Bagi mereka yang alergi biasanya akan mengelakkan dari menikmati kek, kerana kebanyakan resipi kek mengandungi telur. Iya tak semua orang boleh menjadikan telur sebagai rutin makanan mereka.
Tapi kek kurma walnut inspirasi Chef Fame ni memang enak, tetap sedap lembut walaupun tanpa telur.
Kurma makanan sunnah dah lah menyedapkan juga cukup menyihatkan. Jom cuba…
KEK KURMA WALNUT
BAHAN-BAHAN :
200ml susu UHT
300gm buah kurma | dibuang biji
400gm tepung kek
20gm serbuk penaik
5gm garam
300gm gula perang
336ml minyak jagung
10gm serbuk kayu manis
15gm esen Vanila
250gm kacang Walnut | dipanggang dan hancur kasar
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C
Ads
2. Rebuskan kurma bersama susu dan esen vanila sehingga hancur dan simpan semalaman
3. Masukkan minyak, gula, garam, serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik, tepung dan susu yg di masak bersama kurma ke dalam mesin mengadun, gaul sehingga adunan menjadi sebati
4. Masukkan kacang walnut yang dihancur kasar ke dalam adunan.
Ads
5. Tuangkan kedalam loyang kek
6. Bakar didalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga dan menjadi warna keemasan.
7. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
Saiz Hidangan : 10 Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek kurma yang manis dan walnut rangup yang tak jemu dimakan Anggaran kos : RM 18
Ads
INFO CHEF : Jika nak cepat anda boleh masukkan bancuhan susu dan kurma ke dalam ketuhar gelombang mikro hingga hampir mendidih dan biarkan ia sejuk
RESIPI : CHEF FAME TAUFIQ FAKARUDIN TERIMA KASIH:UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie
Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shan Alam, Selangor
Kek batik coklat ni memang macam macam variasi ada. Min paling suka Kek Batik Coklat Ganache yang diliputi coklat ganache yang mencair di mulut. Kek batik ni buatnya mudah aje. Jom semak resipi perkongsian dari Haslina Md Ali.
Dapat makan dengan kopi atau teh memang sedap nih. Memang senang sangat memasaknya.
KEK BATIK COKLAT GANACHE
.
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
200gm milo (paket kecil)
2 sudu besar susu pekat manis | kalau korang kuat manis masukkan la lebih
1 sudu besar serbuk koko
1 paket biskut marie | patahkan kecil-kecil
1/4 cawan air panas
Bahan coklat ganache :
100gm dark coklat
100gm milk coklat
200gm whipping cream (anchor)
1 sudu besar mentega
CARA MEMASAK :
Cara buat kek batik : 1. Cairkan mentega (guna kuali lebih senang) 2. Masukkan 2 sudu susu pekat 3. Masukkan milo 4. Masukkan serbuk koko 5. Air panas sedikit 6. Gunakan api kecil, kacau hingga tak berketul. Dah okay masukkan biskut Marie. 7. Kacau sebati pastikan semua biskut kena coklat. 8. Ambil loyang letak baking paper. Masukkan dalam loyang, mampatkan sehingga betul=betul padat. 9. Masukkan dalam peti ais sekurangnya empat jam.
Cara buat coklat ganache : 1. Double boilkan semua (dalam bekas beralas air panas) dah siap. 2. Curah atas kek batik. Ratakan coklat biar semua penjuru kena. Masuk dalam peti ais dan Sejukkan lagi. 3. Potong besar mana ikut suka. Siap untuk dimakan.
Kredit : haslinah md ali
Ingin membeli belah perkakas dapur dan keperluan rumah, jom layari DI SINI.Banyak pilihan dengan harga tawaran menarik buat anda.
Kuih Talam Berlauk, antara kuih pedas yang disukai ramai dan membuatnya juga senang. Jadi kenapa perlu membeli untuk makan kalau selalu tidak cukup dan puas makan kerana harga kuih sekarang juga mahal. Sesekali cuba buat sendiri kerana kuih ini sangat senang dibuat boleh isi bahan lauk dengan banyak, biar mewah dan sedap.
TALAM BERLAUK:
BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
200ml santan segera
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK LAUK:
200gm daging kisar
1 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili padi | hiris halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
3 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
Masukkan daging kisar, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.
Tutup api dan ketepikan.
Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Kuih Bom Inti Ikan kuih tradisi Terengganu yang dikenali juga sebagai kuih Paung Inti Ikan. Ianya sedap dan mudah disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dalam dapur anda. Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang atau sarapan pagi. Untuk resipi penuh ada dikongsikan di bawah ini.
KUIH BOM INTI IKAN BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN INTI IKAN:
5-6 ekor ikan kembung + ikan sardin | cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam dan sekeping asam gelugor.
1 biji bawang besar/ 4 ulas bawang merah | kisar halus
1 inci halia | kisar halus
1 sudu kecil halba
1 kotak kecil santan segera/1 cawan santan segar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan, tepung pulut, gandum, kelapa parut dan garam dalam bekas. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun dan doh tidak melekat di tangan dan mudah dibentuk bulat-bulat.
Setelah siap adun, masukkan doh dalam peti sejuk sekejap (tip supaya kuih tidak meletop bila digoreng).
Sementara itu, boleh sediakan inti ikan. Asingkan isi ikan dari tulang, kemudian hancurkan dengan cara menumbuk atau ramas dengan tangan sahaja. Ikut suka.
Masukkan isi ikan dalam kuali, diikuti santan dan bahan kisar. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa secukupnya dan halba.
Kacau atas api sederhana hingga kering air (jangan terlalu garing, nanti tak sedap).
Tutup api dan biarkan sejuk.
9. Keluarkan doh dari peti sejuk. Bulatkan dan tekan di tengah untuk letak inti.
10. Kemaskan dan bulatkan balik semula. Lakukannya hingga habis doh.
11. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng kuih Bom atau Paung hingga perang keemasan. Angkat dan toskan.
12. Setelah sejuk bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!