Mee Hailam memang enak dinikmati dan menjadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Saudari Mariana Zainal bermurah hati berkongsi resipi Mee Hailam kegemaran anak-anaknya. Menurut beliau, resipi ini cukup untuk 10-12 orang makan. Boleh makan berulang-ulang. Pasti puas hati. Jom cuba!
RESIPI MEE HAILAM / MI HAILAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering (belah tengah buang bijinya rendam dengan air panas sekejap) – beli online disini
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih – beli online disini
(kisar halus semua bahan ini dengan sedikit air)
BAHAN-BAHAN LAIN:
2 senduk minyak untuk menumis
1/2 cawan kicap manis (empunya resipi sukat guna cawan kopi) – beli online disini
1/4 cawan kicap masin – beli online disini
6 sudu makan sos tiram – beli online disini
2 sudu makan sos cili – beli online disini
Sedikit bahan perasa
1 jug air atau 2 liter air (untuk kuah)
5 biji telur
3 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air) – beli online disini
1 batang lobak merah – dipotong
1 peket putik jagung – potong serong
2 biji tomato – dibelah 4
Sedikit ayam – potong kecil
Sedikit udang atau sotong – tak letak pun tak apa tapi kuah jadi lebih sedap
Bebola ikan – jika suka
BAHAN SAMPINGAN:
Mi kuning – celur sekejap dan toskan
Sawi – celur hingga lembut
Cili padi – potong
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik minyak dan elok garing.
2. Masukkan sedikit bahan perasa.
3. Masukkan juga sos cili, sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Kacau sekejap.
4. Masukkan ayam. Kacau sekejap dan masukkan air.
5. Apabila kuah mendidih, masukkan lobak merah dan putik jagung. Biar dalam 1-2 minit barulah masukkan udang, sotong, bebola ikan dan tomato.
6. Masukkan juga bancuhan tepung jagung. Biarkan mendidih ganas dan pecahkan telur. Jangan kacau.
7. Biarkan telur masak seketika. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.
8. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam atau hanya renjiskan kicap masin.
9. Mee Hailam sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Solok Lada Kukus & Solok Lada Rebus Yang Sedap, Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Senang, Cepat & Sedap Buat Sup Tulang Berempah.
Mak-mak yang bekerja, korang masih boleh buat sup tulang walaupun balik sampai rumah ngam-ngam pukul 6.00 petang atau lebih, tapi masih teringin nak masak sup tulang atau buat bihun sup tulang. Sebenarnya anda boleh periuk tekanan sebagai cara paling cepat rebus tulang. Rebus 30 minit, daging dah empuk, tak perlu tunggu malah boleh bersambil buat kerja lain. Kalau rebus malam, kemudian simpan dalam peti sejuk. Balik kerja tinggal tumis dan reneh je sup. Kan senang, jimat dan cepat. Selain boleh dimakan bersama nasi, sup tulang juga boleh dimakan dengan aneka mi. Takda resipi, ini dikongsikan di sini.
SUP TULANG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan toskan
3cm halia | titik
3 ulas bawang putih | titik
1 batang serai
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah sup
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN PENUMIS:
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3 cm halia muda | hiris memanjang
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIASAN:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air, serai, halia dan bawang putih yang telah dititik. Rebus sehingga empuk.
2. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersma rempah penumis hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan rempah sup yang dicampur bersama dan dibancuh dengan sedikit air.
4. Setelah pecah minyak masukkan rebusan tulang bersama airnya sekali.
5. Biarkan mereneh, tambahkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Selepas mereneh lebih kurang 10 minit dan cukup rasa, tutup api.
7. Taburkan hirisan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Cara Buat Sajian Dari Kurma, Sedap Berkhasiat
Bila bercerita pasal kurma, memang baik sangat dijadikan rutin amalan seharian. Buah kurma yang banyak khasiat dan kebaikan ini dihidang untuk raya memang terbaiklah serta berkhasiat pulak.
Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma makanan tinggi serat ini sangat sesuai dan berkhasiat.
Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang sewajarnya wajib anda makan untuk menjaga kesihatan. Kurma juga sedap dijadikan sajian pencuci mulut yang hebat.
1.BROWNIES COKLAT KURMA
BAHAN-BAHAN :
- 128 gm mentega lembut
- 70 gm coklat gelap
- 100 gm telur
- 100 gm gula halus/castor
- 50 gm tepung kek
- 20 gm serbuk koko
- 50 gm walnut/dicincang halus
- 50 gm kurma / keluarkan isi dicincang halus
CARA MEMBUAT :
1. Cairkan coklat dan mentega menggunakan teknik ‘double boil’, iaitu dengan memanaskan kuali yang berisi air hingga mendidih dan letakkan loyang bulat atau periuk di atasnya.
2. Setelah cair ketepikan, biarkan adunan sejuk sedikit,
3. Sedia kan bekas dan masukkan telur, esen vanilla bersama gula castor. Kacau laju supaya semuanya sebati, masukkan s glukos cecair. Jangan terlebih kacau, tidak perlu menggunakan ‘mixer’.
4. Masukkdan mula tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit serta serbuk koko.
5. Masukkan walnut dan kurma, dan kaup balikkan sekali.
6. Tuangkan ke dalam loyang pembakar, ratakan adunan
7. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
8. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 10 potongan
Masa memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Brownies
Keistimewaan : Brownie kaya rasa coklat dan manis kurma serta lemak berkacang.
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Brownies dengan ramuan kurma makanan sunnah yang sesuai sebagai pencuci mulut dan moreh.
Resipi : Hotel Sheraton PJ
2. PENGAT KURMA ,DELIMA & BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji delima /diambil isinya
- 1 biji santan kelapa
- 15 biji kurma /dibuang biji
- 10 biji buah tin kering /dipotong
- 20 biji gajus goreng @ bakar
- 2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
2.Masak dengan api yang sederhana.
3.Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
Resipi : The Pearl KL
Menu Bajet Yang Sedap & Senang Masak.
Bila menghampiri hujung bulan dompet dah mula nipis jadi bila ke pasar terpaksalah bajet. Jangan risau sebenarnya dengan modal bajet banyak lagi menu yang boleh korang masak dengan hasil rasa yang sedap dan masak pun ringkas. Tak percaya cubalah beberapa menu yang RASA kongsikan di sini. Kena sangat dengan orang bujang ni.
SARDIN TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN
- 1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
- Sedikit cili benggala | dadu halus
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
- 1/2 biji buah tomato | dadu halus
- 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
- 1 biji bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak
BAHAN TELUR DADAR:
- 2 atau 3 biji telur
- Secubit garam
- Secubit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
- Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
- Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah kuah kering, tutup api.
- Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
- Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
- Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
- Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
- Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
ASAM PEDAS IKAN SARDIN MACKEREL
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah
- 4 biji bendi
- 1 biji tomato | belah empat
- 1 kuntum bunga kantan | belah dua
- 3 pucuk daun kesum
- 1/2 cawan air asam Jawa
- Air secukupnya
- 2 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan sardin.
- Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan, daun kesum .
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Biarkan mereneh seketika sehingga timbul minyak. Tutup api,
- Sedia dihidangkan.
IKAN KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- 20 biji cili padi | hiris
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah
- 2cm halia
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
- Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
- 8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 15 biji cili padi
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- 1.Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
- Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
TAUHU TELUR GORENG DAGING CINCANG
BAHAN-BAHAN:
- 3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
- 200gm daging kisar
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 biji bawang Holland | dadu halus
- 3ulas bawang putih | cincang halus
- 2 cm halia muda | cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
- Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar.
- Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
- Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya.
- Tauhu sedia dihidangkan.
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | hiris menyerong
- 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
- 2 ulas bawang putih | titik
- 8 biji cili padi | hiris
- Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh air asam jawa
- 1 sudu makan kicap pekat panis
- Garam, gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
- Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
- Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:
SUP CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket cendawan tiram | siat-siatkan yang besar
- 1 pokok sawi | potong
- 1/2 batang lobak merah
- 2 ulas bawang putih | titik
- 3 ulas bawang merah | hiris
- 3 hirisan halia muda
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk perasa sup sayur
- Garam secekup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
- Setelah mereneh, masukkan cendawan, lobak merah dan sawi.
- Kemudian perasakan dengan serbuk pati ayam sup sayur dan garam secukup rasa.
- Seketika kemudian, tutup api.
- Sup cendawan sedia dihidangkan.
KURMA TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya
- 200ml santan kotak
- 1 cawan air
- 2 sudu makan rempah kurma
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 biji kentang | buang kulit dan belah empat
- 1/2 batang lobak merah | potong memanjang
- 2 biji cili hijau | belah dua
- 2 biji cili merah | belah dua
- 1 biji bawang holand | belah empat
- 1 biji tomato | belah empat
- 1 keping asam gelugor
- Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air
- Setelah mendidih, masukkan santan dan telur.
- Kecilkan api, dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
- Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah.
- Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.
- Tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
- Gaul rata dan tutup api.
- Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL BILIS TUMBUK TELUR PECAH
BAHAN-BAHAN:
- 150gm ikan bilis yang telah dibelah dua
- 2 biji telur
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 15 biji cili padi
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Kisar kasar cili, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis menggunakan pengisar kering.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api dan terus kacau hingga garing.
- Setelah cukup rasa, pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata hingga sebati.
- Tutup api, angkat dan sambal sedia dihidangkan.