Sajian berlemak serta bersantan semestinya antara masakan kegemaran rakyat Malaysia. Macam-macam hidangan boleh disediakan. Terasa puas bila menikmatinya. Tapi kurang bagus untuk kesihatan jika dimakan selalu. Oleh itu, bagi yang memang gilakan lauk ni, RASA kongsikan beberapa resipi masak lemak tapi dalam versi yang kurang santan dan sedap. Anda boleh cuba sendiri di rumah.
1. AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam – potong kecil
2 biji ubi kentang – potong dadu
500ml susu rendah lemak atau susu sejat
10 biji cili padi hijau
4cm kunyit hidup
1 batang serai – ketuk
1 sudu makan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili padi dan kunyit hidup dikisar halus dengan sedikit garam. Ketepikan.
Sediakan sebuah periuk, masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dua sudu makan air dan didihkan hingga cili masak.
Setelah itu, masukkan ayam, separuh daripada susu, serai dan ubi kentang yang dipotong dadu. Didihkan hingga semua bahan empuk.
Masukkan separuh lagi susu, garam dan gula secukup rasa. Didihkan seminit dua lagi.
Kemudian angkat dan sedia dihidangkan.
2. AYAM PERCIK BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam – bahagian paha
250ml susu rendah lemak
1/2 sudu teh air asam jawa
3 biji merah
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2cm halia muda
1 batang serai – ketuk
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak sayur untuk menggoreng
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan lumur dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah lalu bakar di atas pemanggang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Bawang merah, bawang putih dan cili merah dikisar halus. Halia pula dimayang halus. Ketepikan.
Panaskan sesudu makan minyak sayur, tumis bahan-bahan kisar, serai dan halia hingga naik bau. Jika terlalu kering, tambah sedikit air atau stok rebusan ayam/sayur.
Masukkan susu, air asam jawa, garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Didihkan seketika hingga semua bahan sebati. Bila kuah keliahtan hampir pekat, tuang ke atas ayam bakar dan sedia untuk dihidangkan.
Ads
3. GULAI KUNING IKAN DAN TERUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan merah
3 biji terung bulat – potong dua atau empat
400ml santan kotak rendah lemak – campurkan 150ml air
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3cm kunyit hidup
1 batang serai – ketuk
3 keping asam keping/gelugur
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan dan serai. Didihkan hingga cili masak.
Masukkan ikan, terung dan asam keping. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati dan masak.
Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
4. KETAM LEMAK NANAS
Ads
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ketam – bersihkan dan potong dua
½ biji nenas – potong kecil
1/2 tin susu sejat
3 biji cili merah – kisar
4 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 batang serai – titik
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji cili merah – hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan susu bersama bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan serai.
Masukkan ketam dan nanas. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan cili merah dan tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
5. LEMAK KUNING DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
Ads
400gm daging salai – hiris nipis
600ml santan kotak rendah kolesterol
10 biji cili padi – tumbuk lumat
5 biji bawang merah – tumbuk lumat
3 biji bawang putih – tumbuk lumat
1 batang serai – ketuk
2 keping asam gelugur
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit dan separuh santan di dalam periuk. Didihkan hingga cili masak.
Masukkan daging salai, asam gelugur dan separuh lagi santan. Didihkan hingga semua bahan sebati. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
6. PARI BAKAR BERKUAH PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1-2 ketul ikan pari
400ml susu sejat atau rendah lemak
10 biji cili padi
5 biji bawang merah – tumbuk halus
3 biji bawang putih – tumbuk halus
3cm cekur – tumbuk halus
1 batang serai – ketuk
2 helai daun limau purut}siat
5 keping asam aur-aur (boleh ganti dengan 2 keping asam gelugur)
Minyak zaitun untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ikan pari di tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Bakar hingga masak. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan 3 sudu makan minyak zaitun. Tumis bahan-bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
Tuang susu, tambah daun limau purut dan asam aur-aur. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan pari bakar ke dalam kuah dan masak seketika hingga kuah meresap pada ikan.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
1. Semua bahan tumis tadi, kecuali asam keping dan jantung pisang, ditumbuk halus. Panaskan minyak, tumis hingga naik bau. 2. Bila bahan tumisan kita dah garing elok, masukkan asam keping dan 1 cawan air. Biarkan semua bahan tadi bercampur mesra. 3. Masukkan jantung pisang yang kita dah hiris tadi.
