Tercari-cari resipi lauk pauk yang mudah dan ringkas? Maklumlah, nak pancing selera makan, kadang-kala agak sukar. Yang tukang masak pun sama. Ada masanya jadi buntu memikirkan menu yang nak dimasak untuk suami dan anak-anak. Jika kesuntukan masa, lagilah penat dibuatnya. Khas untuk anda RASA kongsikan seleksi resipi lauk ringkas yang boleh masak dalam masa 30 minit. Moga sedikit sebanyak boleh membantu anda.

 

 1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil 
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 batang serai | titik
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
  • Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayam cuci bersih dan tos.
  2. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
  3. Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  8. Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  
  9. Setelah secukup rasa, tutup api.
  10. Ayam kicap sedia dihidangkan.

 

2. DAGING GORENG MERAH 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging rebus | hiris nipis 
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1  sudu teh sos tomato
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
  4. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.

 

3. IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

CAR MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
  6. Gaul  rata dan tutup api.
  7. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Disarankan rebus ikan siap-siap sebelum sedia dimasak sambal.

 

4. UDANG GORENG SOS TIRAM BERSAMA SADERI

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm udang saiz XL | buang kulit dan kepala dan belah belakang
  •  Sedikit hirisan cili benggala merah
  • Sedikit hirisan cili benggala hijau
  • Sedikit hirisan batang selerri
  • 4 biji cili padi | titik
  • 1/2 biji bawang  Holland  | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Minyak masak untuk menumis secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan  minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan udang, kacau rata.
  3. Masukkan pula hirisan cili benggala dan hirisan batang seleri.
  4. Perasakan dengan sos tiram secukup rasa.
  5. Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
  6. Udang sedia dihidangkan panas-panas.

 

IKLAN

 5. PAPRIK SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong | bersihkan dan hiris bulat
  • 1batang serai | titik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 6 biji cili padi | titik
  • Sedikit hirisan batang seleri
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan sotong. Kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daun limau purut dan batang seleri.
  4. Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila cukup rasa dan sotong masak, tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika anda ingin tambah isian lain, boleh tambah lobak merah dan cili Benggala.

 

 6. SUP CAMPUR BEBOLA IKAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 20 biji bebola ikan
  • 4 biji tauhu tauhu bulat yang telah digoreng
  • 1 pokok  sawi putih
  • 1 keping tauhu kering | rendam dalam air
  • Sedikit  suhun | rendam dalam air
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 2 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya.

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk didihkan di atas dapur.
  2. Setelah mereneh masukkam bebola ikan, tauhu kering dan suhun yang telah direndam tadi.
  3. Setelah bebola ikan timbul, tambah hirisan sawi, lobak merah.
  4. Apabila layu masukkan tauhu dan perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa dan masak tutup api.
  6. Sup sayur sedia dihidangkan.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Share Sampai 17K. Resipi Sambal Siram Mak Kongsi Ni Memang Sedap

Boleh Bakar & Kukus. Resipi Otak Otak Ayam Homemade Ni Memang Padu

Resipi Kuih Cek Mek Kelantan. Mudah & Hanya Guna 4 Bahan

Sangat Sedap! Peniaga Kongsi Resipi Sambal Telur Ikan Bilis Bebola Ikan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official