
Kalau petang hari dihidangkan kuih kasturi bersama kopi atau teh hangat memang layan! Kuih kasturi masih popular dan dikenali ramai hingga kini. Admin yang Gen Z pun kenal kuih ni tau. Sedap sangat kuih ni kalau kena dengan cara pembuatannya. Asyik beli frozen je apa kata kalini cuba buat sendiri? Resipi ni telah dikongsikan oleh Norul Ashikin Osman di Facebook. Tunggu apa lagi tu? Jom cuba!
KUIH KASTURI
BAHAN-BAHAN:
INTI
1 cawan kacang hijau.. Rendam 2 jam
3 cawan air
Kelapa parut 1/2 cawan
Gula 1/2 cawan (kurangkan kalau taknak manis)
Garam sedikit
Tepung gandum 1/3 cawan
CARA PENYEDIAAN:
-Rebus kacang dengan air sampai lembut.. kalau andai kata kacang dah lembut tapi air masih banyak, buang sikit2 air tu.
– Masuk gula, garam, kelapa gaul2 sekejap.. akhir sekali masuk tepung gaul2 bagi sebati.. Tutup api.. Sejukkan dlu…
-Masa nak bentukkan dia tangan letak minyak bagi kurang melekat kat tapak tangan..bentukkn bulat comel.. Leperkan.
BANCUHAN SALUT TEPUNG
Tepung gandum 1 cawan
Tepung beras 1/3 cawan
Garam
Serbuk kunyit sedikit sahaja
Air secawan.. (masuk sikit2. Bancuhan jangan cair jangan pekat sangat)
Campurkan semua dah sebati, boleh digoreng.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Norul Ashikin Osman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur Puyuh Balado Sawadikap Lauk Simple Ketika Malas
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Kuih Muih Homemade Tak Rugi Cuba

Koleksi resipi kuih muih Melayu sememangnya banyak jika disenaraikan. Semuanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Jika dibeli pun belum tentu sedap sepertimana dibuat sendiri. Lebih puas makan dimasak sendiri kerana kita tahu apa yang kurang dan lebih bahan yang mahu diletakkan. Keria Keladi tidak kurang hebatnya. Rasa setanding dengan keria gula melaka yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. RASA senaraikan kuih muih yang buat anda terliur.
Kuih Keria Keladi
BAHAN-BAHAN:
- 400gm keladi | kupas kulit dan rebus
- 150gm tepung gandum
- Sedikit pewarna ungu
- Garam secukupnya
UNTUK SIRA:
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan air kapur
CARA MEMASAK:
1. Keladi yang telah direbus dilenyek hingga lumat. Gaulkan dgn sedikit garam dan sedikit pewarna ungu.
2. Gaulkan keladi dengan 100 gram tepung gandum dahulu. Uli hingga sebati. Kalau masih lembik, barulah tambahkan 50 gram lagi tepung sedikit-sedikit hingga boleh dibentuk. Tinggalkan sesudu tepung untuk digunakan bila membentuk doh.
3. Bentuk lah doh menjadi seperti roda. Jika melekit bolehlah gunakan lebihan tepung tadi untuk diletakkan di tapak tangan supaya tidak melekat.
4. Kemudian goreng doh tadi dalam api yang sederhana. Balik-balikkan supaya rata di kedua-dua belah. Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
5. Dalam kuali lain, didihkan gula bersama air dan air kapur. Masak sehingga airnya hampir kering dan melekit. Tutup api, alihkan dari dapur. masukkan kuih keria. Gaulkan kuih keria sehingga gulanya serata.
6. Sedia dinikmati.
LEPAT LABU
BAHAN-BAHAN:
- 180gm labu | dikukus dan dilecek
- 100gm tepung gandum
- 100gm santan
- 85gm gula pasir
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 biji kelapa putih parut | digaul bersama sedikit garam
- Daun pisang yang dilayurkan
CARA MEMASAK:
- Gaul labu bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan santan dan garam. Kacau lagi sehingga semua bahan mesra.
- Ambil satu sudu makan adunan dan ratakan di atas daun pisang.
- Letakkan kelapa parut di tengah-tengah adunan dan tutupkan dengan sedikit adunan labu di atasnya.
- Bungkus memanjang dan kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak.
TALAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH :-
- 3½ cawan santan
- 1¼ cawan tepung beras
- ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan gula
- 1 cawan pisang | lenyek
- ½ sudu teh Garam
- Pewarna kuning secukupnya
BAHAN LAPISAN BAWAH :-
- 3 cawan santan
- ¾ cawan tepung gandum
- ¼ cawan tepung jagung
- ¼ cawan gula
- ½ sudu teh garam
- 2 sudu makan air pekat perahan daun pandan
CARA MEMASAK:
- Guna acuan 9 inci. Sediakan lapisan bawah. Campurkan kesemua bahan, kecuali pisang lenyek, gaul sebati dan tapis.
- Masak di atas api kecil sehingga naik wap.
- Masukkan pisang lenyek dan masak sehingga naik wap.
- Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
- Garu permukaan dengan garpu sebelum dituangkan lapisan atas.
- Untuk menyediakan lapisan atas. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan tapis.
- Masak di atas api kecil sehingga naik wap.
- Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 minit.
- Sejukkan sebelum dipotong.
- Sedia dinikmati.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN DOH:
250gm tepung pulut
350ml air kisaran daun pandan
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau dan kuning
secukupnya
BAHAN INTI:
200gm kelapa parut putih
150gm gula merah
1 helai daun pandan
125ml air
Gula pasir secukupnya | jika suka
BAHAN KUAH:
400ml santan
1/2 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti, masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tambah jumlah air jika perlu.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sejuk sebelum dibulatkan sebesar guli.
3. Untuk kuah pula, campur semua bahan lalu dimasak sehingga pekat. Tutup api dan ketepikan.
4. Bagi menyediakan doh, larutkan garam ke dalam air pandan. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan warnakan.
5. Ambil sedikit doh dan leperkan. Letakkan inti kelapa di tengahnya dan dikelim rapat. Ulang proses sehingga doh habis.
6. Didihkan air dan masukkan doh yang dibulatkan tadi. Biar sehingga timbul di permukaan air.
7. Angkat dan toskan airnya. Masukkan ke dalam kuah yang telah siap dimasak tadi. Sedia untuk dinikmati.
TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN A
(BAHAGIAN BAWAH):
2 cawan beras pulut | dibersihkan dan tos
250ml santan cair
Sedikit garam
BAHAN BAHAGIAN B
(BAHAGIAN ATAS):
3 biji telur
500ml santan pekat
150gm gula merah
150gm gula pasir
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bahagian pulut; masak beras pulut bersama santan.
2. Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan permukaannya supaya padat. Ketepikan.
3. Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
4. Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
4 Resipi Popular Restoran Minang Sesuai Dijadikan Hidangan Buka Puasa.