Dapatkan Angie Jewels Crossly Shell Pearl Necklace & Bracelet Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
4. Biarkan dia mereneh. Saya suka dia sedikit kering. Jadi saya biarkan dengan api kecil dan kerap kacau-kacaukan. 5. Bila jantung dah lembut, perasakan dengan garam secukupnya. Dah siap, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
ASAM PEDAS AYAM NYONYA STYLE
BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam 1 biji bawang merah** 3 ulas bawang putih** ½ inci halia** – beli online di sini 10 tangkai cili kering** – beli online di sini 2 sudu besar serbuk kari ikan – beli online di sini Belacan sebesar guli** Asam jawa sebesar bola pinpong Terung Tomato Daun limau purut (Bahan bertanda ** kisar halus. Cili kering tu saya rebus kejap bagi lembut barulah kisar)
1. Tumiskan bahan kisar dengan serbuk kari ikan. Kenapa guna kari ikan? Sebab kari ikan lebih kuat bahan rempahnya berbanding serbuk kari ayam. Tapi kalau awak nak guna serbuk kari ayam pun tak salah. Tumiskan sampai pecah minyak ya. Guna api kecil saja tau.
2. Bila bahan tumisan kita elok garing dan pecah minyak bolehlah masukkan ayam yang telah dicuci bersih dan daun limau purut. Kacau rata, renehkan 10 minit. 3. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendidih sampai ayam kita empuk elok. Saya guna api kecil dan tutupkan periuk. 4. Bila ayam dah masak masukkan terung dan tomato. Kacau rata, biarkan mereneh lagi sampai terung kita lembut. Perasakan dengan garam. Matikan api.
KANGKUNG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 ikat kangkung 2 keping ikan masin 1 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 sudu besar sos tiram Cili api Cili merah
1. Mula-mula kita gorengkan ikan masin. Saya guna ikan tenggiri jeruk, boleh beli di pasaraya ye. 2. Bila ikan masin kita dah masak dan lerai dari tulang, masukkan semua bahan kecuali kangkung. Tulang ikan tu buang la ye.
Dapatkan Restore Air Mist Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
3. Masukkan ¼ cawan air bila bawang semua dah layu. Biarkan mendidih ya. 4. Masukkan kangkung yang telah kita cuci bersih. Saya tak bubuh dah garam. Semua dah cukup rasa. Gaul sekata. Dah siap.
GULAI IKAN MASIN NENAS TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
Ikan masin Nenas ½ kotak santan
BAHAN A:
1 biji bawang merah** 3 ulas bawang putih** 1 peket kecil serbuk kari ikan
BAHAN B:
1 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 sudu teh halba campur Cili kering Daun Kari (Bahan bertanda ** kisar halus)
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MASAK:
1. Dalam periuk, bubuh bahan yang telah kita kisar dengan 1 peket kecil serbuk kari. Bubuh air ¼ cawan. Biarkan api kecil, sesekali kacau-kacaukan. Kita nak rempah kita ni masak. Tak bubuh minyak tau. Biarkan lebih kurang 3 minit. 2. Masukkan nenas dan ikan masin pilihan sendiri. Ini saya guna ikan duri. Masukkan air lebih kurang 1 ½ cawan. Biarkan dia mereneh. Saya tak rebus asing tau nenas tu. Sebab nak rasa masam manis dari nenas. Biarkan sampai nenas layu. 3. Masukkan ½ kotak santan. Kalau suka banyak kuah boleh tambah air lagi tau. Masa ni kalau nak perasakan garam boleh la bubuh. Tapi saya tak bubuh pun. Dah sedang helok dah rasa gulai ni. 4. Dalam kuali lain, tumiskan bawang merah, bawang putih yang dimayang. Masukkan cili kering, halba campur dan daun kari. Tumiskan sampai naik bau wangi dan bawang kita layu. 5. Masukkan dalam periuk berisi kuah gulai kita tadi. Kacaukan supaya semua rata. Matikan api. 6. Akhir sekali, saya masukkan cili api, cili hijau dan cili merah. Ini optional saja. Boleh je kalau tak nak masukkan. Dah siap.
DAGING MASAK HITAM SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
500 g daging 2 biji bawang merah** 4 ulas bawang putih** 1 inci halia** 2 batang serai** Asam jawa (saiz setengah bola pingpong) 3 sudu besar cili kisar 2 sudu besar kerisik ¾ cawan kicap Daun limau purut (Kisarkan bahan bertanda **)
Dapatkan British Polo Amira Handbag Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MASAK:
1. Tumiskan bahan kisar dan pes cili. Pes cili tu kalau boleh buat sendiri tau. Baru sedap, kadang yang kat kedai tu masam la, pahit la kadang tu tengik pun ada. 2. Bila elok bahan kisar kita pecah minyak, masukkan kerisik dan air asam jawa. Kalau tak bubuh kerisik pun takpe, tapi kalau bubuh padu wei. Rasa dia manis kelapa tu. Lepas tu dia ada rasa lemak. 3. Masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu. Masukkan juga kicap manis pilihan. 4. Masukkan daun limau purut. Ini wajib bubuh tau. Barulah daging hitam wangi. Biarkan lauk mereneh. Matikan api. Dah siap.
SUP DARAT
BAHAN A:
Ayam | dipotong kecil-kecil 1 batang saderi 1 biji kentang | dibelah 4 1 batang serai 2 ulas bawang putih | diketuk ½ inci halia | diketuk Cili api | diketuk
BAHAN B:
Daun sup | dihiris Cili merah | dihiris 1 biji bawang merah | ditumbuk Limau nipis | dipotong 2 Bawang goreng
Dapatkan La Gourmet Macaron Collection 1.5L Glass Blender Mint Green dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MASAK:
1. Dalam periuk, masukkan semua bahan A. Rahsia sup ni tambah sedap ialah gunakan ayam yang segar. 2. Bubuh air secukupnya, rebus sampai ayam dan kentang empuk. Sambil tu, siapkan bahan kedua pula. Bila dah semua bahan empuk perasakan dengan garam. 3. Masukkan bahan B semua bila ayam dan kentang kita dah empuk. Tak perlu tunggu mendidih. Lepas masukkan bahan ni, terus matikan api. Dah siap.
BENDI GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
20 batang bendi ½ biji bawang merah* 2 ulas bawang putih* 1 biji tomato* 3 biji cili api* Sedikit belacan* 1 cawan udang kertas
CARA MASAK:
1. Kisar bahan yang bertanda *. Belacan tu ejaslah ikut kegemaran ye. Nak bubuh banyak atas sikit. Terpulang. Tumiskan sampai bahan kita ni garing. 2. Bila semua bahan dah garing, masukkan udang kertas. Udang kertas ni ada orang panggil udang putih. Ikutlah mana-mana kan. Saya bubuh secawan udang kertas. Terpulang pada awak nak bubuh berapa banyak. Gaulkan semua sampai udang masak helok. 3. Masukkan bendi yang telah dicuci dan dipotong serong. Kacau-kacaukan sebati ya. Saya tak bubuh air langsung tau. 4. Tadaaaa dah siap pun lauk kita hari ni. Bendi belacan udang bersepah siap.
SAMBAL BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
3 papan petai Segenggam cili kering 1 biji bawang merah 1 ulas bawang putih Segenggam bilis 1 keping asam keping
CARA MASAK:
1. Mula-mula basuh bilis dan gorengkan sehingga garing. Tapi api kecil saja tau, elok rangup bilis tu nanti. 2. Baki minyak tadi, tumiskan bawang merah + bawang putih + cili kering yang dikisar halus. Minyak banyak tak apa, nanti kita buang bila dah siap. Minyak banyak mudah sambal kita masak rata. 3. Masukkan sekeping asam keping. Masukkan air ¼ cawan biarkan mereneh dan pecah minyak kembali. Ulang proses ni 2 atau 3 kali untuk sambal yang cantik warna dan tahan lebih lama. 4. Petai tadi tu basuh bersih dan hiriskan. Ketepikan. Kemudian, bila sambal elok pecah minyak, masukkan petai, perasakan dengan garam dan gula ikut selera. 5. Gaulkan sebati, tutup api dapur. Tonggekkan sikit kuali biar minyak dia terkumpul di tepi. Nanti minyak tu kita buang tau. 6. Bila sambal dah suam elok, bubuh bilis tadi. Dah siap.
AYAM MASAK MERAH KENDURI
BAHAN-BAHAN:
Ayam | dipotong & digoreng terlebih dahulu 2 biji bawang merah* 2 ulas bawang putih* 1 inci halia* 4 sudu besar cili kisar 1 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos tiram ½ cawan sos cili ½ cawan air 2 sudu besar minyak sapi 1 biji bawang holland | dihiris membulat 1 tin kecil kacang peas
CARA MASAK:
1. Kisarkan bahan bertanda *. Kemudian, panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. 2. Bila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili dan air. Biarkan mereneh dengan api kecil. 3. Bila sambal dah mula memekat, masukkan ayam yang dah digoreng. Masukkan juga minyak sapi. Kalau nak tahu minyak sapi ni yang buat ayam masak merah kita berbau harum dan rasa lemak. Warna sambal juga lebih cantik berkilat. 4. Masukkan kacang peas yang ditoskan terlebih dahulu dan bawang holland. Kacau dan gaul sekata. Dah siap.
