Sedapnya Yong Tau Foo. Hidangan ini sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia  dan ia mudah didapati di pasar-pasar malam. Rahsia keenakan hidangan ini terletak pada sosnya. Jika sedap rasa sos, makan enaklah sajian Yong Tau Foo yang disediakan. Bagi anda yang nak sediakan sendiri hidangan Yong Tau Foo untuk ahli keluarga, resipi kuah hitam dan kuah merah perkongsian saudari Adnilsam Apat ni antara yang boleh dicuba.

 

BAHAN KUAH HITAM

Suka Makan Yong Tau Foo? Ini Cara Buat Kuah Hitam & Merah Yang Sedap

IKLAN
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan taucu
  • 2 sudu makan sos masam manis
  • 3 sudu makan kicap pekat manis
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4-5 sudu makan gula melaka/gula perang
  • 3 1/2 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Masukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga taucu halus.
  2. Masukkan bahan yang sduah dikisar ke dalam periuk.
  3. Kemudian masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya sos tak berketul-ketul. Masak sehingga kuah mendidih sesuaikan rasa ketepikan.

 

IKLAN

BAHAN KUAH MERAH

Suka Makan Yong Tau Foo? Ini Cara Buat Kuah Hitam & Merah Yang Sedap

IKLAN
  • 3 ulas bawang putih- ketuk
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng garing dgn sedikit minyak
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makan sos masam manis
  • 4- 5 sudu makan gula
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
  3. Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
  4. Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
  5. Boleh makan dengan apa-apa yang anda suka seperti bebola seafood, sayur-sayuran, sotong kangkung atau apa-apa bahan-bahan yong tau foo kegemaran anda.
  6. Campur kuah hitam dan merah mengikut citarasa anda. Untuk sesuaikan rasa pedasnya, taburkan bijan sangai, sedikit bawang goreng dan kacang goreng yang telah ditumbuk.

 

Kredit resipi & foto:  Adnilsam Apat

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI