
Harum semerbak bila membakar korean garlic bread ni. Ada lebihan roti yang tak habis, boleh cuba guna roti gardenia ikut resepi ni. Tak sangka lagi sedap rupanya. Tapi kalau yang suka pakai roti bun pun boleh, buat dua sekali.Tambah serbuk badam di atas lagi rasa crunchy.
KOREAN GARLIC BREAD ALMOND
Bahan-bahan:
Roti gardenia/roti bun
Serbuk badam@badam cincang
Bahan A
1 ketul butter
1 biji telur
3-5 ulas bawang putih
1sudu madu@gula
Parsley
Bahan B
250gm Cream cheese
2 sudu susu pekat
3 sudu susu cair/susu segar
Cara membuat:
1.Sebatikan A dengan cara cairkan butter,kemudian masukkan bawang putih biarkan sejuk seketika,kemudian masukkan sebiji telur yang dah dikocak ke dalam butter tadi bersama madu, parsley kering dan kacau sebati.
2.Untuk bahan B masukkan cream cheese ke dalam mangkuk.Aduk bersama susu pekat dan susu cair sehingga sebati dan ketepikan.
3.Kemudian ambil sekeping roti buang bahagian tepinya,letakkan cream cheese tadi dan lipat 2.Kelim pada bahagian tepi dengan garfu supaya tidak terbuka ketika membakar.
4.Salut roti ke dalam bahan A tadi susun atas dulang pembakar,dan bakar pada suhu 160°c selama 10 minit atau sehingga masak dan garing.Siap dihidangkan.
Kredit: Munierah Eyra
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Hidangan Berasaskan Pisang..Anak-Anak Pasti Suka!

Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak. Jom kita cuba resipi-resipi ni! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga..
COKODOK PISANG
BAHAN-BAHAN
- 5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
- 2 sudu makan marjerin
- 5 sudu makan gula pasir
- 1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
- Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
- Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
- Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
- Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi.
- Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
- Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
- Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri (jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
APAM PISANG GEBU
BAHAN-BAHAN
- 8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan
- 4 biji telur A
- 1 cawan gula
- 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- Secubit garam (optional)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kukusan.
- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
- Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati.
- Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata secara kaup balik.
- Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil2.(Sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu)
- Kukus dengan api sederhana selama 15 minit. (Jika gunakan loyang besar masa mengukus adalah 40 – 45 minit).
INFO:
- Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
- Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka.
- Jika guna acuan kecil-kecil, masa mengukus 15 minit sudah memadai.
Kredit resipi & foto: Lyza Sweetnely
BINGKA PISANG
BAHAN-BAHAN (loyang 8 inci)
- 1 sisir pisang masak (10 – 13 biji) – di lenyek kasar
- 1 cawan tepung gandum*
- 3/4 cawan gula pasir*
- 1 cawan santan*
- 1 cawan susu sejat/cair*
- 1 biji telur*
- 2 sudu besar butter*-cairkan dulu, biarkan suam
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
- Kisar semua bahan*
- Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
- Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
- Bakar 180C selama 1 jam atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
- Sejukkan kemudian baru di potong. Nak lagi sedap boleh masukkan dalam peti ais.
Kredit resipi & foto: Yatie
LEMPENG PISANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg pisang Abu | lenyekkan
- 300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
- 250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
- 5 sudu makan gula kabung
- Sedikit garam halus
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
- Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
- Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
- Enak dihidangkan panas-panas.
BANANA FILLED FRENCH TOAST
BAHAN-BAHAN
- Roti Bata
- Nutella / Peanut Butter Lady’s Choice
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu kotak
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji pisang (dihiris bulat)
- Butter
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
- Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket ditengah. Sapu nutella dibahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang didalam poket.
- Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit butter. Biarkan masak kekuning-kuningan.
- Sudah boleh dihidangkan (boleh ditabur dengan gula icing)
Kredit resipi: Aimi Muhamad
BANOFEE PIE
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
- 2 biji pisang ranum | dihiris
- Hirisan coklat secukupnya
- 200gm krim putar
BAHAN KERAK:
- 200gm biskut digestive
- 50gm mentega
- 80gm gula
- 50gm serbuk badam
BAHAN KRIM:
- 2 biji kuning telur
- 45gm gula kastor
- 25gm tepung kastad | boleh ganti tepung jagung
- 50gm dairy heavy cream
- 200gm susu segar
CARA PENYEDIAAN
- Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
- Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
- Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
- Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
- Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
- Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat.
- Sedia untuk dinikmati.
Roti Kukus Sosej Cheese, Hidangan Untuk Seisi Keluarga

Anak-anak pasti suka jika disediakan roti kukus sosej untuk hidangan minum petang. Ditambah pula dengan cheese, lagi berselera dibuatnya. Boleh sediakan menu ini untuk hidangan minum petang.
RESIPI ROTI KUKUS SOSEJ CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- Roti
- Sosej
- Cheddar cheese
- Mayonis
- Sos cili (boleh tambah kalau nak)
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus sosej dan toskan.
2. Ambil roti, belah tengah dan sapukan mayonis di dalam. (Kalau suka sos, boleh sapu sekali atau letak lepas masak)
3. Sumbatkan sosej tadi pada bahagian tengah.
4. Kerat kepingan cheese menjadi beberapa bahagian.
5. Lapiskan kepingan cheese di atas sosej.
6. Panaskan air dalam periuk, kukus sehingga mendidih.
7. Susun roti di atas periuk dan pastikan air betul-betul menggelegak dan periuk berwap.
8. Tutup tudung periuk dan kecilkan api.
9. Kukus selama 2 minit (maksimum) atau sehingga cheese cair, roti panas dan lembut.
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Sumber: Asmawaty N Sofian via Sirap Limau
Artikel menarik yang boleh dibaca:
Resipi yang boleh dicuba:
Resipi Berasaskan Epal, Boleh Cuba Empat Resipi Ini

Resipi berasaskan epal, pengemar epal boleh cuba empar resipi ini. Dah masuk minggu kedua, idea pun mula kering, apa lagi nak masak untuk keluarga. Ada mak-mak yang pada bulan puasa inilah nak cuba macam-macam resipi baru supaya anak-anak rasa teruja nak puasa.
Kalau anak-anak suka buah epal, boleh cuba resipi-resipi yang berasaskan buah epal. Jangan ingat epal hanya sesuai untuk buat jus atau salad saja. Macam-macam lagi boleh buat dengan buah epal. Selamat mencuba!
AYAM SOS EPAL
BAHAN-BAHAN AYAM SOS EPAL:
2 ketul ayam bahagian dada (potong kecil)
1 biji telur
5 sudu makan tepung jagung
Lada hitam – boleh beli online di sini
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
BAHAN UNTUK SOS EPAL:
1 kiub pati ayam – boleh beli online di sini
1 ½ cawan air
¼ cawan jus lemon
2 sudu makan gula – boleh beli online di sini
1 sudu makan madu
1 biji epal (potong kiub kecil)
1/2 biji lemon (Parut kulit)
CARA MEMASAK AYAM SOS EPAL:
- Mula-mula, gaul sebati ayam, garam, lada hitam dan telur.
- Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
- Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Untuk menyediakan sos epal; Satukan air, pati ayam, jus lemon, gula dan madu. Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan epal dan parutan kulit lemon dan masak hingga sos likat.
- Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi. Taburkan bijan dan gaul sekata.
- Sedia untuk dihidangkan.
APPLE ALMOND MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
250 gram tepung naik sendiri
100 gram gula kastor – boleh beli online di sini
60 gram mentega – boleh beli online di sini
225ml susu segar
1 biji epal dipotong dadu kecil (lebihkan epal jika suka)
Kepingan badam untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan tepung diselang-selikan dengan susu segar.
- Gaul sebati dan masukkan potongan epal ke dalam adunan.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin.
- Taburkan kepingan badam di atasnya.
- Bakar dengan suhu 200˚C hingga perang keemasan. Panaskan oven sekurang-kurangnya 10 minit dahulu sebelum dibakar untuk memastikan suhu oven sekata dan muffin naik kembang dengan baik.
- Keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.
BROWNIES EPAL
BAHAN-BAHAN:
2 biji epal dipotong kiub
250 gram mentega – boleh beli online di sini
200 gram gula perang – boleh beli online di sini
250 gram gula kastor – boleh beli online di sini
250 gram tepung Red Rose
5 biji telur
2 sudu teh serbuk penaik
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula perang hingga kembang.
- Masukkan satu persatu telur sambil memukul adunan.
- Satukan tepung dan serbuk penaik, masukkan ke dalam adunan gaul sebati.
- Masukkan potongan epal ke dalam adunan dan tuang ke dalam loyang bersaiz 8cm x 8cm. Jika ingin mendapatkan lapisan yang sedikit nipis gunakan loyang 12cm x 12cm.
- Bakar dengan suhu 180˚C selama 35-40 minit.
- Angkat dan sejukkan di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.
APPLE SLICE FRITTER
BAHAN-BAHAN:
4 biji epal (potong dan buang tengahnya)
100 gram tepung gandum – boleh beli online di sini
1 biji telur
150ml susu segar
Secubit garam – boleh beli online di sini
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis – boleh beli online di sini
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Satukan telur, susu segar, garam dan serbuk kulit kayu manis. Pukul sebati.
- Masukkan tepung dan gaul sebati hingga rata.
- Celupkan kepingan epal ke dalam adunan secara rata.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kepingan epal yang telah disalut tadi hingga berwarna perang keemasan dan garing.
- Angkat toskan minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia untuk dihidangkan panas-panas.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sedap! Buat Sendiri Homemade Onion Cheese Paratha Ala Hot n Roll
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official