Kentang parmesan rangup ini sangat mudah yang mudah untuk disediakan. Anak-anak pun laju je makan kudapan ini. Ses
Suai dijadikan kudapan selepas solat tarawih atau ketika menonton TV bersama famili. Bagi yang tak suka makan makanan berat masa bersahur, boleh makan ini juga. Sedap.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Khadijah Jaafarini ye.
Panaskan oven pada 200 C. Gaulkan ubi kentang dengan minyak zaitun. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Bahan-bahan itu boleh agak mengikut kuantiti dan cita rasa sendiri.
Lapikkan tray dengan baking paper dan sapukan dengan minyak. Kalau nak mudah gunakan cooking spray boleh dapatkan di kedai bakeri.
Susun ubi kentang di atas tray. Bakar di dalam oven selama 40-45 minit. Selepas 30 minit, balik-balikkan kentang supaya kedua-dua bahagian masak rangup sekata.
Siap dan boleh dihidangkan. Kentang tetap kekal rangup walaupun dah sejuk. Selamat mencuba!
Apa kudapan yang mudah buat untuk sekeluarga makan? Boleh cuba cucur balak ni. Sangat mudah membuatnya dan bahan-bahan pun mudah didapati. Makan dengan kuah kacang memang layan. Nak tahu kesedapannya, kenalah buat nanti.
Kalau anda seorang pencinta coklat tegar, resepi ni memang ‘kena’ dengan selera! Chocolate Flakes Bar ni bukan je mudah disediakan, malah cukup rangup, manis dan rasa coklat dia memang ‘kaw’. Tak perlu bakar pun! Guna hanya 3 bahan ringkas, dah boleh dapat snek homemade ala-ala coklat jenama popular. Sesuai untuk kudapan, jamuan, bekal anak sekolah atau nak buat jualan kecil-kecilan! Jom cuba.
CHOCOLATE FLAKES BAR (NESTUM BAR)
Bahan-bahan:
600gm milk chocolate / dark chocolate | boleh campur
150gm cornflakes
150gm nestum atau multigrain flakes
Cara Memasak:
Cairkan coklat di dalam mangkuk. Boleh guna kaedah double boil atau cairkan di dalam microwave. Bila coklat dah cair, biarkan hingga suam.
Kemudian, boleh masukkan nestum dan cornflakes lalu gaul rata.
Mampatkan di dalam loyang dan sejukkan selama 30 minit.
Boleh potong mengikut cita rasa masing-masing.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Olah daging burger dengan memberi rasa yang lebih enak. Hanya tambah beberapa bahan seperti sos sambal, sos cili, dan kicap lemak manis untuk menjadi hidangan yang baru.
SAMBAL DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
4 keping daging burger | potong empat
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap lemak masin
5gm serbuk sos perang
2 ulas bawang putih | cincang halus
50ml air
1 sudu makan mentega
1/2 biji bawang besar | cincang halus
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan mentega dan daging tadi.
Masukkan bahan yang telah dicincang, gaul hingga rata dan masukkan air.
Masukkan cili sos, tomato sos, serbuk sos perang, dan kicap lemak masin. Gaul hingga pekat dan matikan api.
Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan: Melayu Keistimewaan: Rasa sedikit pedas, masin dan masam yang seimbang Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Goreng dan tumis Anggaran kos: RM8.00
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...