1. Didihkan air, masak sagu hingga warna putih tidak kelihatan. Kemudian letak ke dalam tapis lalukan pada air buang kanji/lendir sagu. 2. Sediakan bekas yang sesuai letak sagu separuh daripada bekas sahaja. 3. Di dalam kuali satukan semua bahan lapisan atas, masak hingga likat timbul letup-letup terus tuang ke dalam bekas sagu tadi. Biarkan sejuk (boleh lihat video DI SINI)
Ads
4. Di dalam periuk satukan semua bahan sirap gula merah, masak hingga mendidih dan gula hancur, tutup api tapiskan. Sejukkan di dalam peti ais dahulu. 5. Cara hidangan siram sirap gula merah di atasnya sedia dinikmati, sedap sangat wajib cuba.
Penggemar sajian sotong pasti menggemari menu Sotong Goreng Pedas. Hidangan ini biasanya mudah didapati di kedai-kedai tomyam dan masakan panas. Resipinya sangat mudah. Hanya memerlukan campuran beberapa sos dan nah…sajian enak tersedia untuk dinikmati oleh anda sekeluarga. Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipi mudah yang boleh dicuba. Oh ya, pasti ada yang tidak gemar bau sotong yang kuat dalam masakan. Saudara ini juga ada kongsikan petua supaya rasa sotong tidak kuat bila dimasak. Jom cuba!
CARA MASAK SOTONG GORENG PEDAS SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 ekor sotong – potong dan celur dalam air panas Cili padi – hiris @ cincang Bawang holland – hiris@ cincang – beli online disini Bawang putih – tumbuk Capsicum hijau – potong dadu Kacang panjang / buncis (optional) – hiris 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan pes namprik maepranom – beli online disini 1 sudu makan sos tomato – beli online disini 2 sudu makan sos cili – beli online disini Nampla sauce / Sos ikan secukupnya – beli online disini Sedikit Kicap Golden Mountain – beli online disini
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih seketika.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang holland, capsicum dan cili padi. Boleh juga masukkan kacang panjang, kacang buncis, lobak merah atau bunga kubis. Namun ia adalah pilihan sahaja bergantung pada selera masing-masing.
3. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan juga sedikit kicap Golden Mountain.
5. Tambahkan sos cili.
6. Tidak dilupa, masukkan juga sos tomato. Jika tiada, boleh gantikan dengan sedikit perahan jus limau nipis atau tomato yang telah didadu.
7. Renjiskan sedikit sos nampla @ sos ikan.
8. Tambahkan pes namprik. Ia adalah pes cili dalam tin yang biasa digunakan untuk membuat tomyam.
9. Kuah asas untuk sotong sudah siap disediakan. Boleh rasa dan tambah perasa jika tidak cukup.
10. Seterusnya masukkan sotong yang telah dicelur dengan air panas. Menurut empunya resipi, jika sotong dimasukkan segar, air sotong akan meleleh keluar dan kuah masak pedas akan berbau sotong dengan kuat membuatkan rasanya jadi kurang enak.
11. Tambahkan daun limau purut.
12. Masukkan juga sedikit gula untuk memberikan sedikit rasa manis. Masakan ini perlu ada rasa pedas, manis, masin dan sedikit masam.
13. Sotong Goreng Pedas siap untuk disediakan.
INFO: Jika guna sotong yang telah dicelur terlebih dahulu, bila siap dimasak sotong akan jadi tidak terlalu kecut.
RESIPI BONUS!
NASI GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN: Nasi putih Telur Garam dan gula secukup rasa Sayur
1.Panaskan minyak, pecahkan telur dan kacau sampai separa masak. Angkat dan ketepikan seketika. 2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi sampai garing dan masukkan nasi. 3. Gaul sekata dan perasakan garam gula dengan secukupnya. 4. Masukkan aneka sayur kegemaran. Masak hingga lembut. 5. Akhir sekali masukkan telur yang separa masak tadi. Kacau dengan api kuat, angkat dan hidangkan.
Masakan orang Kelantan yang tak ramai tahu asal usul dari mana datangnya nama Gulai Kuas tu. Gulai kuning atau nama popularnya GULAI KUAS KUNYIT, asalnya adalah dari bahan utama iaitu lengkuas dipendekkan menjadi kuas dan kunyit, terus orang-orang dulu panggil nama gulai kuas kunyit. Masakannya ringkas, tak perlu menumis masukkan semua dalam periuk. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Blender semua bawang, cili kering, lengkuas dan kunyit hidup.
2.Masukkan bahan blender ke dalam santan, jerang atas api sederhana.
3.Bila santan dah panas, masukkan udang.
4. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa dan cili merah sebagai hiasan.
Ringkas dan senang jer kan.
Sedapnya Kuetiau Sup Thailand ni. Nak masak pun sangat mudah. Kalau nak tahu, selain dinikmati bersama kuetiau, sup siam ni juga boleh dimakan bersama bihun atau mi. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Ramizah ini adalah untuk sajian keluarga bersaiz 5-6 orang makan. Mudah nak agak jumlahnya kan? Jadi selamat mencuba!
Salah satu petua kesihatan untuk menjaga jantung yang boleh diamalkan adalah dengan minum jus tomato selalu. Buah tomato sangat banyak khasiatnya untuk kesihatan tubuh.