Ada yang teringin lauk kenduri seperti kuzi ayam? Enaknya rasa dengan pelbagai rempah ratus yang digunakan. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh puan Zainoor Aliza Ali .Resepi ini kak cik dah guna sejak dari 1994 lagi. Ada pelbagai cara yang digunakan untuk penghasilan masakan kuzi ini, ada yang letak za’faran (safron) dan lain-lain bahan.Hidangan ini sedap dimakan bersama roti arab,roti bun atau roti canai.Masa kak cik masih anak-anak dulu, kebiasaannya juadah kuzi ini dihidang di majlis-majlis aqiqah,tahlil atau majlis walimatul urus.
Kuzi Ayam 1 ekor ayam termasuklah hati ayam 2 sudu besar rempah kuzi 1 tin susu cair 1/2 botol sos tomato-BELI ONLINE DI SINI 1/2 kati(300 gram) bawang merah 1/2 kati (300 gram)bawang besar 5 ulas bawang putih 1 inci halia 20 biji buah badam (digoreng dan dipotong kecil-kecil) 6 sudu besar kismis garam dan perasa 10 kuntum bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis-BELI ONLINE DI SINI 5 kuntum bunga lawang minyak sapi untuk menumis
Cara memasak: 1.Ayam dipotong dan dibersihkan.Goreng ayam lebih kurang 4/5 garing.Hati ayam juga digoreng. 2.Bawang merah, bawang putih,bawang besar dan halia dimesin kemudian ditumis dengan minyak sapi bersama-sama dengan rempah kuzi, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
Ads
3.Bila terbit minyak, masukkan air,susu dan tomato.Masak sampai pekat. 4.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Setelah hampir hendak diangkat,masukkan hati ayam yang telah digoreng dan dipotong kecil-kecil tadi. 5.Setelah itu dimasukkan badam dan kismis.
6.Akhir sekali masukkan bawang goreng.kak cik masukkan secawan.
Kredit: Zainoor Aliza Ali
Walupun baunya kurang menyenangkan namun ulam bernama Petai mempunyai tarikan tersendiri hingga ia menjadi menu berasaskannya menjadi hidangan membuka selera, penyedap makan. Hari ini RASA ingin kongsikan dua resipi berasaskan petai, yang gerenti sedap, sekali makan pasti tambah lagi. Tak percaya cubalah…
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Menjelang hari merdeka, banyak mengimbau kita akan nostalgia lampau. Terutamanya lauk pauk zaman nenek moyang kita dulu.Hari ni kita berkongsi resipi orang lama dari azianhasan. Kak Yan memang suka daun kadok. Kalau nampak ada jual di pasar, memang selalu beli. Rebus sampai lembut dan cicah dengan sambal belacan. Dah cukup sedap. Bila Kak Yan cuba buat otak-otak ikan dan guna daun kadok, lagi lah Kak Yan suka. Daun kadok ini bila dimasak, memang akan mengeluarkan satu bau. Ini yang menjadikan dan kadok ini istimewa. Rasa daun kadok yang agak lemak memang sesuai digandingkan dengan otak-otak. Jika tak berapa suka dengan rasa dan bau daun kadok, hanya guna daun pisang sahaja. Boleh juga masaknya menggunakan air fryer dengan suhu 180 darjah selama 15-20 minit.
Otak-Otak Ikan Daun Kadok Bahan-bahannya: 300g isi ikan (dikisar) 1 biji kuning telur 1 sudu besar tepung 4 keping daun pisang 10 keping daun kadok 10 toothpick
Bahan Sos 1 sudu besar cili kisar 4 sudu besar santan pekat 1/2 sudu teh serbuk kunyit-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh serbuk kari ikan-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh kicap cair 1 sudu teh garam 1 sudu besar jus limau 1 batang serai (dihiris halus) 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
Cara membuat: 1.Campurkan ikan bersama telur, tepung jagung dan bahan sos. Gaul rata. 2.Letakkan campuran ke atas daun kadok dan daun pisang dibawahnya. 3.Balut dengan kemas dan sematkan ‘toothpick’ dan susun di atas pengukus. 4.Kukus selama 15-20 minit.
Kredit: azianhasan
Sedapnya masak lemak cili padi tak kisahlah bahannya sayur,ikan, daging atau seafood ia memang sedap, Bagi korang yang memang ‘gemar’ tentu tidak ada istilah jemu menghadap masak lemak cili padikan, kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya. Memang terbaiklah… Tak percaya korang cuba empat menu yang RASA share ni dulu…
PISANG MUDA GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
10 biji pisang emas muda | buang kulit ari dan belah dua
500ml santan pekat
50gm ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis.
Renehkan atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji nanas | potong tiga segi
4 ekor ikan masin sepat | goreng
500 ml santan pekat
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk dan celur nanas seketika. Angkat dan tos.
Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai.
Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nanas dan ikan masin.
Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan.
Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api.
Gulai nanas sedia dihidangkan.
PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
Sedikit daun kaduk | hiris kasar
3 helai daun kunyit | hiris halus
3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
4 batang serai | hiris halus
5 sudu makan tempoyak
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging salai | hiris nipis
1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus
1kg santan pekat
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk.
Renehkan di atas api sederhana.
Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi.
Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...