Sapa yang tidak gemar dengan kek gebu seperti kek span vanila ni. Kalau ikut cara yang betul memang menjadi kek yang korang buat. Ini perkongsian daripada Siti Hadirah. Kalau ikut caranya hanya ikut guna cawan minum air teh atau kopi untuk sukatan. Tapi menurutnya ketiadaan cawan tersebut, dia hanya menggunakan cawan minum susu anak. Asal menjadi, boleh saja gunakan.
Kek Span Vanila
Bahan-bahan:
2 biji telur gred B ½ cawan gula(saya kurangkan lagi) ½ sudu besar ovalett-BELI ONLINE DI SINI ½ sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI ½ cawan minyak jagung/biasa-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder ¼ cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat: 1.Kisar telur, gula, ovalett dan esen vanila hingga kembang dan putih. 2.Masukkan minyak jagung ke dalam adunan telur. 3.Ayak sekali tepung gandum dan baking powder, masukkan ke dalam adunan tadi dan adun sehingga sebati. 4.Akhir sekali masukkan susu dan kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati semua adunan. 5.Lapik loyang dengan baking paper. 6.Tuang adunan dan bakar pada suhu 170 selama 30-35 minit. (bergantung kepada oven masing-masing)
Belum ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak? Hidangan Ayam Phat Phet ni antara menu yang paling mudah untuk dicuba. Ia merupakan masakan Kelantan dan dipercayai berasal dari Thailand. Aroma rencah yang ditumis sempurna menjadikan menu ini sangat enak sekali dimakan bersama nasi putih dan juga roti. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM PHAT PHET
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam – potong dadu
3-4 helai daun limau purut
1/2 biji bawang holland – hiris
4 biji cili padi – hiris
BAHAN PERAP:
1 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi
Garam secukup rasa
BAHAN TUMBUK:
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 batang serai
4 biji bawang merah kecil
BAHAN KISAR HALUS:
1/2 biji bawang besar
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Satukan bahan perap dan tumbuk hingga halus. Kemudian lumur pada ayam dan biarkan selama 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap tadi hingga separuh masak. Angkat.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga garing.
Seterusnya masukkan garam halus, daun limau purut, hirisan bawang Holland dan cili padi.
Ketika kami sampai ke kediaman Datuk Mas Ermieyati Samsudin, beliau sedang tangkas memasak di dapur. Aroma wangi dari dapur menusuk selera. Walaupun masakannya ringkas tetapi lauk pauknya memang sungguh sedap sekali dan sesuai dicuba untuk wanita yang sibuk berkerjaya.
Khas buat pembaca RASA, beliau berkongsi tiga resipi ‘favorite’ anak-anaknya iaitu Bawal Sweet Sour, Masak Lemak Putih Soo Hoon dan Ikan Bilis Goreng Cili Padi. Ringkas dan mudah tapi memang membuka selera. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
1. IKAN BAWAL MASAK SWEET SOUR
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal
2 sudu makan serbuk kunyit
1 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 sudu makan pes cili kering
2 biji tomato/dihiris bulat
3/4 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
3 sudu makan sos tiram
Gula dan garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Sayur (lobak merah, kubis bunga dan brokoli)
Saderi
2 biji lada benggala (merah dan kuning)/dipotong kiub
CARA MEMASAK :
1. Lumurkan serbuk kunyit dan garam secukupnya pada ikan bawal.
2. Pijarkan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga garing. Ketepikan.
3. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga kuning,masukkan pes cili kering.
4. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, masukkan pula bawang besar, tomato ,brokoli dan lada benggala biarkan dua minit.
5. Tutup api dan tuangkan sos ke atas ikan. Hias dengan daun saderi.
INFO CHEF : Jika mahukan kelainan anda boleh menambah kiub nenas dan sedikit air nenas ke dalam lauk ini.
2. IKAN BILIS GORENG CILI PADI DAN BAWANG BESAR
BAHAN-BAHAN :
300gm ikan bilis
1 biji bawang besar /dihiris membulat
4 biji cili padi
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bawang besar dan cili padi dan masukkan ikan bilis ke dalamnya.
3. Gaul rata dan boleh dihidangkan
INFO CHEF :Supaya ikan bilis kekal garing, tunggu bawang dan cili padi sejuk dahulu baharu dimasukkan ikan bilis
3. MASAK LEMAK PUTIH SOO HOON
BAHAN-BAHAN :
150gm fucuk/dikerat pendek
2 pek kecil soo hoon/direndam air
1 1/2 biji bawang besar/dihiris
7 ulas bawang putih/dihiris
1 1/2 liter santan cair
400ml pati santan
50gm atau segenggam udang kering/direndam dan ditumbuk kasar
30gm atau segenggam ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Cili merah sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak,di dalam periuk, masukkan bawang dan goreng hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan udang kering, dan tumiskan sebentar.
3. Tuangkan santan cair dalam periuk dan masukkan fucuk hingga lembut
4. Kacau sekali sekala di atas api yang sederhana
5. Masukkan soo hoon, toskan airnya dan kemudian tuangkan pati santan.
6. Kacau perlahan, masukkan garam dan gula secukupnya dan pastikan ia dikacau selalu sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan mereneh sebentar.
7. Hidangkan dengan hiasan cili merah jika anda mahukan ia sedikit pedas.
INFO CHEF : Masak lemak putih ini boleh juga dimasak tanpa menumis. Masukkan terus hirisan bawang, udang kering dan ikan bilis ke dalam santan cair dan kemudian baru dimasukkan bahan lain.Pilih fucuk yang berkedut untuk rasa yang lebih sedap.
Tiga menu ayam ini memang sedap dimakan tanpa nasi seperti ayam goreng segera yang ada kat mana-mana restoran makanan segera yang ada. Kena pulak bahagian kepak atau paha, memang boleh layan. Sesuai ni untuk hidangan potluck anak kat sekolah atau pergi berkelah bersama keluarga. Anak-anak sah suka gila ni.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!