Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang, pastinya anda tercari-cari aneka hidangan yang sesuai disajikan buat tetamu yang datang beraya.Salah satu yang boleh dihasilkan ialah aneka puding sedap dan mudah ni.Comel sangat bila anda hasilkan dalam bekas-bekas kecil dan susun diatas meja.  Jom cuba. Pasti puas hati.

 

 1. PANNA COTTA BUAH MARKISA DENGAN PURI MANGGA

Koleksi Resipi Puding Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN:

  • 600ml krim putar
  • 375ml susu segar
  • 185ml isi buah markisa (jika tidak mahu biji, boleh ditapis)
  • 115gm gula kastor
  • 1 sudu makan air panas mendidih
  • 3 sudu teh serbuk gelatin
  • 2 biji mangga bersaiz sederhana
  • 1 sudu teh perahan limau nipis
  • 3 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

  1. Satukan krim putar, susu segar, isi buah markisa dan gula kastor di dalam periuk, masak di atas api sederhana selama 15 minit sambil selalu dikacau (elakkan daripada mendidih). Setelah adunan panas, matikan api dan ketepikan.
  2. Masukkan air panas ke dalam gelas dan campurkan serbuk gelatin. Kacau menggunakan garpu hingga gelatin larut.
  3. Masukkan air gelatin ke dalam adunan susu tadi dan kacau sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang bersesuaian. Simpan di dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 6 jam untuk panna cotta mengeras.
  5. Untuk puri mangga, masukkan isi mangga ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga menjadi puri.
  6. Masak puri bersama perahan limau nipis dan 3 sudu makan gula hingga gula larut. Ketepikan.
  7. Apabila panna cotta sudah keras, paipkan puri mangga di atasnya dan sedia untuk dihidang.

 

2. PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN

Koleksi Resipi Puding Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN A (PUDING):

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • ½ cawan air kelapa
  • 5 sudu makan isi buah kundang
  • 5 sudu makan isi buah oren
  • 100gm chia seed
  • 1 sudu makan madu
  • 5 sudu makan gula

BAHAN B (TOPPING):

  • 50gm isi buah kundang | potong kasar
  • 50gm isi buah oren | potong kasar
  • 3 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
  2. Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  3. Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
  4. Untuk menghidang, letakkan topping di atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.

 

3. PUDING AISKRIM OREO

Koleksi Resipi Puding Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN :

  • 8gm serbuk agar-agar
  • 100gm gula
  • 500gm air
  • 250gm krim putar
  • 200gm susu segar
  • 4 sudu makan aiskrim vanila
  • 200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut

CARA MEMASAK :

  1. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
  2. Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
  3. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
  4. Keluarkan dan sedia dinikmati.

 

IKLAN

4. PUDING MANGGA KEJU

Koleksi Resipi Puding Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm krim keju | suhu bilik
  • 60gm gula kastor
  • 140gm yogurt
  • 150gm krim putar
  • 1 ½ sudu makan gelatin
  • 125gm air sejuk
  • 2 biji mangga |potong dadu
  • 250gm puri mangga (mango filling)

CARA MEMASAK:

  1. Taburkan gelatin di dalam air sejuk. Biarkan kembang selama 10 minit. Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sehingga cair.
  2. Putar krim keju dan gula kastor menggunakan mesin pengadun sehingga adunan licin dan tidak berketul. Masukkan yogurt dan krim putar.
  3. Masukkan mangga yang telah dipotong dadu dan kacau perlahan menggunakan spatula atau senduk. Tambahkan larutan gelatin dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan.
  4. Tuang puri mangga di atas puding sebagai hiasan dan penambah rasa.

INFO CHEF : Puri mangga boleh dibeli di kedai menjual keperluan bakeri atau dibuat dengan mengisar buah mangga & dimasak seketika di atas api. Tambah gula sedikit dan tepung jagung untuk memekatkannya.

 

5. FLAN MEXICANO

Koleksi Resipi Puding Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm susu pekat |anggaran dalam ¾ tin
  • 400gm susu cair | anggaran dalam 1 tin
  • 6 biji telur
  • 225gm krim keju
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100gm gula kasar
  • 2 sudu makan air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Ketepikan.
  2. Satukan gula kasar dan air di dalam kuali tebal. Masak menggunakan api yang besar sehingga semua gula cair. Kecilkan api dan biarkan menggelegak dan larutan karamel berwarna perang terhasil. Tutup api dan tuangkan karamel ke dalam loyang. Ketepikan.
  3. Krim keju, susu pekat dan susu cair dimasukkan ke dalam blender (pengisar makanan) dan kisar sehingga sebati.
  4. Telur dan esen vanila dipukul perlahan sekadar sebati. Campurkan dengan adunan krim keju. Tapiskan ke dalam loyang yang berisi karamel.
  5. Bakar adunan menggunakan teknik ‘water-bath’ selama 1 jam.
  6. Sejukkan puding di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam sebelum dikeluarkan dari loyang.
  7. Keluarkan dan sedia dinikmati.

