Satu ketika dulu cup cake  atau kek cawan begitu viral dan menjadi kegilaan umum kerana comel dan cantik hiasannya.  Sebab tu rambang mata bila melihat kreativiti hiasan  topping dan pelbagai jenis bentuk dan warna. Sungguh menggoda selera dan memang sesuai sebagai pemanis mulut atau dijadikan sebagai buah tangan  bila ziarah sanak saudara mahupun handai taulan.

Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik.

KEK CAWAN MENTEGA  BERKRIM OREN

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 250gm mentega
  • 225 gram gula kastor

BAHAN DIAYAK SEKALI:

  • 250gm tepung naik sendiri
  • 1sudu teh serbuk penaik
  • Secubit serbuk kulit kayu manis
  • Secubit garam halus

BAHAN KRIM MENTEGA OREN

  • 250gm shortening
  • 125gm krim Well
  • 125gm gula aising
  • 1 sudu teh perasa oren

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 selama 15 minit sebelum membakar kek
  2. Putar mentega sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan gula. Putar lagi sehingga halus.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan sebati pada setiap kali telur dimasukkan.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
  5. Bakar di dalam ketuhar selama 20 – 35 minit.
  6. Sementara itu sediakan krim mentega oren.
  7. Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang
  8. Masukkan gula aising ke dalam adunan dan perasa oren. Pukul sehingga kembang dan putih
  9. Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi

Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik.

KEK CAWAN VANILLA  COKLAT GANACHE

BAHAN-BAHAN:

  • 320gm tepung naik sendiri
  • 17gm soda bikarbonat
  • 3gm garam
  • 120gm mentega
  • 4biji telur putih
  • 305gm susu penuh
  • 11gm mentega
  • 280gm gula halus
  • 1sudu teh esen vanilla
  • Buah ceri untuk hiasan

BAHAN  KRIM MENTEGA:

  • 250gm shortening
  • 125gram krimwell
  • 125 gm gula aising

BAHAN CHOCOLATE GANACHE

  • 20gm krim segar
  • 200gm coklat masak | dipotong dadu kecil

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
  2. Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul mentega bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau hingga adunan sebati.
  5. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan.
  7. Sementara itu sediakan krim mentega.
  8. Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang. Masukkan gula aising ke dalam adunan. Pukul sehingga kembang dan putih
  9. Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi.
  10. Untuk chocolate ganache, Panaskan krim segar, bila kelihatan mahu mendidih tutup api.
  11. Masukkan coklat dan kacau sehingga cair.
  12. Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda.
  13. Paip dengan cantik di atas krim atas kek cawan  tadi, kemudian hias di atasnya dengan buah ceri.
  14. Kek cawan sedia dihidangkan.

Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik.

KEK CAWAN  PISANG  WALNUT  BERKRIM KEJU

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

  • 4 biji putih telur
  • 50gm gula perang

BAHAN B:

  • 4 biji kuning telur
  • 250gm mentega
  • 250gm gula perang
  • 2 cawan krim keju
  • 2 cawan tepung kek
  • 1 cawan walnut | cincang halus
  • 1/2 cawan susu segar
  • 4 sudu besar koko
  • 1 sudu teh pes coklat
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN  KRIM KEJU

IKLAN
  • 500gm krim keju
  • 250gm mentega
  • 1 3/4  gula aising
  • 1/2 cawan krim putar  | dipukul berasingan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
  2. Putar mentega dengan gula dan esen vanilla hingga kembang dan gebu.
  3. Sambil terus memutar, Masukkan telur satu per satu diikuti dengan susu segar.
  4. Kemudian masukkan koko, pes coklat dan keju. Putar sehingga sebati.
  5. Sambil memutar dengan kelajuan rendah, Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Kemudian putar dengan kelajuan sederhana hingga adunan sebati.
  6. Masukkan bahan A dan gaul sebati.
  7. Masukkan walnut dan gaul rata.
  8. Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
  9. Bakar ke dalam ketuhar selama 20 – 30 minit.
  10. Sementara itu sediakan krim keju. Masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
  11. Masukkan gula aising dan adun sehingga gula telah sebati.
  12. Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
  13. Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan.
  14. Paipkan di sekeliling permukaan kek cawan dan paipkan karemel di tengah-tengahnya.
  15. Kek cawan sedia dihidangkan.

Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik.

KEK CAWAN COKLAT MOIST  

BAHAN BAHAN:

  • 375gm tepung naik sendiri
  • 150gm serbuk koko
  • 10gmm soda
  • 462ml minyak
  • 350ml air panas
  • 1 tin susu cair
  • 3gm garam
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN COKLAT GANACHE

  • 200gm krim segar
  • 200gm coklat masak | potong kecil

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
  2. Dengan menggunakan mixer atau whisk, adunkan tepung, koko gula berserta soda yang telah diayak bersama tadi.
  3. Masukkan minyak ke dalam adunan dan diikuti dengan air panas dan garam.
  4. Masukkan susu cair dan telur satu persatu.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
  7. Bakar di dalam kretuhar pada suhu 160C selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan.
  8. Sementara itu, sediakan coklat
  9. Panaskan krim segar, apabila nampak hampir mendidih tutup api.
  10. Masukkan coklat dan kacau sehingga cair.
  11. Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.
  12. Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi dan taburkan atasnya butiran manik.

Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik.

KEK CAWAN COKLAT BELGIUM BERKRIM KEJU KAREMEL 

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega
  • 200gm gula
  • 150gm gula perang
  • 2 biji telur
  • 250gm tepung naik sendiri
  • 60gm serbuk koko
  • 6gm soda bikarbonat
  • 200gm air panas
  • 110gm susu segar

BAHAN  KRIM KEJU

  • 500gm krim keju
  • 250gm mentega
  • 1 3/4  gula aising
  • 1/2cawan krim putar  | dipukul berasingan

BAHAN SALTED CARAMEL 

  • 1 cawan gula
  • 90gm mentega
  • 1/2 cawan krim
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sebelum membakar kek.

  1. Ayak dua kali campuran tepung , serbuk koko dan soda bikarbonat.
  2. Putarkan mentega gula dan gula perang sehingga gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Masukkan tepung, dan putar lagi.
  5. Apabila sebati, masukkan air panas dan susu segar.
  6. Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan
  7. Bakar ke dalam ketuhar selama 20 – 30 minit.
  8. Sementara itu sediakan krim keju. Masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
  9. Masukkan gula aising dan adun lagi hingga sebati.
  10. Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
  11. Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan.
  12. Seterusnya sediakan salted caramel.
  13. Panaskan gula sehingga bertukar menjadi warna keperang perangan.
  14. Tambahkan krim dan garam.
  15. Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzel.
  16. Paipkan krim keju di atas kek cawan, kemudian hias dengan biji coklat di atasnya.
  17. Akhir sekali paipkan di atasnya dengan salted caramel.
  18. Sedia dihidangkan.

Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik.

IKLAN

KEK CAWAN KEJU  BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A

  • 2 biji putih telur
  • 25gm gula kastor

BAHAN B

  • 2 biji kuning telur
  • 250gm keju krim
  • 75gm gula kastor
  • 3 sudu tepung kastard
  • 1/2 cawan mayones
  • 150gm coklat hitam | cairkan
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C (LAPISAN BAWAH)

  • 200gm biskut coklat | hancurkan
  • 20gm gula castor
  • 75gm mentega cair

BAHAN  CREAM CHEESE FROSTING

  • 500gm krim keju
  • 250gm mentega
  • 1 3/4  gula aising
  • 1/2 cawan krim putar  | dipukul berasingan

 CARA MEMASAK:

  1. Putar bahan A hingga gebu dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan C di dalam bekas kek cawan. Tekan supaya padat dan rata. Ketepikan bila siap.
  3. Putar keju dengan gula dan mayones hingga gebu. Masukkan telur satu persatu sambal terus memutar.
  4. Diikuti dengan esen vanilla, coklat hitam dan tepung kastard. Putar hingga sebati
  5. Masukkan bahan A dan gaul sebati.
  6. Tuang adunan ke atas biskut di dalam bekas kek cawan tadi. Ratakan
  7. Letakkan bekas berisi adunan di dalam ketuhar. Bakar pada suhu 200 C selama 20 – 30minit.
  8. Sementara itu sediakan krim keju. Kemudian masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
  9. Masukkan gula aising dan adun sehingga gula telah sebati.
  10. Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
  11. Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.
  12. Paip dengan cantik di atas kek cawan dan sedia dihidangkan.

Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik.

KEK CAWAN PISANG KELAPA SARI 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 200gm mentega
  • 200gm gula perang
  • 300gm tepung gandum
  • 3 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 20gm kelapa parut | sanggai hingga kuning
  • 300gm pisang masak ranum
  • 50ml susu segar
  • 1sudu teh serbuk kulit kayu manis

BAHAN  KRIM MENTEGA:

  • 250gram shortening
  • 125gram krimwell
  • 125 gram gula aising
  • Pewarna merah jambu

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
  2. Ayak tepung dua kali bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  3. Lecek pisang hingga hancur dan campurkan dengan susu. Kemudian gaul sebati dan ketepikan.
  4. Putar mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati.
  5. Masukkan tepung berselang seli dengan adunan pisang bermula dengan tepung dan diakhiri dengan tepung. Gaul sebati.
  6. Masukkan kelapa dan serbuk kulit kayu manis dan gaul sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam bekas kek cawandan ratakan.
  8. Bakar di dalam ketuhar selama 20- 30 minit.
  9. Sementara itu sediakan krim mentega.
  10. Pukul shortening dan krim hingga putih dan kembang. Masukkan gula aising dan apewarna merah jambu ke dalam adunan. Pukul sehingga kembang dan putih
  11. Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle
  12. . Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi dan hidangkan

 Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik.

KEK CAWAN KELAPA HARUM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 250gm mentega
  • 250gm gula kastor halus
  • 150gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 150gmm kelapa parut | sanggai hingga kuning
  • 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh serbuk  buah pala

BAHAN KRIM MENTEGA

  • 250gram shortening
  • 125gram krimwell
  • 125 gram gula aising
  • Sedikit perasa strawberi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sebelum membakar kek.
  2. Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk penaik dua kali. Ketepikan.
  3. Putar mentega hingga lembut. Masukkan gula.
  4. Putar sehingga gebu dan Masukkan telur satu persatu.
  5. Apabila sebati, Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan kelapa. Gaul rata.
  6. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan serbuk pala. Gaul sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan.
  8. Bakar di dalam ketuhar selama 20 – 35 minit.
  9. Sementara itu sediakan krim mentega.
  10. Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang.
  11. Masukkan gula aising dan perasa strawberi ke dalam adunan.
  12. Putar sehingga kembang dan gebu.
  13. Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.
  14. Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi.
  15. Sedia dihidangkan.

 Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik.

KEK CAWAN MENTEGA  BERKRIM OREO

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 250gm mentega
  • 225 gram gula kastor

BAHAN DIAYAK SEKALI:

  • 250gm tepung naik sendiri
  • 1sudu the serbuk penaik
  • Secubit serbuk kulit kayu manis
  • Secubit garam halus

BAHAN KRIM MENTEGA OREO

  • 250gram shortening
  • 125gram krimwell
  • 125 gram gula aising
  • 1 paket biskut oreng | lima keping dihancurkan, selebihnya untuk hiasan,

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 selama 15 minit sebelum membakar kek.
  2. Putar mentega sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan gula. Putar lagi sehingga halus.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan sebati pada setiap kali telur dimasukkan.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
  5. Bakar di dalam ketuhar selama 20 – 35 minit.
  6. Sementara itu sediakan krim mentega oren.
  7. Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang gebu.
  8. Masukkan gula aising ke dalam adunan. Pukul sehingga kembang dan masukkan oreo yang dihancurkan tadi. Gaul rata
  9. Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda.
  10. Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi dan hias di atasnya dengan kepingan oreo.

Koleksi 10 Jenis Cup Cake Yang Sedap & Cantik.

KEK CAWAN COKLAT BELGIUM BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega
  • 200gm gula
  • 150gm gula perang
  • 2 biji telur
  • 250gm tepung naik sendiri
  • 60gm serbuk koko
  • 6gm soda bikarbonat
  • 200gm air panas
  • 110gm susu segar

BAHAN  KRIM MENTEGA

  • 250gm shortening
  • 125gm krimwell
  • 125gm gula aising
  • Pewarna hijau, kuning, biru dan merah jambu

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sebelum membakar kek.
  2. Ayak dua kali campuran tepung , serbuk koko dan soda bikarbonat.
  3. Putarkan mentega gula dan gula perang sehingga gebu.
  4. Masukkan telur satu persatu.
  5. Masukkan tepung, dan putar lagi.
  6. Apabila sebati, masukkan air panas dan susu segar.
  7. 7.Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
  8. Bakar ke dalam ketuhar selama 20 – 30 minit.
  9. Sementara itu sediakan krim keju.
  10. 10.Masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
  11. Masukkan gula aising dan adun sehingga gula telah sebati.
  12. Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
  13. Warnakan krim kepada warna biru, hijau, merah jambu dan kuning
  14. Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI