Roti Naan Keju atau Cheese Naan ni memang garing dan lembut dimakan. Ada juga yang mengejanya Nan.Kalau buat sendiri boleh isi banyak-banyak kejunya. Masa makan sure bertali-tali dan lemak sedap rasanya.
Ni resipi dari Umi Watie yang tengok rupa pun dah sedap. Katanya nan cheese yang lembut gebu ni sedap dimakan dengan mentega dan madu. Tapi bagi penggemar kari atau sambal boleh aje jadi gandingan sajian roti naan keju ni.
ROTI NAAN @ NAN KEJU (saiz hidangan 6 kepingan kecil)
BAHAN-BAHAN :
150gm tepung gandum 1 sudu teh yis 1 sudu teh baking powder 1 sudu makan yogurt 1 sudu makan gula 1 ½ sudu makan minyak 50ml ml air Garam Mozarella cheese secukupnya
CARA MEMASAKNYA: 1. Satu kan semua bahan kecuali air dalam bekas. Kakchik guna minyak masak saja. Kalau suka boleh guna minyak jagung ya.
2. Gaul kan semua bahan tepung, garam, baking powder, gula, yogurt dan minyak sampai jadi serbuk roti.
Ads
3. Buat lubang ditengah, masukkan air. Kakchik guna air paip saja.
4. Uli manja doh sampai tak melekat di tangan. Perap 45 minit sehingga doh naik dua kali ganda.
5. Bila dah kembang. Tumbuh doh. Minyakkan tangan supaya mudah kerja membulatkan doh.
6. Kakchik bulat-bulat dapat 6 ketul comel. Cukup la kan untuk keluarga kecil. Kakchik sendiri makan 3 keping tanpa rasa bersalah. hahahaha. lepas itu bising, timbang rosak.
6. Leperkan doh, bubuh cheese mozarella sesedap rasa. Hahaha. Kakchik bubuh 3 sudu mozarella. Tutup doh dan rehatkan 15 minit.
7. Doh yang telah siap di rehatkan 15 minit.
Ads
8. Canaikan doh perlahan-lahan. Jangan sampai pecah ya. Bedakkan dengan tepung supaya tidak melekat.
9. Siap dah semua doh di canai nipis. Jom kita mula membakar roti naan kita.
10. Gunakan api kecil sahaja. kakchik guna kuali anti lekat. tutup kuali supaya roti naan kita masak sekata.
11. Tunggu sampai mentega cair atas roti naan yang panas barulah mantul. Ishhhh wangi mentega dan madu. Digandingkan pula dengan roti yang lembut gebu. Lemak masin mozarella. Isshhhhh.
Ads
12. Makan dengan mentega dan madu. Perghhh sedap weii. Kalau suka boleh makan dengan ayam tandori atau kuah kari.
Bagi penggemar sajian Asam Pedas, menu di bawah ni wajib anda cuba. Pedas, masam memang cukup perasa! Bagi yang belum ada idea nak masak apa hari ni, ha…cubalah buat Asam Pedas Daun Kesum Ikan Pari. Pasti puas hati.
ASAM PEDAS DAUN KESUM IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan pari ]bersihkan
10 biji bendi | bersihkan dan buang bahagian bawahnya
1 biji tomato | belah empat
5 tangkai daun kesum
100ml air asam jawa
700ml air
3 sudu makan minyak masak
Garam/serbuk perasa secukupnya
BAHAN (KISAR):
20 biji cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit
5cm belacan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
Masukkan air dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
Masukkan pula kacang bendi, daun kesum, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan sekitar tiga minit.
Masukkan pula ikan pari dan biar ia masak dan kuah mereneh.
Nasi Goreng Cina memang sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Menu ini andai dinikmati di restoran masakan cina, memang terasa sedapnya kan? Ini kerana penggunaan bahan-bahan seperti udang dan juga minyak bijan memberikan rasa yang lebih enak serta aroma yang memukau. Jom cuba masak menu ni untuk keluarga. Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI GORENG CINA SEDAP LETAK UDANG
BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk
Udang, kupas kulit – kalau tiada udang boleh ganti dengan isi ayam
1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali.
2. Pecahkan telur dan kacau sehingga keseluruhannya berwarna kuning.
3. Biarkan selama dua minit.
4. Kemudian angkat dan simpan tepi.
5.Tambahkan sesudu minyak masak ke dalam kuali tadi dan tumiskan bawang putih bersama kulit.
6. Biarkan seketika sehingga bawang putih keperangan kemudian angkat dan ketepikan. Bawang putih digoreng hanya untuk mendapatkan aromanya.
7. Masukkan udang dan biarkan ianya masak.
8.Masukkan lobak merah.
9. Masukkan daun bawang.
10. Masukkan telur hancur.
11. Gaul sebati.
12. Masukkan nasi putih dan gaul.
13. Masukkan sedikit lada sulah dan garam halus mengikut citarasa.
14. Siap untuk dinikmati.
INFO: Tip untuk nasi goreng sedikit lembut, tambahkan sesudu air ke atas nasi goreng yang sedang dimasak. Wap yang terhasil akan melembapkan nasi goreng.
Nasi Goreng USA adalah antara sajian nasi goreng yang popular di kedai makan dan restoran. Nama seakan berasal dari luar negara tetapi sebenarnya USA adalah singkatan kepada nasi goreng udang, sotong dan ayam. Bahan sampingan yang perlu ada adalah hirisan timun dan telur mata kerbau,
Nak cuba masak Nasi Goreng USA yang sedap secara homemade? Puan Habeebah Md Daud ada kongsikan resipinya. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI NASI GORENG USA
1. NASI GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
2 biji cili merah
4 biji cili padi
1 belacan besar ibu jari
( semua bahan ditumbuk lumat. Asingkan.)
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang putih – potong dadu
3 biji bawang merah – potong dadu
Sedikit udang
4-5 pinggan nasi putih
1 mangkuk kangkung
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang ditumbuk sampai sedikit keperangan.
Kemudian masukkan sos tiram dan kacau sebentar.
Masukkan udang dan goreng sampai masak.
Seterusnya tambahkan nasi dan sayur. Kacau rata sehingga sayur sedikit lembut.
Perasakan dengan sos ikan, garam, lada hitam dan serbuk perasa ikut citarasa masing-masing. Adun sebati dan sedia untuk dinikmati.
2. DAGING MASAK MERAH
BAHAN UTAMA:
300gm daging yang direbus dengan pewarna merah
BAHAN TUMIS:
3 biji bawang putih-diketuk
1/2 bawang holland-dihiris
2 inci halia
1 biji tomato
Cili padi
Cili merah
5 sudu makan sos cili
Sedikit air rebusan daging (warna merah)
Garam
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia dan separuh cili padi.
Masukkan daging yang sudah direbus. Kacau seketika.
Masukkan sos cili dan tomato yang dipotong dadu.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati sekali lagi.
Kemudian masukkan sedikit air rebusan daging diikuti hirisan bawang holland, lebihan cili padi dan cili merah.
Kacau sebati dan biarkan kuah sehingga sedikit pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO:
Goreng telur mata yang kuning telurnya sedikit cair.
Boleh tambahkan sotong dan isi ayam dalam nasi goreng.
Jika tidak makan daging, boleh gantikan dengan aneka bahan lain seperti sotong, udang dan ayam yang dimasak dengan rencah tumis yang sama.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...