Kuih muih melayu memang sukar nak jumpa yang sedap dan memuaskan hati. Jadi boleh cuba buat kuih lejen ni, tepung gomak inti kelapa manis.Ikut cara ini boleh dapat dalam 20 biji kuih. Hidang untuk minum petang memang layan.
KUIH TEPUNG GOMAK INTI KELAPA MANIS
Inti: ½ biji kelapa parut muda 3 sudu makan gula merah / gula melaka 3 sudu makan gula pasir 2-3 helai daun pandan disimpul 1 cawan air 1-2 sudu makan tepung gandum (Sukatan gula boleh adjust ikut selera masing-masing)
Cara memasak: 1. Didihkan air bersama daun pandan. 2. Daun pandan dah layu, masukkan pula gula merah dan gula pasir. Renehkan seketika. 3. Masukkan kelapa parut muda. Gaul rata sehingga air agak kering. 4. Masukkan tepung gandum / sebarang tepung dan masak seketika. Gaul rata, sejukkan. 5. Bulat-bulatkan besar ikut suka.
Cara membuat: 1. Larutkan garam bersama air. 2. Campurkan kedua-dua tepung dalam bekas. 3. Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli doh sehingga doh tak melekat di bekas. 4. Tambah lagi sedikit air jika doh masih keras. 5. Masukkan inti. Bulatkan kemudian leperkan. 6. Didihkan air dalam periuk. 7. Rebus kuih. Bila kuih dah terapung, tanda kuih telah masak. Boleh terus salut dengan tepung kacang hijau.
Bahan salut: Kacang hijau Cara membuat: 1. Sangai kacang hijau menggunakan api kecil sehingga warna keperangan. 2. Buang kulit kacang, kemudian ayak / tampi kulit kacang. 3. Masukkan dalam pengisar kering. Kisar sehingga halus. Ayak dan kisar lagi sehingga dapat tekstur seperti tepung. 4. Sangai tepung kacang hijau sekali lagi. 5. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
CARA PALING MUDAH: Beli saja tepung kacang hijau yang sedia ada dikedai-kedai. Pastikan ada tertulis ROASTED ye. Saya lampirkan tepung yang saya maksudkan. Brand lain pun dah banyak dijual. Saya sendiri pernah cuba beli cap Alagappas. Selain kuih tepung gomak, tepung ini juga boleh dibuat kuih kole kacang, batang buruk dan putu kacang. Kredit: Marlia Lia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masakan tradisional orang-orang dulu, resipi dan cara memasaknya sangat ringkas. Paling penting rasanya sedap dan boleh dihidangkan bersama dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau macam-macam lagi. Sesuai dimakan untuk sarapan ayau minum petang. Bekalkan anak untuk ke sekolah pun boleh. Cara nak buat apom lenggang ni mudah sahaja. Jom cuba.
APOM LENGGANG CHEAMAH
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras
3 cawan santan
1 1/2 cawan gula
1 peket mauripan
3 biji telur
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Semuanya dikisar sebati
Ambil 1/2 cawan yang dikisar tadi campur dengan 3/4 cawan santan dibuat kanji…**masak agak pekat**
Campur kanji dengan semua yang dikisar tadi
Biar sejam @ 2 jam boleh la dilenggang
*cheq bancuh semalam simpan dlm peti ais pagi nie baru melenggang..
Sekarang semua kerja nak cepat, termasuklah dalam penyediaan minuman petang. Apa kata anda sediakan menu minum petang kudapan yang ringkas tetapi berkhasiat iaitu Samosa Sayur Berdaging, cepat dan sangat mudah disediakan. Kalau buat alebih, separuh bolehlah difrozenkan. Bila-bila teringin, hanya keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Jika ingin mencuba, berikut disertakan resipi.
SAMOSA SAYUR BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
20 keping kulit popia
1/2 cawan daging kisar
1 cawan hirisan kubis
1 cawan parutan lobak merah
1 biji bawang merah | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Sedikit lada sulah
Minyak masak | untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaska nminyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
LANGKAH 2: Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
LANGKAH 3: Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .
LANGKAH 5: Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng Samosa hingga kuning keperangan.
Sedapnya Kuih Kaswi. Lembut, lemak manis dan makan pula dengan kelapa parut, memang buka selera. Bagi anda yang nak cuba belajar buat kuih ni, resipi Kuih Kaswi Gula Merah perkongsian opah Mas Cotek tentunya antara yang terbaik yang boleh dicuba.
Resipi ni hasilnya memang lembut dan bergoyang. Bila dah sejuk pun masih lembut. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUIH KASWI GULA MERAH PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula
1 cawan gula merah atau gula perang
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan – campur dengan 3 sudu makan air (Guna cawan metrik untuk sukatan yang tepat)
CARA MEMASAK: 1. Daripada 5 cawan air, panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang. Bila semua dah larut, tapis dan sejukkan. 2. Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama bahan-bahan lain. Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air. 3. Jangan terlebih guna air kapur. Nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras. 4. Didihkan air dalam periuk kukusan dan alas penutup pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti. 5. Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih. 6. Kukus kuih guna api sederhana selama 30-40 minit bergantung pada saiz loyang yang digunakan. 7. Bila kuih masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 8. Gaul potongan Kuih Kaswi dalam kelapa muda parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan gula ( jika suka). Boleh juga gaul dengan kelapa parut kosong kerana kuih sudah mempunyai rasa manis.