedikit parutan keju cedar
Sedikit air
CARA MEMASAK : Doh: 1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. 2. Tambah mentega dan terus meNggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.Kemudian bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. Inti ayam : 4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. 5. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. 6. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan. Calzone : 7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bahagikan pada 4 bahagian sama besar, bulat-bulatkan. 8. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper.Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. 9. Letak daun salad 1/4 bahagian inti ayam dan taburkan parutan keju, kemudian lipat dua dan tekan hujungnya biar bercantum. Buat hingga siap pada baki adunan. 10. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu 11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang Waktu memasak:30 hingga 40 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Sajian berasal dari Itali Keistimewaan: Inti yang lazat dengan kulit yang lembut
Info chef :Doh juga boleh dikelim seperti karipap di kelilingnya
5. SLOPPY JOE
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging cincang
3 ulas bawang putih | dicincang
1 biji bawang besar holland |dicincang
1 cawan sup tomato
1 cawan puri tomato
½ cawan sos cili
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar kicap
2 sudu makan | boleh letak lebih jika suka
12 biji bun burger
CARA MEMASAK : 1. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing. 2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak. 3. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. Kacau sekali sekala 4. Sudukan daging cincang di atas roti burger. 5. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 biji burger Waktu memasak:30 hingga 35minit Cara memasak: Tumis Jenis masakan: Burger Keistimewaan: Tidak menggunakan kepingan daging burger sebaliknya daging cincang yang dimasak lazat
Info chef : Berbeza dengan burger daging biasa, sloppy joe burger hanya dilapisi daging cincang yang dimasak tanpa perlu meletakkan bahan lain. Anda boleh menambah keju jika suka.
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Ringkas yang sedap bila menikmati Kuatiau Sup Fishball ini, terasa segar dengan supnya yang jernih tapi cukup rasa dengan campuran isiannya ringkas. Tambah sambal kicap atau cili memang terbaiklah. Sesuai ini untuk hidangan makan malam yang simple untuk anda sekeluarga, untuk resipi, ada disediakan di bawah ye.
KUETIAU SUP FISHBALL BAHAN-BAHAN; 1 potong isi ayam + sedikit bahagian tulang | hiris 1 pek kuetiau | celur sekejap kemudian tos 1 pek kecil fishball | belah dua 1 pek kecil fishcake | hiris nipis 1 kiub pati ayam Garam secukup rasa Air secukupnya BAHAN TAMBAHAN: Cili Kicap Minyak bawang ptuih Sawi | potong dan celur sekejap 1 mangkuk tauge | bersih dan buang ekor
CARA MEMBUAT:
Masukkan air dalam periuk secukupnya dan rebus isi ayam dan tulang hingga mendidih.
Kemudian campurkan fishball dan fishcake ke dalamnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
Tutup api.
Sediakan pula minyak bawang putih, caranya hiris satu labu bawang putih kemudian goreng dengan 3 sudu makan minyak menggunakan api perlahan. Goreng hingga kekuningan dan wangi. Tutup api.
Untuk sediakan cili kicap, bakar seulas bawang putih, ketuk sedikit dan masukkan ke dalam bekas. Hiris cili padi, kemudian masukkan dalam bekas bawang putih tadi dan tuangkan kicap manis. Perahkan sedikit jus limau nipis.
Masukkan kuetiau dalam mangkuk, tuangkan sup di dalamnya, hias atas dengan sawi celur dan tauge. Untuk aroma, tuangkan sedikit minyak bawang putih.
Untuk lebih sedap dan kaw, tambah hirisan cili kicap dan makan panas-panas.