Kek Tampung Seribu. Salah satu kek lapis Sarawak yang teramat sedap. Ada rasa coklat dan keju. Dapat bayangkan betapa sedapnya kek ni kan?
Uniknya kek ini, kena campurkan dengan kek-kek lain juga. Kalau tak ada lebihan kek lain yang sedia ada, boleh gunakan adunan untuk menukar warna dalam kek.Tapi adunan akan nampak kecil dan boleh gunakan loyang 7×7′. Namun Puan Roby sarankan kek ini hanya sesuai untuk yang ada kek lain yang sedia ada dalam 500gram agar kek nampak besar dan tinggi.
Menarik kan? Teringin nak cuba? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Roby Daud ini. Kek ini kurang manis sebab puan itu dah kurangkan kuantiti gula. Cuba tau!
Mula-mula, mentega dan gula dipukul hingga kembang. Setelah itu, masukkan telur. Pukul hingga sebati.
Setelah itu, masukkan susu dan kaya, pukul hingga sebati.
Ads
Kemudian masukkan tepung pau, Holick, serbuk pemutih dan esen vanilla. Pukul lagi adunan sehingga sebati.
Lapisan pertama bakar guna api bawah dan atas, menggunakan suhu 150C dalam 15-20 minit.. Bila dah masak lapisan pertama, guna api atas sahaja untuk lapisan yang seterusnya dan bakar sehingga lapisan terakhir. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing ye.
Untuk resipi ini, digunakan loyang berukuran 9×9″. Selamat mencuba
Kek Pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisang dan cip coklat memang sangat serasi. Bolehlah cuba untuk hidangan tetamu raya ni.
KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bikarbonat*
Secubit garam*
Sedikit esen vanila
2 biji telur grade A
1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
CARA MEMASAK:
Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
Ayak bahan-bahan bertanda * dan satukan dalam satu mangkuk.
Pukul telur sampai berbuih.
Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata.
Masukkan esen vanila.
Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (saya guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30min atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.
Sekali pandang, memang cantik kek warna merah jambu ini. Memang menarik perhatian ramai sungguh kek yogurt strawberry cheese ini. Sedap & manis. Kalau nak cuba buat di rumah, ini resipi kek yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya. Memang wajib dicuba!
Pukul cream cheese dan 60g gula kastor sehingga kembang.
Masukkan kuning telur. Mix lagi dan bila telur sudah kembang, boleh berhenti mengacau.
Masukkan yogurt dan mix sebentar.
Kemudian, ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Masukkan terus whipping cream dan kaup balik sahaja. Kemudian, ketepikan.
Mix putih telur sehingga berbuih sedikit dan masukkan 80g gula kastor. Kacau sehingga kental dan bertanduk. Cara lain untuk memastikan adunan ini sempurna adalah cuba terbalikkan mangkuk telur dan putih telur tak akan jatuh.
Selepas itu, ambil adunan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Masuk sedikit demi sedikit dan kaup semula.
Pada bahagian atas, titiskan Hershey’s Strawberry. Lorekkan pada bahagian atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven. Gariskan dengan lidi.
Untuk membakar, isi air panas ke dalam loyang. Masuk loyang yang berisi adunan ke dalam loyang yang berisi air tadi. Teknik ini dipanggil water bath,
Biarkan 1/2 loyang tenggelam ke dalam dan boleh mula membakar. Sebelum bakar, panaskan ketuhar sebentar. Kemudian, bakar kek pada suhu 170 selama satu jam 10 minit, api atas bawah.
Bila dah masak, tunggu sebentar dan masuk ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
Sedapnya Chocolate Crinkle Cookies. Nampak sangat menyelerakan. Sekali suap, memang susah nak berhenti mengunyah. Menurut empunya resipi saudari Nor Al Fatihah, cookies ni bertekstur fudgy dan chewy. Memang best. Sesuai sangatlah buat untuk anak-anak. Bau wangi memang semerbak satu rumah. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Satukan gula, minyak, telur dan esen vanila. Kacau dengan whisk hingga gula larut. 2. Masukkan bahan-bahan yang diayak. Kacau hingga sebati. Adunannya agak lembut dan lika (boleh ditarik dengan whisk). Tutup adunan dengan plastik dan rehatkan 1 jam di dalam peti sejuk. 3. Bulat-bulatkan adunan & salut dengan gula aising. Proses ni kena cepat ya sebab adunan akan jadi lembut semula. 4. Letak di atas dulang yang dilapik dengan baking paper. Jarak-jarakkan sebab biskut akan kembang bila dibakar. 5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°c selama 15-20 minit. Untuk tahu biskut telah masak atau tidak, bila ditekan, ia keras & merekah, bermakna biskut sudah masak. 6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum simpan di dalam balang kedap udara.
INFO: Satu adunan dapat 42 biji Chocolate Crinkle Cookies namun bergantung pada saiz biskut yang kita buat juga.
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!