Sedapnya masak lemak cili padi tak kisahlah bahannya sayur,ikan, daging atau seafood ia memang sedap, Bagi korang yang memang ‘gemar’ tentu tidak ada istilah jemu  menghadap masak lemak cili padikan, kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya. Memang terbaiklah… Tak percaya korang cuba empat menu yang RASA share ni dulu…

Ini 4 Jenis Gulai Lemak Yang Sungguh Sedap, Penggemarnya Gerenti Suka.

PISANG MUDA GULAI LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji pisang emas muda | buang kulit ari dan belah dua
  • 500ml santan pekat
  • 50gm ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 12 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis.
  2. Renehkan atas api sederhana.
  3. Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
  4. Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.

Ini 4 Jenis Gulai Lemak Yang Sungguh Sedap, Penggemarnya Gerenti Suka.

IKLAN

GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji nanas | potong tiga segi
  • 4 ekor ikan masin sepat | goreng
  • 500 ml santan pekat
  • 1 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 12 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dalam periuk dan celur nanas seketika. Angkat dan tos.
  2. Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai.
  3. Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nanas dan ikan masin.
  4. Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan.
  5. Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api.
  6. Gulai nanas sedia dihidangkan.

Ini 4 Jenis Gulai Lemak Yang Sungguh Sedap, Penggemarnya Gerenti Suka.

PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
  • Sedikit daun kaduk | hiris kasar
  • 3 helai daun kunyit | hiris halus
  • 3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
  • 4 batang serai | hiris halus
  • 5 sudu makan tempoyak
  • 500ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 20  biji  cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 50gm ikan bilis yang telah dikopek

CARA MEMASAK:

  1. Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
  2. Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
  3. Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor,  asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
  4. Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.

Ini 4 Jenis Gulai Lemak Yang Sungguh Sedap, Penggemarnya Gerenti Suka.

GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm daging salai | hiris nipis
  • 1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus
  • 1kg santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm lengkuas
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk.
  2. Renehkan di atas api sederhana.
  3. Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi.
  4. Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah daging empuk dan cukup rasa. Tutup api.
  7. Gulai daging salai sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI