Comelnya Tom & Jerry Cheesecake ni. Nampak macam bentuk keju yang ada dalam cerita kartun tu. Unik betul. Patutlah kek ini sedang viral di media sosial. Kalau buat untuk anak-anak, pasti teruja. Nak cuba? Saudari NorhasLina OtHman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOM & JERRY CHEESE CAKE
BAHAN COKLAT LUAR:
500gm white chocolate compound coin
2-3 titik pewarna kuning lemon
BAHAN BAHANGIAN KEJU:
BAHAN A:
400gm krim keju (cream cheese)
300gm krim putar (whipping cream)
50gm gula aising
1/2 sudu makan perasa oren sunquick
BAHAN B:
50gm air suam
1 1/2 sudu makan gelatin
CARA MEMASAK:
1. Masak coklat guna teknik double boil hingga cair. Masukkan pewarna. Sebatikan.
2. Bila coklat sudah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan. Ratakan.
3. Ketebalan lapisan coklat tu agak-agak sahaja. Pastikan tidak nipis dan tidak terlalu tebal.
Ads
4. Keraskan sekejap coklat di dalam peti sejuk.
5. Seterusnya pukul krim keju hingga nampak licin. Kemudian masukkan gula serta perasa sunquick. Adun sebati.
6. Kemudian masukkan krim putar. Pukul lagi hingga sebati dan kental.
7. Dalam bekas berlainan, campur air suam bersama gelatin. Kacau hingga larut.
8. Bila gelatin telah sejuk, masukkan ke dalam campuran bahan A. Kaup balikkan hingga sebati menggunakan spatula.
9. Ambil acuan coklat yang dibekukan tadi. Masukkan krim. Jika suka boleh letak kek sponge coklat di tengahnya kemudian letak lagi krim.
10. Tuang lebihan coklat di permukaan acuan. Biar coklat mengeras.
Ads
11. Keluarkan kek dengan berhati-hati dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk kek span ni, jika mahu mudah, boleh guna kek Apollo berharga 30 sen tu. Jika tidak letak pun tak mengapa. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Masih ada yang cutihari ni? Apa kata anda masak menu yang lebih istimewa buat suami dan anak-anak. Daging Bakar Thai. Menu yang pastinya buat anda makan nasi dengan penuh selera. Daging lembut berperisa yang dicicah dengan sos beraroma. Pasti anda tak puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Atisya Anuwa ni.
DAGING BAKAR ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2 sudu makan kicap
1 sudu sos tiram
Garam & gula
CARA-CARA
Tumbuk bawang putih dan serai sehingga lumat.
Gaul semua bahan-bahan bersama daging dan biar ia perap ( boleh terus dibakar jika tidah mahu perap, tapi lagi lama perap lagi sedap)
Daging jangan dibakar terlalu lama kerana daging akan kering.
Pernah tak anda ke pasar malamsemata-mata nak beli kepak ayam madu tu? Makan panas-panas memang layan sungguh! Nak cuba buat secara homemade? Jom cuba resipi perkongsian saudara Haerme Abd Rahman dan lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
CARA PERAP KEPAK AYAM MADU PASAR MALAM
Ini resepi saya berniaga dulu, kepak ayam madu. Resepinya cukup ringkas, pulangannya insyallah lumayan. Cuma sekarang dah pencen. Berniaga benda lain pulak. Nama saja madu, tapi pakai gula. Kahkah…Cubalah, share dengan kawan kau yang lain. – Haerme Abd Rahman ( pemilik resipi)
BAHAN-BAHAN:
1 kg kepak ayam
2 labu bawang putih
2 inci halia
3 biji bawang merah
10 batang serai
2 sudu makan serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1 cawan gula putih dan gula perang ( lebih kurang)
2 sudu makan serbuk cili
Pewarna merah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan ( kecuali kepak ayam dan pewarna) hingga halus.
2. Titiskan sedikit pewarna pada ayam dan tuang bahan kisar. Perap semalaman.
3. Untuk memasaknya, nyalakan arang dan bakar kepak ayam hingga masak.
4. Sedia untuk dinimati.
NOTA:
1. Lagi lama ayam diperap, lagi enak rasanya.
2. Paling sedap jika dibakar menggunakan arang kerana ayam akan rasa asap dan sedikit hangus. Berbanding jika dimasak menggunakan ketuhar.
3. Jika masak menggunakan ketuhar, guna suhu 170C-200C dan bakar kepak ayam selama 15-20 minit bergantung kepada saiz dan berat ayam.
Sambal belacan ni memang pelengkap hidangan. Kalau ada sambal ni, makan nasi dengan ulam-ulaman pun dah cukup menyelerakan. Sentuhan sambal belacan ni pasti ada olahannnya tersendiri yang dimasak ikut citarasa dan selera masing-masing.
Sambal belacan memang sedap kalau cukup pedas, masam, masin dan manisnya. Kalau min belacan tu kena dibakar atau digoreng dahulu. Tapi bagi Umi Watie yang membahasakan dirinya Kak Chik atau Mak Rerama, sambal belacan yang disukai keluarganya adalah dengan memasukkan kulit limau sekali yang memberikan aroma mewangi pada sambal. Pesannya usah dimasukkan biji limau, nanti pahit pulak.
Nah ini dia resipi sambal belacan yang sedap kebabom. Dah masak nanti simpan dalam peti sejuk, barulah tahan lama. Jom masak
SAMBAL BELACAN KEBABOM
.
BAHAN-BAHAN :
5 cili besar @ cili hidup
20 cili api
3 biji limau dengan kulit
Jus limau dari 10 biji limau
5 sudu besar belacan
3 sudu besar cuka
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa.
CARA MEMASAK :
1.Basuh bersih, masukkan dalam blender. 2. Kisar jangan halus sangat ya. Tekan, stop, tekan , stop. Dia akan jadi kasar-kasar macam kau tumbuk pakai lesung. Ada tekstur baru ada umph buat makam dengan ulam.
3. Dah siap. Bubuh dalam bekas bertutup. Lepas tu simpan dalam esbok. Nak makan tinggal ceduk saja. Tak gaduh dah nak menumbuk ke nak meninju ke.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!