Kek buah ni memang ada macam-macam versi. Ada yang dibakar dan ada pula resipi versi dikukus. Bagi Sue M. Arukin ,penulis masakan, kek buah kukus adalah antara kek old school atau kek legend yang agak rumit pembuatannya.
.
Sue mula belajar buat kek buah kukus ini kira-kira 24 tahun dulu. Banyak resipi dan versi kek buah yang Sue belajar, namun inilah resipi yang paling kena dengan seleranya. Lembab dan lembut secukupnya.
.
Kalau nakkan resipi kek buah kukus yang lembut, lembab dan sedap, bolehlah cuba resipi ini ya. Min pasti ia menepati selera anda pula.
Ads
KEK BUAH KUKUS
.
BAHAN-BAHAN :
300gm tepung gandum
300gm buah kering campur (gunakan buah-buahan campur yang berkualiti )
250gm mentega asli (kalau guna marjerin rasanya akan lain)
3 biji telur grade A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh cream of tartar
Secubit serbuk kulit kayu manis (optional)
BAHAN B (untuk gula hangus):
280gm gula (kalau suka lebih manis gunalah 300grams)
1/4 cawan air
CARA MEMASAK : 1. Buat gula hangus terlebih dulu. Masukkan gula dalam kuali lalu kacau hingga perang. Tuang air dan kacau sebati. Masukkan mentega lalu masak hingga cair. Masukkan campuran buah kering lalu kacau rata. Sejukkan sebentar. 2. Tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar dan serbuk kulit kayu manis diayak sebati dan masukkan ke dalam kuali berisi campuran buah, mentega & gula hangus yang dah sedikit sejuk. Gaul rata guna spatula kayu saja (jangan kacau berlebihan, nanti buah mendap). 3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla (guna whisk) hingga agak kembang (tak perlu terlalu kembang). Kemudian tuang ke dalam kuali adunan tadi. Kaup balik kan sebati. 4. Tuang adunan ke dalam loyang acuan yang telah dialas dengan parchment paper. Tutup loyang dengan aluminum foil (supaya wap air tak kena permukaan kek). 5. Kukus kek selama 4 jam. 3 jam pertama kukus guna api sederhana, 1 jam terakhir guna api sederhana kecil. Selepas 4jam dikukus, keluarkan kek dari periuk pengukus dan sejukkan betul-betul baru dipotong.
.
Tip penting dari Sue: *Didihkan air terlebih dahulu dalam periuk pengukus sebelum mula mengukus kek. *Sentiasa sediakan air mendidih secukupnya untuk ‘top-up’ air dalam periuk pengukus (jangan leka, nanti air kukusan kering kek akan hangus). *Untuk resipi ini saya guna acuan 7×7 empat segi (loyang aluminum). Saya tak galakkan kek dikukus dalam bekas plastik pakai buang atas faktor kesihatan (sila refer kepada pakar atau boleh google kenapa tak di galakkan menggunakan bekas plastik pada suhu tinggi). *Dont substitutes ingredients. Gunalah bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Nanti kalau ada plan nak jual atau buat berniaga, barulah boleh cakap Premium Fruits Cake (Sebab guna bahan-bahan premium, jangan sesuka hati claim premium tapi guna bahan-bahan berkualiti rendah, tak baik tau!)
Lauk ringkas macam Air Asam Ikan Kukus ni pun sedap kalau masak untuk keluarga. Bahan ringkas, senang dimasak malah membuka selera. Paling Istimewa, menu ini tidak menggunakan minyak jadi ianya lebih sihat. Jika tiada ikan, air asam ini juga boleh dinikmati bersama telur rebus. Caranya mudah sahaja. Rebus telur hingga ¾ masak dan tuang air asam ni. Memang padu! Boleh juga makan bersama terung bakar. Pun enak. Oh ya…jika tiada pengukus, ikan tu juga boleh direbus tau. Jom kita cuba resipi perkongsian saudari Yatie Yuyue ni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK AIR ASAM IKAN KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Ikan – dibersihkan
½ biji bawang holland – potong dadu – beli online disini
1 biji tomato – potong dadu
Cili padi secukupnya
Jus limau nipis
BAHAN AIR ASAM:
Asam jawa – beli online disini
Air suam
1 ½ sudu teh gula
1 sudu teh garam
Belacan secukupnya – jika tak suka, boleh abaikan
1 sudu teh secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Siang dan bersihkan ikan. Boleh guna apa sahaja jenis ikan tapi biasanya orang guna kembung tau mabung.
2. Masukkan ikan dalam bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit. Ketepikan.
3. Dalam bekas berlainan, potong bawang holland, tomato dan cili padi.
4. Kemudian satukan bahan-bahan untuk air asam. Kacau dan sebatikan. Pastikan tidak cair dan tidak pekat sangat.
5. Masukkan bahan-bahan hiris ke dalam mangkuk, bahan-bahan lain dan juga tuang air asam tadi. Sebatikan. Tak nak picit @ penyek cili pun tak mengapa.
6. Biarkan campuran air asam selama 10-20 minit sebelum dituang pada ikan @ dimakan. Ia bertujuan supaya air asam sebati rasa masam, masin, manis dan pedas. Barulah enak bila dinikmati.
Hidangan kerabu ada banyak jenis, antara yang sedap adalah kerabu suhun. Bagi yang sedang proses diet, menu ini boleh jadi sebahagian hidangan kerana penuh dengan sayur yang berkhasiat.
Dikongsi oleh Budiman Zainal Abidin berikut adalah membuatnya. Pernah menikmatinya di sebuah restoren Thai, dia cuba membuat sendiri di rumah dan ternyata sedap sangat.
Bahan-bahan diperlukan:
Suhun (dicelur)
Lobak Merah
Tomato
Bawang merah & bawang holland
Daun ketumbar
Cabai melaka/cili padi
Daun bawang
Serai
Timun
Udang & sotong (dicelur) 2 sudu besar nise
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
Limau nipis
Cara membuat:
1. Celur suhun sekejap dalam air panas dan tos.
2. Hiris semua bahan-bahan untuk buat kerabu.
3. Sediakan cawan perah limau di dalamnya kemudian masukkan gula nise, sos ikan dan kicap cair.
4. Kacau sebati semuanya hingga larut gula nise.
5. Campurkan dalam semua bahan-bahan yang telah dihiris/potong tadi. Gaul sebati dan sediakan dihidangkan.
Boleh dimakan begitu saja ataupun dijadikan sebahagian lauk.
Jom! lari dari masakan telur yang biasa. Goreng telur mata kerbau masak berkuah tomyam yang super sedap. Nampak ringkas tapi memang puas hati bila poket mula sesak.
TOMYAM PEACH TELUR MATA KERBAU
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (digoreng mata kerbau separuh masak)
4 batang sosej (potong 4 bahagian)
1 bungkus cendawan enoki
2 biji tomato belah 4
BAHAN B (MENUMIS):
1 bawang besar holland (dimayang halus)
3 biji bawang putih diketuk
3 tangkai cili padi
halia
BAHAN-BAHAN
2 btg serai dititik
4 helai daun limau purut
2 ketul stock tomyam
1 sudu kecil jus limau nipis
1 sudu mkn susu pekat manis
daun ketumbar
garam n perasa
CARA MEMASAK
Panaskan sedikit minyak kemudian masukk bahan menumis. Tumis sehingga wangi dan jangan garing sampai kehitaman.
Kemudian masukk air dan bersama bahan-bahan lain. Tunggu sehingga mendidih.
Sudah mendidih masukk bahan A. Biar seketika. Rasa semua sudah sedap masam-masam manis boleh tutup api.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...