PUCUK UBI GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk ubi 20 tangkai cili kering* 1 biji bawang merah* 2 ulas bawang putih* ½ inci halia* 2 batang serai* Segenggam bilis* Asam keping
CARA MASAK:
1. Bahan bertanda * dicincang halus. Saya gunakan chopper je. Kalau tak ada chopper bolehlah tumbuk kasar. Asam keping tu hiris halus dulu. Cili kering tu sebelum kita cincang rendam dengan air panas bagi lembut dulu. 2. Cuci bersih pucuk ubi, toskan sehingga kering. Gorengkan dalam minyak yang banyak sedikit demi sedikit. Gorengkan sehingga daun bertukar jadi hijau tua. 3. Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar kasar tadi. Tumiskan sampai sambal garing. Saya tak masukkan sedikit pun air tau. Gunakan api kecil supaya tak hangus. 4. Perasakan dengan garam dan gula. Gorengkan lagi sampai betul-betul garing. Sampai dia bertukar warna sedikit gelap. Matikan api biarkan sambal ni suam. Jangan lupa toskan minyak dari sambal. 5. Bila dah suam, masukkan pucuk ubi yang digoreng tadi. Minyak tadi kita buang tau. Gaulkan semua sebati. Toskan lagi, bila sejuk bolehlah di simpan di dalam botol. Dah siap
Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Jika ditanya, mana lebih berbaloi antara buat sendiri dengan yang dibeli, buat sendiri ni memberi banyak manfaat. Walaupun sekilo udang bila dikeringkan hanya akan tinggal berat dalam 200gm, tapi jika dibeli, 200gm pun harganya sudah RM20. Udang basah ini sekilo harganya baru RM8. Jimat banyak!
Malah ada satu lagi yang membuatkan ia berbaloi untuk dibuat adalah dari segi pemprosesannya. Bila buat sendiri, peralatan dan tempat jemuran tentunya diyakini bersih. Tiada haiwan berkeliran serta pastinya dijaga dengan rapi dari hurungan lalat serta serangga. Barulah tidak rasa was-was untuk menikmatinya.
Menerusi perkongsian di fb oleh saudari Faizah Husain, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Kalau susah nak jemur panas, keringkan guna ketuhar je. Memang senang. Boleh sangat kalau nak cuba.
1.Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood/makanan laut.
2. Udang yang sudah siap dibasuh.
3. Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.
4. Masukkan sesudu garam kasar. Garam ini bertujuan supaya udang tidak busuk.
5. Rebus hingga air udang kering. Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.
6. Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung, keringkan udang dalam oven. Untuk suhu dan masanya, boleh cuba guna suhu 150C selama 20 minit.
7. Bila udang sudah kering dengan sempurna, masukkan dalam plastik. Lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di meja. Keluarkan isi udang dari dalam plastik.
8. Inilah hasil udang kering buat sendiri. Udang ini sudah bersih jadi boleh terus dimakan atau dimasukkan dalam masakan.
Masakan berasaskan taucu memang sedap kalau kena caranya. Boleh cuba menu ayam kukus masak taucu pedas. Kukus ayam tanpa campur air, selepas kukus penuh juice ayam dalam dulang.Masakan tradisi orang teochew. Menu ini tak guna garam sebab dah guna kicap cair dan pati ayam. Tapi kalau nak letak pun tak apa.
AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS
Bahan-bahan: 6 ketul bahagian paha ayam, bersihkan dan potong kecil 1 biji bawang Holland- dicincang 1 labu bawang putih-dicincang 6 cili merah-dicincang (nak pedas boleh gunakan cili api) 1 sudu besar taucu tamin 1 sudu besar gula perang ganti gula putih 4 sudu besar kicap cair 1 sudu besar minyak bijan 1 sudu besar sos tiram 2 sudu kecil serbuk pati ayam Sedikit lada sulah (resipi ni tak guna garam sebab dah guna kicap cair) Kalau yang nak masin boleh letak garam secukup rasa 1 batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam dah nak masak dalam 30 minit dan kacaukan sekejap dan kukus balik 10 minit.
Cara membuat:
1.Gaulkan semuanya dan masukkan dalam mangkuk atau dulang 2.Kukus dalam 40 minit. 3.Dah siap boleh hidangkan. Kredit: Mary Teo Lee Na
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Lasagna klasik Itali ialah hidangan pasta berlapis yang kaya dengan sos daging, béchamel dan keju. Ketahui sejarah, keistimewaan dan cara penyediaannya di sini.