 

IKLAN

6. PUDING PISANG COKLAT

Koleksi Resipi Puding Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN:

UNTUK MEMBUAT LAPISAN PUDING COKLAT:

  • 500gm susu segar
  • 80gm gula halus
  • 25gm mentega
  • 120gm coklat hitam | dipotong kecil
  • 25gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit susu

UNTUK MEMBUAT LAPISAN KASTARD PISANG

  • 5 biji pisang emas | kupas dan potong kecil
  • 200gm gula
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 500gm susu segar
  • 4 biji kuning telur
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh esen perasa pisang

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat lapisan puding coklat; masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Perlahankan api dan masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga licin dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan. Ketepikan.
  2. Untuk membuat lapisan kastard pisang; kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, dan esen pisang dikacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
  3. Panaskan susu segar dan gula di atas api sehingga menggelegak sedikit di bahagian tepinya. Tuangkan separuh adunan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau laju bagi mengelakkan telur masak. Kembalikan semua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan agak likat.
  4. Tutupkan api dan masukkan mentega serta pisang. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tuangkan ke atas lapisan puding coklat yang telah disejukkan.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan.
  6. Boleh hiaskan dengan sedikit krim putar, hirisan pisang dan strawberi di atasnya untuk lebih menarik.

 

7. RESIPI PUDING COKLAT HERSHEY’S

Koleksi Resipi Puding Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm gula
  • 400ml susu penuh krim
  • 30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar
  • 1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
  • ½ sudu makan coklat Hershey’s

UNTUK HIASAN:

IKLAN
  • Sedikit krim putar
  • Sedikit kepingan coklat

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
  2. Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
  3. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  5. Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
  6. Sedia dinikmati ketika sejuk.

 

8. PUDING BLUEBERI

Koleksi Resipi Puding Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN-BAHAN:

  • 5gm serbuk agar-agar
  • 2 ½ cawan air
  • 4 sudu makan gula
  • 200ml susu cair/ susu segar
  • 300gm buah blueberi

UNTUK HIASAN:

  • Sedikit krim putar
  • Sedikit buah blueberi
  • Sedikit daun pudina

CARA MEMASAK:

  1. Kisarkan buah blueberi bersama susu dan tapiskan.
  2. Satukan gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk berisi air sehingga mendidih.
  3. Masukkan susu cair dan buah blueberi yang telah dikisar dan ditapis.
  4. Kacau rata dan tuangkan ke dalam bekas kaca kecil. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
  5. Keluarkan dan hiaskan dengan sedikit krim putar, buah blueberi dan daun pudina untuk lebih menarik.
  6. sedia dinikmati.

 

9. PUDING FRUITS DELIGHT

Koleksi Resipi Puding Sedap & Mudah Untuk Hari Raya Aidiladha.

BAHAN A:

  • 15gm serbuk agar-agar
  • 600ml air
  • 150gm gula
  • 2 biji putih telur

BAHAN B:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 600ml air
  • 120gm gula

UNTUK HIASAN:

  • Sedikit buah strawberi dipotong nipis
  •  Sedikit buah blueberi, pic atau buah-buahan lain

CARA MEMASAK:

  1. Atur hirisan buah strawberi di sekeliling bekas atau acuan plastik bersegi. Ketepikan.
  2. Masak bahan A sehingga mendidih kecuali putih telur. Ketepikan seketika dan biarkan suam.
  3. Putar putih telur sehingga kembang. Masukkan adunan agar-agar tadi sedikit demi sedikit sambil diputar dengan kelajuan sederhana.
  4. Tuang agar-agar putih telur ke dalam bekas atau acuan sehingga paras hirisan strawberi. Biarkan beku.
  5. Susun buah-buahan yang anda sukai di atas permukaan lapisan yang telah beku tadi.
  6. Masak bahan B hingga mendidih, biarkan suam dan tuang ke atas buah-buahan sehingga penuh.
  7. Sejukkan terlebih dahulu dan enak dinikmati ketika sejuk.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI