Hari ini kita nak buat kue teow sup Terengganu. Alang-alang dah membeli daging, bolehlah beli sekali tulang dan juga perut untuk kelengkapan sup yang akan dimakan bersama kue teow ni nanti. Boleh letak lobak masin kalau suka.
KUE TEOW SUP TERENGGANU Bahan-bahan: 300g daging pejal campur daging cincang(rebus dalam ketulan besar,kemudian hiris nipis.) 200g perut lembu (kena bersih) 2-3 ketul tulang (rebus bersama daging, kita nak ambil rasa manis tulang tu tinggal dalam kuah sup) * daging dan tulang direbus sekali.Daging empuk keluarkan.Potong nipis,ketepikan. Perut pun potong nipis, ketepikan. Semasa rebus daging masukkan halia sebesar ibu jari,3 keping asam keping, 3 ulas bawang putih -diketuk dan dua batang serai diketuk. Masuk sedikit garam.
Bahan tumisan: ½ biji bawang Holland 3 biji bawang putih Rempah 4 sekawan Minyak masak
Bahan kisar halus: 1/2 biji bawang Holland 8 biji bawang putih 1 pokok akar daun ketumbar 1 sudu kecil lada hitam 7 biji cili thai (suka pedas letak lebih)
Ads
Bahan lain: 1 Sup bunjut 1 kiub pati lembu(kalau tak ada pati ayam boleh) 1 sudu besar kicap cair 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sikit kuah) 1 sudu besar kicap masin Taugeh( wajib ada) Daun sup dan bawang Garam dan gula secukup rasa Perasa Rempah 4 sekawan 1 sudu besar sos ikan 1 paket Kue teow Limau nipis ( yang suka masam )
Cara memasak: 1.Masukkan minyak, kemudian tumis bahan tumisan. 2.Bawang dah wangi masukkan 4 sekawan,tumis sampai naik bau. 3.Masukkan bahan kisar halus,tumis lagi. 4.Masukkan sedikit air, kacau. 5.Masukkan sup bunjut,kacau. 6.Bila mendidih masukkan air rebusan daging.Tapis(buang semua bahan dalam rebusan daging. Masukkan tulang tadi sekali dalam kuah sup.Tambah air dalam 3 cawan. 7.Kacau, masukkan pati lembu,sedikit daun sup ,cili, semua jenis kicap,sos ikan,garam,gula, perasa secukup rasa.Biarkan sup mendidih dengan api kecil.
Resipi air lada Bhan-bahan: 2 biji cili besar 8 biji cili padi atau cili thai 1 inci gula Melaka 3 biji bawang putih Garam Perasa 2 sudu besar cuka mkn
Cara memasak: 1.Kisar halus bahan 1 hingga 6 dengan sedikit sahaja air. 2.Masukkan dalam kuali,panaskan. 3.Masukkan cuka makan. Didihkan sampai sedikit pekat,tambah sedikit air jika perlu.
Cara makan kue teow sup 1.Makan ketika ia panas. Caranya celur kue teow dan toskan. Masuk dalam mangkuk. 2.Celur sekali taugeh dan perut daging.Toskan..masuk mangkuk. 3.Masukkan daun sup,masukkan kuah sup. 4.Masukkan air lada.Siap untuk dimakan.
Kadangkala kering idea nak sediakan menu untuk sekeluarga makan. Asyik mengulang makan nasi jadi cepat bosan. Apa kata malam ni kita tukar menu yang lebih ringkas tapi mengenyangkan. Anak -anak pasti menyukainya.
Garlic Pasta
Bahan-bahan:
1 paket pasta
10 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
8 tangkai cili padi
2 biji telur
Chilli flake
Garlic powder
Perasa garam gula
Minyak untuk menumis
Cara memasak: 1.Pasta direbus dan toskan. 2.Panaskan minyak, masukkan bawang putih. Goreng agak sedikit garing 3.Masukkan cili padi 4.Masukkan pasta. Tambahkan sedikit sahaja air 5.Goreng pasta gaul hingga mesra bersama tumisan bawang 6.Masukkan telur 7.Perasakan dengan garam dan gula. masukkan lada sulah 8.Masukkan chili flake. Gaul rata 9. Sedia untuk dihidangkan
Tip – masukkan sedikit minyak semasa merebus pasta bagi mengelakkan pasta melekat semasa proses pengetosan.
Siapa kata kalau sebut DIET kita harus berlapar atau makan makanan yang tidak menyelerakan. Sebenarnya kita masih boleh menikmati makanan yang penuh berkhasiat dan sedap. Paling penting sebenarnya kena rajin mencuba resipi baru bersesuaian dengan selera kita sendiri.
1. SANDWIC SALMON
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan salmon
1 batang roti baguette
500gm salad campur
1 biji cili benggala merah-bakar, buang kulit, hiris nipis
½ sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit Mayones
Sedikit minyak zaitun
Sedikit mentega
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Sapukan serbuk lada sulah dan garam sehingga rata pada kepingan salmon.
Goreng ikan salmon menggunakan minyak zaitun dan sedikit mentega sehingga masak. Apabila masak, potong isi ikan salmon kecil-kecil. Ketepikan.
Baguatte dipotong 5cm panjang dan dibelah dua. Sapukan mayones sehingga rata pada kepingan roti. Letakkan isi ikan salmon, daun salad, cili benggala dan akhir sekali tutup dengan sekeping lagi roti untuk dijadikan sandwic.
Siap untuk dihidangkan.
Info Chef: Ikan boleh digoreng dengan sedikit minyak sayuran yang dicampurkan mentega untuk menggantikan minyak zaitun. Boleh juga diletakkan kepingan keju cheddar.
2. AYAM PANGGANG ROSEMARY BERMADU DAN KENTANG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
3 sudu makan madu
1 sudu teh rempah Rosemary kering
1 tangkai parsli segar -cincang halus
4 sudu makan mentega-suhu bilik
1 labu bawang besar-belah dua
1 labu bawang putih-tumbuk
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK KENTANG MENTEGA:
300gm kentang kecil
1 sudu makan mentega
1 cawan susu segar
Sedikit daun parsli
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit Garam
Air untuk merebus kentang secukupnya
CARA MEMASAK:
Ayam dibasuh bersih dan dilap kering menggunakan tuala/tisu dapur. Lumurkan tiga sudu makan madu pada keseluruhan ayam luar dan dalam. Ketepikan.
Bancuh mentega bersama Rosemary, parsli, lada hitam, garam dan bawang putih. Sumbatkan bancuhan tadi di bawah kulit ayam, di dalam badan ayam serta di dalam badan ayam.
Akhir sekali sumbat bawang besar ke dalam perut ayam. Ikat kaki ayam tadi menggunakan tali guni.
Bakar di dalam oven selam 45 minit dengan suhu 180 selcius atau sehingga masak.
Angkat dan sedia dinikmati.
Untuk menu sampingan kentang; kentang direbus bersama air, susu segar, sedikit lada hitam, sedikit garam dan satu sudu makan mentega hingga empuk.
Apabila masak, taburkan cincangan daun parsli, gaul sebati.
Sedia untuk dihidangkan bersama ayam panggang Rosemary.
Info chef: Apabila membakar jus ayam tersebut akan keluar, jangan dibuang, jus tersebut boleh dijadikan sos untuk ayam. Kisar bawang yang telah disumbat ke dalam ayam hingga hancur. Masak kembali bawang tersebut bersama jus ayam tadi. Tambahkan garam, stok ayam, lada hitam dan tepung gandum bagi memekatkan kuah.
3. UDANG PANGGANG SALAD
BAHAN-BAHAN:
300gm udang
1 sudu makan madu
1 sudu teh ‘mix spice’
Serbuk lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit daun salad-dicarik-carik
1 labu bawang besar-hiris bulat nipis-nipis
Lidi sate untuk mencucuk udang
Minyak zaitun untuk memanggang
CARA MEMASAK:
Perap udang bersama madu, mix spice, lada hitam dan garam selama 1 jam. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun di dalam kuali pemanggang dan panggang udang tersebut sehingga masak.
Angkat dan biarkan sebentar kemudian cucuklah udang tersebut dengan lidi sate untuk mendapat hasil yang menarik.
Alaskan daun salad di dalam pinggan dan hirisan bawang besar. Letak udang di atasnya.
Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh panggang udang lebih lama untuk dapatkan kesan hitam ‘terbakar’.
4. SALAD AYAM AVOKADO
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam
1 biji avokado-hiris nipis
2 sudu makan madu
2 sudu makan minyak zaitun
500gm salad campuran
5 biji tomato ceri-belah dua atau empat
1 labu bawang besar-hiris nipis
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 sudu teh rempah BBQ
1 sudu makan cuka epal/makan
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
Mentega untuk memanggang secukupnya
BAHAN SOS SALAD:
2 sudu makan minyak zaitun
2 biji bawang putih-racik halus
1 sudu makan cuka epal
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Dada ayam diperap dengan dua sudu makan madu, rempah BBQ, lada hitam dan garam. Perap selama satu jam. Ketepikan.
Panaskan mentega dengan sedikit minyak zaitun di dalam kuali pemanggang kemudian pangganglah dada ayam tersebut hingga masak. Biarlah ia sejuk sebentar kemudian dihiris kecil-kecil. Ketepikan.
Untuk membuat sos salad, bancuh dua sudu makan minyak zaitun, cuka epal/masakan, bawang putih, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau menggunakan pemukul telur hingga sebati.
Di dalam mangkuk salad, gaul sebati daun salad yang telah dicarik kecil-kecil bersama hirisan avokado, ceri tomato dan bawang besar bersama sos salad tersebut. Taburkan isi ayam di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika tiada cuka epal, boleh guna cuka masakan.
5. MINI PAI AYAM BERSAMA BAYAM DAN CENDAWAN
BAHAN- BAHAN UNTUK DOH PAI :
200gm tepung
100gm mentega sejuk
2 sudu makan air sejuk
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI PAI:
500gm isi ayam dada-dadu kecil
500 gram sayur bayam-ambil daun sahaja
10 biji cendawan butang-hiris nipis
1 biji bawang Holland-dadu kecil
4 ulas bawang putih-cincang halus
1 cawan susu segar
4 biji telur
1 sudu teh minyak Zaitun
Garam secukup rasa
BAHAN SAPUAN:
1 biji telur dipukul
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan doh:
Ayakkan tepung dan potong dadu mentega.
Gaulkan tepung dan mentega didadu dengan cara meramas adunan.
Masukkan air dan uli sehingga adunan bersatu dan tidak berderai.
Bungkus adunan dalam plastik dan rehatkan adunan dalam peti ais selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk menyediakan inti pai: Panaskan satu sudu teh minyak Zaitun dalam kuali, masukkan bawang Holland dan masak sehingga bawang menjadi lembut. Masukkan isi ayam dan kacau seketika sehingga isi ayam masak.
Masukkan bawang putih dan cendawan, dan kacau sehingga sedikit garing dan asingkan.
Kemudian masukkan sayur bayam dan masak sehingga layu.
Di dalam mangkuk berasingan, pecahkan 4 biji telur, masukkan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
Tambahkan sayur yang telah dimasak tadi ke dalam campuran telur dan susu. Ketepikan.
Untuk menyediakan pai:
Keluarkan doh pai yang direhatkan tadi.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.
Tabur tepung di atas alas menggelek dan gelekkan adunan sehingga menjadi setebal ½ cm.
Potong adunan bulat dan lebihkan sebanyak 2cm dari acuan pai berukuran 5cm.
Sapu acuan dengan mentega dan letakkan adunan di atas acuan dan bentukkan adunan mengikut acuan.
Potong lebihan adunan dengan belakang pisau yang tumpul.
Potong kertas pembakar bentuk bulat, lapikkan di atas adunan dan masukkan beras di atasnya.
Bakar adunan pai di dalam ketuhar selama 15 minit.
Keluarkan adunan pai dari ketuhar dan sapukan dengan telur dipukul dan isikan inti pai.
Bakar semula selama 15 minit.
Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.
Hidangkan bersama salad.
INFO CHEF:
Adunan pai boleh juga diadun menggunakan food processor.
Pemberat untuk membakar pai boleh ditukar dengan kacang hijau atau kekacang lain.
6. DADA AYAM DAN SAYUR PANGGANG BERSAMA ROTI PITA
BAHAN-BAHAN:
1kg isi ayam dada
1 sudu teh minyak zaitun
1 sudu teh Italian spices
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih-ketuk
1 biji lada benggala kuning-hiris panjang
1 biji lada benggala kuning-hiris panjang
1 biji bawang Holland-hiris bulat
Garam secukup rasa
4 keping roti pita mil penuh
CARA MEMASAK:
Basuh isi ayam, buang kulit dan lemak.
Perap isi ayam dengan “italian Spices”, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam di dalam satu bekas. Rehatkan perapan minimum 1 jam untuk rasa yang sebati.Ketepikan.
Di dalam bekas berasingan, perap lada-lada benggala dan bawang Holland dengan serbuk lada hitam dan garam. Rehatkan seketika. Ketepikan.
Panggang roti pita dan ketepikan.
Tuang sedikit minyak Zaitun dan letakkan perapan ayam dan sayur di atas pemanggang.
Masak ayam selama lima minit setiap bahagian.
Panggang lada-lada bengala sehingga terhasil kesan panggang.
Angkat dan biarkan ayam seketika sebelum menghiris untuk memerangkap jus.
Sedia dhidang bersama roti pita.
INFO CHEF: Untuk lebih mudah makan, sumbat ayam dan bahan lain ke dalam roti pita.
7. FALAFEL BERSAMA SOS YOGURT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SOS :
150 ml yogurt asli
1/2 biji tomato-dadu kecil
1 sudu teh daun parsli-hiris nipis
1 sudu teh daun ketumbar
2 sudu besar perahan lemon
BAHAN-BAHAN FALAFEL:
300gm kacang kuda di dalam tin
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan daun parsli
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh jintan putih
2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Untuk membuat sos, satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul sekata dan ketepikan.
Untuk membuat falafel; Toskan kacang kuda dan masukkan ke dalam bekas.
Tuangkan semua bahan ke dalam bekas itu, gaul rata dan lenyek kasar.
Bentukkan adunan menjadi bulat-bulat dan leperkan.
Rehatkan di dalam peti ais selama 10 minit.
Kemudian, panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng falafel sehingga berwarna coklat gelap.
Angkat, tos dan sedia dihidangkan bersama sos masam dan salad jika suka.
INFO CHEF: Proses membuat adunan juga boleh menggunakan food processor.
8. SALAD AYAM ALA MEDITERRANEAN
BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:
750gm isi ayam dada
3 Ulas bawang putih-dadu kecil
1 sudu teh Italian spices
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN- BAHAN SALAD :
5 sudu besar yogurt asli
helai daun salad-hiris kasar
5 sudu besar buah delima
2 biji buah oren-ambil isi sahaja
1 biji bawang Holland-hiris panjang
½ biji lada benggala hijau
½ biji lada benggala kuning
½ biji tomato-potong dadu
3 sudu makan air perahan lemon
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam; Basuh ayam dan tos sehingga kering. Ketepikan.
Di dalam bekas plastik tahan haba, masukkan ayam, bawang putih, Italian spices, serbuk lada hitam dan sedikit garam, kemudian gaul rata.
Perapkan ayam selama 20 minit di dalam peti ais.
Selepas 20 minit keluarkan perapan daripada peti.
Masukkan air di dalam periuk dan kemudian masukkan plastik tahan haba berisi perapan ayam ke dalam periuk. Rebus sehingga ayam masak dan ketepikan.
Untuk menyediakan salad: Di dalam bekas salad, carik kasar ayam rebus tadi sehingga habis. Masukkan daun salad, bawang, tomato, lada-lada benggala, air perahan lemon dan 5 sudu besar yogurt dan kemudian gaul rata. Taburkan buah delima dan hirisan oren.
Sedia dihidang.
INFO CHEF: Perapan ayam akan lebih sedap jika dibiarkan semalaman.
Nasi Goreng Lada Kering @ Cili Kering begini nampak sangat ringkas namun percayalah, ia adalah salah satu resipi Nasi Goreng orang dulu-dulu yang sangat sedap dan digemari ramai sehingga kini. Andai masak sekuali, pasti habis licin. Tidak perlu penambahan lauk pelbagai jenis. Cukup sekadar segenggam dua ikan bilis, sudah cukup membuka selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Har Ryea ni. Pasti puas hati.
RESIPI NASI GORENG LADA KERING SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih
6-8 tangkai lada kering @ cili kering (bergantung pada saiz) – beli online disini
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...