Masakan Padang atau Minang pastinya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Lauk-pauknya banyak menggunakan cili yang banyak dan mempunyai rasa yang pedas. Maka tidak hairanlah ia menjadi kegemaran ramai. Sempena bulan puasa nanti, anda boleh sajikan menu-menu popular ini untuk keluarga. Pasti berselera.
1. DENDENG DAGING BERLADO
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
- 10 biji cili merah
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji tomato| potong dadu
- 1 batang serai |ketuk
- 2cm halia
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit air rebusan daging
CARA MEMASAK:
- Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
- Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
- Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
- Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
- Info chef: Daging direbus terlebih dahulu supaya ia lebih rangup apabila digoreng.
2. BERLADO TEMPE TAUHU
BAHAN-BAHAN:
- 3 ketuk tauhu | dipotong dan digoreng
- 2 paket tempe | dipotong dan digoreng
- 300gm cili hijau
- 2 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 1 biji buah tomato hijau | ditumbuk
- Garam secukup rasa
- Bahan perasa secukupnya
- 100gm minyak masak
CARA MEMASAK:
- Rebus cili hijau, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Tos dan tumbuk kasar-kasar.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga pecah minyak.
- Selepas itu masukkan tomato, garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau sebati
- Masukkan temped an tauhu. Gaul hingga rata.
- Sedia dinikmati.
3. BERLADO KENTANG BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis | digoreng garing
- 3 biji ubi kentang | dipotong baji dan digoreng
- 100gm cili merah | dikisar
- 50gm cili padi merah | dikisar
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 1 helai limau purut | dikisar
- 1/2 sudu teh garam
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan garam. Kacau rata.
- Kemudian masukkan tempe dan tauhu yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
4. GULAI JERING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg jering | dibasuh dan direbus hingga empuk
BAHAN A:
- 1-2 biji bawang merah besar | kisar halus
- 3-4 ulas bawang putih |kisar halus
- 2cm halia | kisar halus
- Cili giling/cili kisar secukupnya | ikut citarasa masing-masing
- 2 biji buah keras | dihancurkan
BAHAN B:
- 2 helai daun salam
- 2 helai daun limau purut
- 1cm lengkuas | dititik
- 1 batang serai | dititik
- Asam keping
- Santan pekat & cair secukupnya
- gula, garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
- Tumis Bahan (A) hingga naik bau..
- Kemudian masukkan Bahan (B) dan seterusnya air rebusan jering tadi. Biar mendidih sebentar.
- Masukkan santan cair & pekat . Akhir sekali masukkan jering dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jering perlu direbus dan ditumbuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam kuah.
Tip Masak Sambal Sotong Yang Sedap. Sotong Tak Kecut, Sambal Pun Pekat Tak Berair

Lauk sambal sotong untuk makan tengah hari memang sedap. Dipadu dengan sayur goreng saja dah lengkap hidangan.
Tapi biasa terjadi bila masak sambal sotong selalu berair dan sotongnya kecut. Lagi tak best nak makan bila ada sedikit bau hanyir.
Untuk elak perkara ini bila memasak sotong boleh gunakan tip ini dikongsi oleh Ayue Jalal dan Aimi Marina Saadan. Sambal sotong yang menggunakan cara ini memang tak kecut, kembang elok serta sambal pun pekat.
Tip masak sambal sotong sedap, tak berair
Sebelum ini masak sambal sotong tak rebus dulu pun. Terus saja masak. Tapi ada sekali terbaca cara masak sambal sotong, sotong itu direbus dulu untuk rasa lebih sedap. Bila cuba, betul apa yang dikata… memang sedap.
Caranya:
- Rebus sedikit air hingga mendidih.
- kemudian masukkan sotong dalam air mendidih, rebus sekejap saja dalam satu minit dan tos.
- Dah kering air sotong barulah masukkan dalam sambal dalam kuali.
- Boleh juga kalau panaskan saja sotong dalam kuali tanpa letak air. Biar air sotong keluar sampai kering. Dua-dua cara ini boleh guna, rasanya tetap sama.
- Masukkan sotong yang ditos bila sambal dah terbit minyak. Tumis dengan gula merah dan gula biasa. Guna api yang kecil.
- Boleh juga masukkan sedikit air rebusan sotong supaya sambal ada rasa manis sotong.
- Bila dah masukkan sotong, gaul sekejap saja dengan sambal dalam 2-3 minit boleh diangkat.
- Boleh juga guna tip ini untuk masak udang.
Selamat mencuba.
Sumber: Ayue Jalal & Aimi Marina Saadan