Nak masak kari ikan dah tentulah paling utama perlu ada rempah kari. Tapi berbanding menggunakan rempah yang dijual, kari ikan yang dibuat daripada rempah kari homemade semestinya lebih sedap.

Inilah rahsia untuk menjadikan kari ikan kita makin enak. Rempah kari homemade ini juga bukan susah untuk disediakan, bahannya sedia ada di dapur kita.  Bagi yang nak mencuba boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Normah Bahari.

Cara buat rempah kari homemade

 

Bahan-bahan

10-12 biji cili kering
3 sudu besar rempah biji (ketumbar)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
Kunyit hidup sebesar ibu jari
10-15 biji lada hitam
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis

Cara Masak Kari Ikan Sedap, Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Buatnya

Cara membuat

1. Basuh semua bahan, tapi dan rendam pula dalam air panas selama 10 minit kecuali bawang dan kunyit hidup.

IKLAN

2. Kisar semua bahan hingga halus (boleh guna penggiling lagi sedap hasilnya).

3. Rempah yang dah dikisar halus ini boleh terus digunakan untuk masak kari seperti biasa.

Cara Masak Kari Ikan Sedap, Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Buatnya

 

Cara masak kari ikan guna rempah homemade
Bahan-bahan

5 ulas bawang kecil/1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2- 1 cawan minyak untuk menumis
1 sb halba campur
1 biji tomato ( dipotong kecil )
1/2 kg ikan
1 cawan santan ( 1/2 biji kelapa )
Asam jawa ( agak-agak )
1 cawan air
Sayuran

IKLAN

Cara Masak Kari Ikan Sedap, Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Buatnya

 

Cara membuat

1. Tumis bawang yang dipotong masukkan halba campur , tomato dan daun kari.

IKLAN

2. Bila dah wangi masuk rempah homemade yang dikisar, kacau dengan api perlahan.

3. Bila dah bau harum semerbak baru tuang air, tunggu hingga pecah minyak (pastikan betul-betul pecah minyak)

4. Curah santan, asam jawa dan tambah air lagi, lepas tu masuk ikan, perasa dan akhir sekali masukan sayuran.

Selamat mencuba.

Sumber: Normah Bahari.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI