Wow…Menu Daging Masak Asam ni memang nampak menyelerakan. Sesuai sangatlah kalau sediakan untuk sajian keluarga pada bila-bila masa. Mudah, tak perlu masa yang banyak dan paling penting, sangat membuka selera. Bagi anda yang masih berfikir menu, cubalah lauk perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Sangat sempoi. Kalau nak lagi sedap, guna daging batang pinang. Barulah tak perlu rebus lama. Selamat mencuba.
CARA MASAK DAGING MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN: 1 kg daging – hiris nipis 2 biji bawang besar – hiris 6 ulas bawang putih – hiris Halia sebesar ibu jari – hiris 2-4 batang serai – diketuk 1 helai daun kunyit – dicarik 1 cawan air asam jawa sederhana pekat 1 sudu besar jintan manis – tumbuk halus (empunya resipi kisar dengan air asam jawa) – beli online disini 1/2 sudu makan garam 1 sudu teh gula Sedikit bahan perasa jika suka 1 sudu makan serbuk kunyit – beli online disini 2 1/2 cawan air 3 senduk minyak masak Sedikit cili padi atau cili merah(untuk hiasan)
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, masukkan serai. Bila serai sudah agak garing, masukkan bahan-bahan hiris. Tumis hingga layu.
2. Masukkan daging. Masak guna api sederhana perlahan hingga air daging kering dan naik minyak.
IKLAN
3. Bila daging sudah elok naik minyak, masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan naik minyak.
4. Masukkan air. Bila kuah sudah mula kering, masukkan daun kunyit, cili besar, garam, gula dan bahan perasa(jika perlu).
IKLAN
5. Masak hingga pekat elok. Jika suka berkuah, boleh tambah 1/2 cawan air.
6. Daging Masak Asam siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Masak sup kalau kena rasa memang menghirup kuah dibuatnya. Nak masak sup tulang pastikan tulang direbus dengan lembut. Sebaiknya masak guna periuk tekanan tinggi lagi cepat siap. Sup yang ditumis dengan rempah ratus memberi aroma yang enak dan sedap untuk dinikmati.
SUP TULANG RAWAN BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :-
8 ketul tulang rawan
1 bungkus sup bunjut sup tulang
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar rempah sup
1 batang serai
Rempah 4 sekawan
Kentang
Lobak merah
Batang sadri
Daun bawang
Daun sup
Daun ketumbar
1 biji tomato
1 biji limau nipis / 3 biji limau kasturi
Bawang goreng
Serbuk lada hitam
Perasa garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:-
Di dalam periuk rebus tulang bersama bawang & halia yang ditumbuk kasar beserta serai dan rempah 4 sekawan juga serbuk lada hitam
Rebus sehingga tulang empuk
Masukkan kentang, lobak merah & tomato serta batang sadri
Di dalam periuk yang lain, tumis serbuk rempah sup sehingga pecah minyak
Selepas rempah sudah pecah minyak, masukkan rempah tersebut ke dalam periuk rebusan tulang tadi dan kacau hingga sebati
Sesuaikan rasa
Perahkan air limau. Setelah sup sudah masak, masukkan hirisn daun bawang, daun sup, daun ketunbar dan bawang goreng.
Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos :RM18
Tip :- Sup ini sedap di makan bersama cili kicap bersama bawang putih.
Siapa yang tak suka makan roti sapu kaya kan.. Baik yang siap terus atau makan di kedai kopitiam, tapi kalau boleh berjimat tak salah untuk kamu cuba buat resipi kaya homemade ni. Paling bagus kamu boleh kawal sendiri gula takat mana yang kamu mahukan nak manis ke kurang manis! Selamat mencuba…
RESIPI KAYA NYONYA KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur gred A
600ml pati santan
300gm gula halus (blh kurangkan klau x nak manis)
4 helai daun pandan, disimpul
100gram gula pasir*
160ml air panas*(*untuk gula hangus @ karamel)
CARA MEMBUAT:
1. Masak gula pasir hingga cair dan keperangan, jangan sampai gelap, nanti pahit. Sentiasa kacau semasa memasak karamel. Kemudian tuangkan air panas, tuang hingga habis, kacau hingga sebati dan sejukkan.
2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula halus, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi. Kacau hingga semua sebati. Tapis bancuhan tadi.
3. Tuang ke dalam periuk, masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga bancuhan kelihatan pekat. Kecilkan api, dan terus mengacau hingga ia kental, kurang lebih 11/2jam. Tutup api.
4. Keluarkan daun pandan. Isi kan kaya tadi ke dalam botol yang bersih. Biar kaya betul2 sejuk sebelum ditutup. simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
RESIPI KAYA PANDAN NYONYA
BAHAN-BAHAN:
350 ml pati santan
3 biji telur gred A
5-6 helai daun pandan
150 gram gula pasir (tak nak manis blh kurangkan)
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMBUAT:
1. Daun pandan dicuci, kemudian lap kering. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender. Tuang pati santan. Kisar hingga daun pandan hancur. Tuang dalam tapis dan perah hingga hampas daun pandan kering, asingkan. Ketepikan sebentar.
2. Pukul telur dan gula hingga larut dan berkrim, gunakan whisk. Tuang santan (no. 1) dan pukul sebati. Masukkan secubit garam, kacau rata dan tapis sekali lagi ke dalam periuk. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti.
3. Masak hingga pekat, keluarkan daun pandan dan terus memasak dengan api kecil hingga kaya kelihatan kental. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biarkan sekejap. Isi kaya pandan dalam botol bersih yang telah dikeringkan terlebih dahulu. Biar kaya sejuk, baru ditutup dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Iedaa Jahaya telah berkongsi resipi membuat pau. Pau ini dikatakan sebagai pau daripada resipi ibunya. Cuma dia olah memasukkan sedikit bread softtener. Pau ini juga gebu dan sedap rasanya.
PAU GEBU
BAHAN A
1/2 peket yis
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Masukkan semua BAHAN A dalam satu bekas.
2. Kacau. Ketepikan. Tunggu sehingga adunan membuih.
BAHAN B
3 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bread softener
1/2 sudu garam
3 sudu besar minyak jagung
CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Ambik satu bekas besar. Masukkan semua bahan. Sebatikan semua bahan.
2. Apabila adunan BAHAN A sudah membuih, masukkan dalam adunan BAHAN B. Boleh mula menguli.
3. Cara menguli, masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli perlahan-lahan.
4. Uli sehingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
5. Kemudian, perap 15 minit sehingga doh mengembang.
6. Jika ada daun pisang, layurkan daun pisang di atas api seketika. Kemudian gunting bentuk bulat dan letak doh pau.
7. Canai doh, masukkan inti. Panaskan pengukus. Kukus 7 minit.
.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)